Saturday 28 December 2013

Mencorakkan Anak dengan Al Quran

Salam,
Bismillahirrahmanirrahim...untuk entry kali ini saya ingin berkongsi tentang cara mencorakkan anak mengenali dan menghafaz Al Quran..

Petikan dari Islamic for Kid Facebook " Teach your children QURAN dan the QURAN will teach them everything" sebagai pembuka bicara entry kali ini.

Dulu saya sendiri tertanya tanya mampukah dan bagaimanakah saya ingin mendidik anak saya untuk kenal, cinta dan hafaz Al Quran..Yang mana merupakan impian dan target kami untuk anak sulung kami dan bakal adik2nya insya Allah..dengan rahmat dan hidayah Allah, saya terjumpa blog Pn Lina Karim  (darwishndarwisya.blogspot.com) yang menceritakan perihal beliau mendidik anak anaknya sendiri sehingga mampu menghafaz Al Quran seusia muda..dan pengajaran itu diterapkan dari bayi lagi lagi.. Alhamdulillah, saya terjumpa blog ini di waktu yang tepat di mana kursus seminar mengajar  Al Quran dari bayi akan diadakan di Shah Alam pada bulan Sept 2013..dan dengan izinNya saya dan suami berjaya menghadiri kursus ini untuk mencari ilmu mendidik anak kami..

Insya Allah, saya ringkaskan berdasarkan pemahaman saya dari kursus ini..

Pengenalan kursus, Pn Lina menceritakan perihal pentingnya VISI dari ibu bapa untuk anak2 mereka..Melihat masa depan anak semenjak kecil lagi..Di ceritakan perihal ibu Sultan Muhammad Al Fateh..yang melihat masa depan anaknya dan sedari kecil mengatakan kepada anaknya bahawa anaknya akan menawan kota Konstatinopel (yang mana berada di seberang lautan dari istana mereka). Setiap hari, ibunya akan membawa Al Fateh ke tebing istana dan mengatakan kepada anaknya bahawa dia akan menawan kota Konstatinopel itu tanpa ibunya mengetahui bahawa dia akan membenarkan hadis Nabi yang mana Rasulullah s.a.w pernah bersabda ketika Baginda s.a.w menggali parit di dalam peristiwa perang Khandaq ;
" Konstatinopel itu akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik baik raja. Tenteranya adalah sebaik baik tentera" ( HR Imam Ahmad)

Sultan Muhammad Al Fateh Berjaya menawan Kota Konstatinopel itu pada tahun 1453 Masihi sewaktu berusia 21 tahun (info dipetik dari Kuasa Kepimpinan Al Fateh karangan Abdul Latip Talib) yang mana percubaan untuk menawan kota itu telah dilakukan dari 800 tahun sebelum itu..
Itulah kuasa VISI yang hebat disertakan dengan didikan ibu bapa Al Fateh sedari kecil untuk menyiapkan anak mereka menawan kota itu..Al Fateh telah di didik dengan pelbagai guru untuk mengajarnya Al Quran, ilmu pendidikan ketenteraan dan lain2..

Apa yang boleh kita simpulkan ialah VISI dan juga DIDIKAN SEDARI KECIL ITU PENTING!!
Tidak hairanlah sedari dulu cendiakawan Islam yang menguasai seluruh bidang di dunia..perubatan sains, jurutera dan lain2..mereka terlebih dahulu menghafaz Al Quran sebelum menguasai bidang2 yang lain..

Manakala satu lagi cerita yang dikongsi adalah tentang Imam As Syafie..yang mana beliau telah berjaya menghafaz Al Quran seusia 7 tahun..suatu lagi contoh dan bukti pendidikan awal sedari kecil lagi telah diamalkan oleh Umat Islam dan merupakan titik tolak dan akar kepada kekuatan dan penguasaan bidang2 ilmu yang lain..

PROOF EARLY CHILDHOOD EDUCATION and it begins with AL QURAN

Sekarang, kita boleh ubah cara minda berfikir
" NOW EVERY CHILD CAN HAFFAZ"
"CHANGE..need SACRIFICE"
"CHILDHOOD is ONE TIME only"

Pembentukan kanak kanak pintar Al Quran wujud dengan USAHA IBU BAPA yang FOKUS ke SATU ARAH

Kita ubah cara hidup kita dan anak2 kita

MAKAN QURAN
MINUM QURAN
MAIN QURAN
TIDUR QURAN

Sewaktu Pn Lina berkongsi tentang ini saya terpinga pinga..macam mana nak makan Quran minum Quran main Quran dan tidur Quran???
Namun, penjelasan beliau membuatkan saya rasa terpaku,gembira dan tidak sabar nak amalkan untuk anak sendiri..

