Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..sudah sekian lama tidak menulis di entry blog ini..Post terakhir adalah sebelum melahirkan anak perempuan saya Auni Huriya yang kini sudah berumur 5 bulan..Masya Allah, begitu pantas sekali masa berlalu. Insya Allah, post tentang kelahiran anak2 akan saya tulis suatu hari nanti di entry yang lain. Kekangan masa juga kesibukan bekerja dalam menguruskan kehidupan sehari hari..
MENULIS UNTUK APA?
Sebenarnya saya lebih gemar menulis tentang perkongsian ilmu dari pengalaman menghadiri seminar, tazkirah atau2 usrah dalam blog ini. Pada mulanya, saya ingin mencatat ilmu2 berharga dalam blog untuk mudah untuk dibaca,di mana mana juga berkongsi dengan keluarga. Bukan mudah untuk kita 'share' ilmu sebegini dengan keluarga sendiri kan?
Pada masa yang sama, dapat memanfaatkan ilmu untuk muslim/ah lain yang juga mungkin tercari cari tentang topik topik untuk bacaan minda dan jiwa, benar kan? Alhamdulillah, walaupun lama tidak menulis di blog, masih ada pembaca yang masih singgah di blog, juga dapat manfaat dari perkongsian ilmu di blog ini. Bukankah, ilmu yang bermanfaat itu merupakan AMALAN YANG BERTERUSAN untuk anak2 Adam jika meninggal nanti? Insya Allah. Juga, untuk anak anak saya suatu hari dapat membaca nota hati ibunya, Insya Allah.
2015 DIMANAKAH KITA??
2015, dimana kita?? Gambar diambil dari website DAO.
Inilah antara perancangan 2015 keluarga kecil kami ,
CINTA MASJID
'Plan' kami, untuk didik anak-anak kenal masjid. Pada hari jadi anakanda Izz yang kedua, pertama kali kami bawa anak-anak ke Surau berdekatan, sambil mendengar kuliah. Alhamdulilah. Juga untuk suami lebih banyak berjemaah Magrib/ Isyak di surau atau masjid. Perkongsian dari seorang Ustazah dalam Sesi Bismillah kelolaan TV3 pada awal March, kenapa afdalnya suami ke Masjid dan isteri berjemaah bersama sama anak anak di rumah? Kerana akan banyak menarik hidayah dari rumah Allah untuk menyinari keluarga kita. Kerana hati saya pernah tertanya2 dalam hati kenapa perlunya lelaki solat di masjid, bukankah boleh juga berjemaah dengan isteri & anak2 di rumah? Masya Allah, sewaktu sedang bersiap- siap ke kerja , terjawablah persoalan itu.
IQRA' & JUZ AMMA IZZ
Sewaktu usia Izz 1tahun 7 bulan, anakanda sudah dapat kenal dan sebut semua Huruf Hijaiyah baris di atas. Kemudian, kami teruskan lagi dengan huruf hijaiyah baris bawah dan depan. Saya maksimumkan masa 'berpantang' anak kedua dengan mengajar Izz huruf Hijaiyah berbaris2. Alhamdulillah, usai waktu pantang, Izz sudah mampu kenal dan sebut. Maka misi untuk 2015, untuk menghaffaz Juz Amma. Setiap hari, kami akan pasang alunan Juz Amma dari Syeikh Mishary (from Utube) dan ulan kaji dengan 'refer' Muqaddam juga buku yang sangat berguna ini ' Al Quran Pertamaku Juzuk Amma keluaran 'Ana Muslim'. Insya Allah, target untuk Izz hafaz Juz Amma sehingga usia 3 tahun, doakan pembaca2 sekalian.
MAJLIS ILMU DI RUMAH
Perkongsian dari Ustaz Ebit Lew juga pada 28 Jan yang lepas di surau tempat kerja, tentang pentingnya menghidupkan majlis ilmu di rumah. Terangkan rumah dengan majlis ilmu di rumah. Maksimumkan waktu Magrib ke Isyak, seboleh mungkin tutup TV dan hidupkan bacaan HADIS dan AL QURAN, insya ALLAH, rumah akan terang dengan cahaya. Bukankah, berada dalam majlis ilmu itu seperti berada di salah satu TAMAN dari TAMAN SYURGA?
Bermula dari itu, kami cuba. Tutup TV. Hidupkan bacaan HADIS..juga waktu yang sesuai untuk ajar anakanda AL Quran..Alhamdulillah, dapat kami rasa perubahannya, untuk diri, suami dan juga anak..Semoga ISTIQAMAH untuk 2015 dan mendatang.
HURUF HIJAIYAH AUNI
Untuk anak kedua, misi untuk menghaffaz Al Quran bermula dengan Huruf Hijaiyah. 'Flash Card' abangnya akan digunakan lagi untuk adik..Seperti Izz dahulu, akan saya perkenalkan huruf mesra bayi dahulu iaiatu 'ALIF. MIM. BAA. YAA'..Kenapa? Boleh baca artikel saya terdahulu Mencorakkan-anak-mengenali-al-quran
CARI GALI ILMU
.Tahun 2015 ini juga , saya merancang untuk pergi menimba ilmu 'parenting' dan keagamaan sebanyak mana yang mungkin. Jiwa sangat dahagakan ilmu2ini, untuk membesarkan anak2 dengan sebaik mungkin. Insya Allah, sudah ada 3 seminar yang bakal saya hadir untuk menguatkan ilmu parenting, kelolaan Ibu Ibu yang sangat hebat..dalam mendidik anak mengenal Al Quran. Insya Allah, akan dikongsi dalam blog nanti.
HOMESCHOOLING PREPARATION
Ya, itulah antara 'target' terbesar saya. Untuk persediaan menjaga dan sekolahkan anak sendiri insya Allah nanti (doakan ya, Amin), saya sertai program 'PLAYGROUP ALIMKIDS' bersama anakanda Izz. Tujuan? Ingin mencari sebanyak mungkin ilmu dan kaedah untuk ajar anak anak kecil..Alhamdulillah, sudah 'complete' Module 1 ' EYES ALLAH GIVES'..Juga Insya Allah akan saya kongsikan pada entry yang lain.
SILATURRAHIM
Merapatkan silaturrahim kekeluargaan juga sahabat. Banyakkan 'Ziarah' keluarga juga sahabat antara misi untuk 2015..
MORE PRAYERS & SEDEQAH. Insya ALLAH.
Sekian sahaja perkongsian kali ini, semoga bermanfaat. Apa yang baik itu dari Allah, dan buruk dari kelemahan saya sendiri.
Showing posts with label Keluargaku Syurgaku. Show all posts
Showing posts with label Keluargaku Syurgaku. Show all posts
Saturday, 14 March 2015
Saturday, 6 September 2014
IBU BEKERJAYA - Antara Komitmen, Cabaran dan Pilihan
Salam
Bismillahirahmanirrahim...Masa berlalu dengan pantas. Tanpa kita sedar, Syawal sudah berlalu. Dan untuk kali ini, saya ingin menulis tentang Ibu Bekerjaya : Antara Komitmen, Cabaran dan Pilihan
* Gambar di ambil dari Google.
ANTARA KOMITMEN KELUARGA DAN KERJAYA
Sebagai ibu yang bekerja, seringkali kita perlu menghadapi kedua-dua komitmen ini, iaitu keluarga yakni sebagai ISTERI, IBU juga sebagai PEKERJA di syarikat. Kedua duanya menuntut masa, tenaga dan usaha yang gigih dari kita. Dan dengan menggalas kedua duanya, kadang kadang kita juga tewas dengan kepenatan dan mula berfikir sedalam dalamnya, mana yang lebih UTAMA; Menjaga kebajikan keluarga di rumah yakni sebagai SURIRUMAH atau bekerja membantu ekonomi keluarga yakni IBU BEKERJAYA.
SURIRUMAH KERJAYA TERBAIK UNTUK WANITA
Tidak dapat kita sangkal lagi, sememangnya surirumah merupakan kerjaya terbaik untuk wanita. Sebagai surirumah, kita dapat
Penat, lelah? Ya, kedua kedua kerjaya ini sememangnya managih perhatian dan tanggungjawab yang bukan sedikit. Tapi, pada hemat saya sangat berbaloi melihat anak membesar di hadapan mata mengikut acuan yang kita idamkan..iaitu mengikut acuan AL QURAN dan AS SUNNAH.
Saya bersetuju dengan Artikel Warga Prihatin Suri-rumah-ialah-satu-kerjaya-tertinggi-seorang-wanita .
Namun, buat masa ini masih perlu bekerja untuk menghabiskan saki baki KOMITMEN hutang pendidikan, juga membantu sehingga EKONOMI keluarga STABIL. Insya Allah, SURIRUMAH merupakan idaman kerjaya dalam masa beberapa tahun lagi.
IBU BEKERJAYA - CABARAN
Sebagai ibu bekerjaya,
Kerana PENDIDIKAN AWAL itu sangat penting untuk anak-anak. Apa yang mereka pelajari dari usia 0 - 4 tahun adalah menyamai pendidikan 14 tahun selepas itu. Semoga ALLAH memberi KEKUATAN untuk saya menghabiskan beberapa tahun lagi dan mengejar IMPIAN ingin mendidik dan BERBAKTI untuk keluarga. Insya Allah.