MAKAN QURAN?? Jelas beliau..makanan ini masuk dalam perut anak kita..maka usahakanlah untuk meberi anak2 kita makan makanan terbaik..makanan sunnah..dan juga beliau berkongsi yang mana beliau memberi makan beras yang diperdengarkan dgn ayat Quran..

Pemakanan yang baik untuk anak2 adalah ALMOND, KISMIS, KURMA, MINYAK IKAN, MADU, HABBATUSSAUDA, BUAH TIN, EKSTRAK DAUN ZAITUN OLIVE OLEO, AIR SURAH TAAHAA..Beri makanan minda ini kepada bayi sejak dari kandungan lagi

Manakala MADU dan SUSU, berikan kedua makanan terbaik ini kepada anak2 setiap hari..

MINUM QURAN?? Sebagaimana makanan , minuman merupakan komponen penting dalam pembentukan seorang manusia..Tubuh manusia sendiri terdiri drpd 70% komponen air..Untuk minum Al Quran, usahakan memberi anak minum air zamzam..air yang dibacakan Al Quran

Kajian menujukkan air boleh menyerap dan mendengar persekitaran sekelilingnya. Air yang diperdengarkan dengan Al Quran atau perkataan baik baik akan berubah menjadi molekul yang baik dan sekata (kajian oleh saintis Jepun). Air yang terbaik adalah air zam zam kerana ia adalah air syurga dan tidak putus putus mendengar pujian Allah dari malaikat,manusia dan jin yang melakukan tawaf umrah dan haji

MAIN QURAN?? Bukannya membiarkan anak2 bermain main dengan mushaf Al Quran, tetapi biarkan anak bermain di ruang tamu (sbg contoh) dan pasangkan alunan Al Quran..kenapa pentingnya ini?? Dikongsi lagi di dalam seminar, perihal Imam As Syafie..yang mana seusia kecil beliau miskin dan tidak mampu untuk belajar Quran dan agama di masjid..maka apa yang dilakukannya adalah menjadi tukang sapu di masjid yang mana ada sekumpulan pelajar belajar dari guru2..Hasilnya, Imam As Syafie lebih menguasai pelajaran dari pelajar2 itu..kerana apa?? Menerusi kajian, manusia belajar melalui 3 cara iaitu VAK (VISUAL, AUDITORY &KINESTHATIC) dan melalu kinestetik untuk anak lelaki, mereka lebih menguasai ilmu menerusi pergerakan2...

TIDUR QURAN?? Sewaktu anak tidur..pasangkan alunan Al Quran secara perlahan..kerana sewaktu tidur terdapat 'Hypnagonic Moment' yang mana masa antara anak berada dalam keadaan sedar atau tidak sedar. Apa yang otak kita fikirkan atau niatkan sebelum tidur akan meresap di dalam alam bawah sedar sepanjang malam tanpa disedari dan akan mempengaruhi fikiran dan tindakan kita selepas bangun nanti..

Pentingnya untuk kita " Memasukkan Al Quran dalam hati dan anak kita SEBELUM, SEMASA dan SELEPAS TIDUR"

KENAPA HAFAZ AL QURAN??

Sedikit tambahan daripada petikan buku Anakku seorang Hafiz 'Step by step anakku menghafaz Al Quran' karangan Mohd Salleh Ab. Razak.

1) Tanda kecintaan dan keimanan kepada Allah SWT, Rasulullah s.a.w dan Al Quran

2) Tuntutan pertama dalam menuntut ilmu

3) Ciri Ciri orang berilmu

4) Keistimewaan untuk orang yang menghafaz Al Quran

5) Jaminan daripada Allah

6) Tuntutan fardhu kifayah


KENAPA KENA BERMULA AWAL??

1)Peningkatan tumbesaran mental kanak2 sangat DRASTIK dari usia lahir hingga 4 tahun (50%)

2)Peningkatan dalam tempoh 4 tahun pertama ini MENYAMAI 14 tahun selepas itu

3)Apa yang kukuh pada 4 tahun pertama, akan memberi IMPAK yang besar pada tahun membesar seterusnya..


BAGAIMANA BERMULA??

Tetapkan VISI BERSAMA UNTUK ANAK (Visi untuk didik anak haffaz Quran sedari kecil)

Rangka KERJASAMA (Siapa guru utama : ayah atau ibu..guru sandaaran..waktu belajar sekurang kurangnya 2x sehari)

Atasi HALANGAN (Cut the noises..Noises : TV, RADIO,INTERNET, AKHBAR..Kurangkan)

OTAK MANA YANG DIGUNAKAN UNTUK MENGHAFAZ QURAN??

KEDUA DUA OTAK..KIRI dan KANAN
 
Otak KIRI :- Untuk menghafal baris..ingat tempat berhenti dan bermula

Otak KANAN: Melagukan ayat..membayangkan ayat yang berada di atas,tengah, akhir setiap mukasurat..