PILIHAN TERBAIK
Ya, sememangnya PILIHAN berada di tangan kita. Namun, Insya Allah, yang TERBAIK datang dari Allah. Dengan DOA, USAHA, IKHTIAR, kita mampu untuk mengejar impian kita.
Dan ini menandakan USAHA kami sebagai ibu bapa harus lebih gigih untuk mendidik anak-anak dalam mengenal Al QURAN, juga menerapkan nilai nilai Muslim/Muslimah untuk anak-anak. Insya Allah, dengan doa pembaca juga.
Sekian sahaja untuk kali ini, segala yang baik dari Allah dan yang buruk dari kelemahan diri saya sendiri.

- Menjaga anak anak sepenuhnya - dapat mengoptimumkan dan mengawal sepenuhnya anak-anak dari gejala tidak sihat, pengaruh persekitaran, dan media
- Memasak untuk keluarga - pentingnya air tangan ibu dan isteri dalam memastikan kesihatan keluarga terjamin
Penat, lelah? Ya, kedua kedua kerjaya ini sememangnya managih perhatian dan tanggungjawab yang bukan sedikit. Tapi, pada hemat saya sangat berbaloi melihat anak membesar di hadapan mata mengikut acuan yang kita idamkan..iaitu mengikut acuan AL QURAN dan AS SUNNAH.
Saya bersetuju dengan Artikel Warga Prihatin Suri-rumah-ialah-satu-kerjaya-tertinggi-seorang-wanita .
Namun, buat masa ini masih perlu bekerja untuk menghabiskan saki baki KOMITMEN hutang pendidikan, juga membantu sehingga EKONOMI keluarga STABIL. Insya Allah, SURIRUMAH merupakan idaman kerjaya dalam masa beberapa tahun lagi.
IBU BEKERJAYA - CABARAN
Sebagai ibu bekerjaya,
- Keluar pagi balik hampir malam - 12 jam menghabiskan masa di pejabat. Bila pulang ke rumah, perlu menjalankan tugas sebagai isteri dan ibu.
- Anak - anak di hantar ke rumah pengasuh / taska - buat masa sekarang, anak dihantar ke rumah pengasuh
- 'Outstation' dan terpaksa meninggalkan keluarga - kerjaya sekarang yang menuntut mesyuarat di luar kawasan kerja dan turun padang ke 'platform' dan 'site'
Kerana PENDIDIKAN AWAL itu sangat penting untuk anak-anak. Apa yang mereka pelajari dari usia 0 - 4 tahun adalah menyamai pendidikan 14 tahun selepas itu. Semoga ALLAH memberi KEKUATAN untuk saya menghabiskan beberapa tahun lagi dan mengejar IMPIAN ingin mendidik dan BERBAKTI untuk keluarga. Insya Allah.
PILIHAN TERBAIK
Ya, sememangnya PILIHAN berada di tangan kita. Namun, Insya Allah, yang TERBAIK datang dari Allah. Dengan DOA, USAHA, IKHTIAR, kita mampu untuk mengejar impian kita.
Dan ini menandakan USAHA kami sebagai ibu bapa harus lebih gigih untuk mendidik anak-anak dalam mengenal Al QURAN, juga menerapkan nilai nilai Muslim/Muslimah untuk anak-anak. Insya Allah, dengan doa pembaca juga.
Sekian sahaja untuk kali ini, segala yang baik dari Allah dan yang buruk dari kelemahan diri saya sendiri.
Thursday, 19 June 2014
Keluarga. Kejauhan. Kualiti. Masa.
Bismillahirahmanirrahim..
Alhamdulillah..sudah agak lama tidak menulis di dalam blog..kekangan masa dan kesibukan bekerja lebih lebih lagi terpaksa berjauhan dengan keluarga buat sementara waktu. Insya Allah saya akan berkongsi pengalaman menghadiri Seminar Parenting Al Fateh yg saya hadiri bersama suami pada 11 Jan yang lepas di artikel lain. Seminar yang membuka mata kami sebagai ibu ayah untuk mendidik anak anak menjadi pejuang agama Insya Allah.
Dan untuk kali ini, coretan berkisarkan tentang KELUARGA. KEJAUHAN. KUALITI. MASA. juga HIJRAH KAMI..
Berjauhan seketika kerana tuntutan bekerja membuatkan kami banyak belajar. Ya sememangnya pengalaman itu mendewasakan kita, menjadikan kita lebih matang untuk mengharungi kehidupan yang mendatang.
(Gambar diambil dari Facebook).
'FAMILY QUALITY TIME'
Ya..itulah masa berkualiti bersama keluarga. yang kami hilang untuk sementara. Hanya berjumpa di hujung minggu. Membuatkan kami rindu akan solat bersama, mengaji dan memahami Al Quran bersama dan yang paling terasa..masa berkualiti untuk anak. Namun, di sebalik itu, kami lebih belajar untuk menghargai masing2 dek kerana kejauhan. Tiada masa untuk bertelagah tentang perkara2 kecil..sesungguhnya setiap masa amat berharga. Sememangnya, setiap perkara yang ditaqdirkan Allah itu mengandungi hikmah untuk hambaNya.
BEKERJA UNTUK APA??
Soalan ini berlegar legar di fikiran hampir setiap hari. Teringat akan titipan Prof Muhaya dalam Seminar Celik Family. Kita bekerja untuk memenuhi TUJUAN HIDUP atau KEPERLUAN HIDUP??
Bekerja dari pagi dan pulang hampir petang membuatkan kita kepenatan berfikir memerah otak untuk menyelesaikan masalah di ofis. Dan bila pulang ke rumah, sudah tinggal tenaga yang sedikit untuk bersama dengan suami dan anak. Lebih lebih lagi ketika berjauhan, sebegini ,saya hampir terleka untuk mengajarkan anak mengenal huruf Hijaiyah..sudah tersasar dari 'target' yang saya sasarkan untuk anak saya. Namun, saya cepat2 musahabah..tiada istilah terlambat..teringat lagi kata2 Pn Lina Karim " Allah tidak menilai hasil keputusan tapi usaha kita untuk mendidik anak2 kita mengenal Al Quran" Itulah menjadi motivasi kami untuk bangkit kembali.
MASA??
Sebagaimana firman Allah, dalam Surah Al Asr :-
“ Demi Masa” (112:1)
“ Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian” (112:2)
“ Kecuali orang orang yang beriman dan beramal soleh” (112:3)
“ Mereka berpesan pesan dengan kebenaran dan berpesan pesan dengan kesabaran” (112:4)
Saya memilih untuk tidak mengulas dgn lebih lanjut sehingga sampai masa betul2 mendalami tafsir Surah Al Asr ini.
Namun, surah ini sememangnya mengingatkan kita tentang kepentingan MASA. Dan sebagai ibu bekerjaya, menguruskan masa amatlah menjadi cabaran untuk kita. Dan Insya Allah, saya berdoa dan berusaha untuk menjadi surirumah sepenuh masa (SAHM) suatu hari nanti. Dengan tujuan berbakti kepada keluarga, boleh mendidik anak2 dengan lebih baik biiznillah dan kerana ALLAH.
HIJRAH KAMI
Dan hari ini merupakan hari bermakna buat kami..tarikh jangkaan ‘Hijrah’ kami keluar menatap wajah abah dan ibu (19 Jun 2014). Namun, kami redha dengan taqdirNya dan bersyukur kerana Hijrah kami telah menemui penciptaNya dengan keadaan suci murni. Dan seiring doa kami, semoga ditemukan kita di sana nanti, syurga indah dan kehidupan akhirat nan abadi anakku.Insya Allah.
Sekian sahaja coretan kali ini. Yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk itu dari kelemahan saya sendiri.
Saturday, 4 January 2014
Bersama Celik Hati & Minda
Assalamualaikum,
Bismillahirrahmanirrahim..Kali ini saya ingin berkongsi tentang pengalaman menyertai Seminar Celik Famili yang dianjurkan oleh Prof Muhaya pada 28 Disember lepas.. Alhamdulillah, dengan izin Allah, berjaya menghadiri seminar ini bersama teman saya untuk sama sama menimba ilmu tentang kekeluargaan..Tema seminar ini ialah 'Bahagia Membahagiakan' dan saya akan kongsi mengikut pemahaman saya sepanjang menghadiri seminar .
Gambar menarik dikongsi oleh Ustaz Pahrol Joi sebagai pembuka minda untuk entry kali ini
Seminar dimulakan dengan bacaan Al Quran Surah Luqman ayat 12-19 oleh Ustaz Tarmizi..sungguh merdu dan asyik sekali... Masya Allah! Subhanallah!
Kemudian diteruskan dengan sesi REFLEKSI DIRI oleh Prof Muhaya sendiri..yang mana beliau membawa kami semua merenungi hikmah kejadian manusia dari percantuman benih sehinggalah kelahiran bayi..Beza KELUARGA POSITIF yang menghasilkan generasi beriman, berjaya dunia akhirat manakala KELUARGA NEGATIF menghasilkan generasi yang mungkin berjaya tetapi hanyut dengan dunia sahaja...