Untuk memupuk/mengeluarkan kecerdikan seorang kanak2 kedua dua bahagian otak perlu berfungsi secara aktif..
 
PENGUNAAN VAK MODEL DALAM PENGAJARAN AL QURAN
 
VISUAL
1) Flashcard secara flash
2) Flashcard yang ditampal di bilik atau play pen
3) VCD bergambar yang di pasang di tv

AUDITORY
1) Audio yang dipasang secara jelas di radio rumah
2) Audio yang dipasang secara jelas di radio kereta

KINESTHATIC
1) Kerak 'break'
2) Biar anak sentuh flashcard atau muqaddam yang diajar
3) Kerapkan pasang Audio CD secara sayup ketika dia sedang bermain
4) Di pasang secara sayup ketika hendak tidur

Kanak2 belajar melalu cari berbeza samada mereka adalah visual learner, kinesthetic learner ataupun auditory learner..maka penting untuk kita mengetahui cara belajar yang berbeza untuk kita
- memahami cara terbaik mengajar mereka
- menarik minat mereka
-menjadikan mereka cinta ilmu

CARA MENGAJAR BAYI Al QURAN??

Peringkat usia 0-4 bulan : Bayi umur ini mempunyai penglihatan dgn jarak terhad..Tidak mampu lagi melihat warna bercampur..Hanya 3 warna boleh diproses oleh otak mereka..merah putih hitam
Selain mengajar dengan FLASHCARD, gantung flascard yang sama dibiliknya atau di kawasan bermain banyak membantu..Mula perkenalkan huruf mesra bayi (Alif, Mim, Ba, Ya) barulah huruf huruf lain..

**Boleh klik ke link ini untuk membeli Flash Card Huruf Hijaiyah Flash Card Huruf Hijaiyah

Setelah bayi kenal huruf hijaiyah barulah beralih ke buku furqan...ajar mereka MENDENGAR dahulu..MEMBACA setelah kenal huruf hijaiyah baris dan sebaginnya..dan akhirnya MENGHAFAL..

Tips untuk ajar bayi, pilih qari yang sama..untuk juz amma..CD yang dibeli (gambar bawah) ketika seminar sangat bagus bukan sahaja untuk anak2 tapi untuk ibu bapa juga..bacaannya sangat merdu membuatkan kita rasa ingin mendengar lagi dan lagi.. Manakala untuk surah lain pilih qari yang sama..

 
 


Tips untuk mengajar anak2 menghafal dari Pn Lina adalah menggunakan teknik chunking. CHUNK satu surah misalnya kepada beberapa bahagian untuk anak2 menghafal..

Dari Facebook Pn Lina Karim..Islamic Parenting Network tentang tips mengajar bayi Al Quran..saya ringkaskan dalam Mic Power Point dan inilah hasilnya..

KID'S QURAN LOVER..HOW TO??

 
BAGAIMANA UNTUK MENCAPAI MISI MENDIDIK ANAK AL QURAN ??

Banyak bagi MOTIVASI kepada anak

PUJI anak jika mereka dengan senangnya mahu mengaji

Bercerita tentang KASIH SAYANG ALLAH kepada manusia

Berceita tentang KELEBIHAN membaca Al Quran kepada anak kita....


Alhamdulillah..selesai sudah...walaupun menghadiri kursus ini ,ilmu untuk mengajar anak Al Quran sedari kecil sudah ada..namun untuk melaksanakannnya memerlukan KEKUATAN, ISTIQAMAH, KERJASAMA ibu bapa,KORBAN masa tenaga wang untuk mencapai VISI yang kita tetapkan

Saya akui bukannya mudah..terutama untuk kedua2 ibu bapa yang bekerja sepenuh masa..Kadang2 masa yang ada terhad..sehinggakan masa yang paling berkualiti untuk ajar anak adalah ketika menghantar mereka ke rumah pengasuh..didalam kereta untuk perjalanan 5minit pergi dan balik..saya usahakan bacakan huruf hijaiyah untuk anak..Juga meletakkan huruf hijaiyah di dalam bilik supaya mudah untuk anak lihat dan mudah untuk ibu bapa 'take note' huruf mana yang dah diajar huruf mana yang belom diajar..


Namun itu bukan alasannya..Insya Allah akan diusahakan sebaik mungkin..Semoga usaha untuk menjadikan anak hafiz dikabulkan Allah dan semoga perkongsian ilmu di blog ini bermanfaat Insya Allah. Semoga dengan DOA para pembaca, sama sama kita bimbing anak kita untuk mengjadi penghafaz ayat ayat suci Allah, Al Quran ..

 Segala yang baik itu dari Allah dan yang buruk & tidak sempurna dari saya..

No comments:

Post a Comment