Persoalan yang di bawa oleh Prof Muhaya:-
- Kemana hala tuju keluarga kita? POSITIF atau NEGATIF?
- Kita bekerja untuk memenuhi KEPERLUAN atau TUJUAN hidup?
- Kita ingin mendapat PENGHARGAAN MANUSIA atau REDHA ALLAH?
Tepuk dada tanya iman ..kemanakah dan apakah tujuan hidup kita sebenarnya?
Bila kita tahu arah tujuan kita barulah kita dapat mencorakkan ke mana hala tuju yang ingin dibawa.
Ada 4 peringkat kehidupan kita:-
1) Fizikal - pentingkan kecantikan, kekuatan, kekuasaan
2) Pahlawan - ingin mencari nama dan pangkat
3) Bangsawan - cari manfaat untuk dikongsi bersama orang lain
4) Makrifatullah - Mengenal Allah, kenal diri dan mati sebelum kita mati.
Bagaimana dikatakan mati sebelum kita mati?? Maksudnya hilangkan perihal bangga, ujub, kekuasaan, kecantikan diri..dan jadikan kehidupan sebagai khalifah Allah dan beri rahmat sebanyak mungkin kepada orang lain tanpa memikirkan pangkat,reputasi dan sebagainya..
Kita kena fokus kepada tujuan hidup kita iaitu KERANA ALLAH. Sama samalah kita berusaha mencapai peringkat makrifatullah Insya Allah
Tanyakan kepada diri kita sendiri..SIAPAKAH DIRI KITA?
Yang MELIHAT atau yang DILIHAT??
Jika kita yang melihat..kita tidak akan berubah..jadilah yang dilihat..kita akan sentiasa memikirkan diri ini diperhatikan tindak tanduk perlakuan dan sentiasa ingat bahawa tujuan hidup kita di dunia ini..
Nilai diri kita..jangan asyik melihat salah silap orang lain..cari berita mengaibkan orang lain..
Pesan Prof Muhaya lagi..
Seminar diteruskan lagi dengan slot kedua oleh Ustaz Roslan dan juga Prof Muhaya dengan topik KELUARGAKU SYURGAKU
KEBAHAGIAAN bermula dari rumahtangga..
Dalam surah Ar Ruum ayat 21 ada menyatakan
" Dan di antara tanda-tanda kebesaran Allah, ialah diciptakanNya untukmu dari jenismu sendiri, supaya kamu merasa tenteram disampingnya. Dan diciptakanNya kasih sayang di antara kamu. Sesungguhnya yang demikian itu menjadi tanda-tanda bagi orang yang berfikir " (30:21)
Asas agama adalah penting dalam membimbing keluarga ke arah yang diredhai Allah. Kenapa pentingnya?? Perlu kita ingat pesanan Allah dalam Surah At Tahrim ayat 6:
Allah Ta’ala berfirman,
“Wahai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu dan keluargamu dari api Neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu”.(66 : 6)
Sebelum berkahwin, kita sama-sama ada kekurangan dan dengan berkahwin kita sama-sama melengkapkan kehidupan kita..Berkahwin merupakan suatu medan perkongsian hati, dan tujuan antara seorang lelaki dan wanita..CABARAN, PERSELISIHAN PENDAPAT..sudah tentu ada dalam mana-mana rumah tangga. Sebagaimana dalam Filem P Ramlee mengatakan " Sedangkan lidah lagi tergigit ini pula suami isteri.."
Jadi bagaimana ingin menguruskan rumahtangga berdasarkan syariat agama Allah?
Tanya diri kita , berapa banyak masa dihabiskan ATAS SEJADAH?? Pada DHUHA?? Pada WAKTU MALAM.. Petikan dari FB, yang sangat menarik untuk kita hayati bersama
Seminar kemudian dirasmikan oleh Asyraf Wajdi Ahmad Dusuki. Juga diserikan dengan persembahan zikir oleh Hafiz Hamidun juga nyanyian dari Nora
Slot yang ketiga dengan topik YANG DAHULU BUKANLAH YANG SEKARANG dengan panel jemputan Tan Sri Syed Zainal..
Beliau menceritakan kehidupan dulu dan sekarang sudah banyak BERBEZA..banyak BERUBAH
PERSEKITARAN , EKOSISTEM sudah banyak berubah. Dulu persekitaran selamat, kini tidak lagi dengan teknologi yang tiada sempadan. Jadi ibu bapa kena harus lebih banyak memantau..lebih ambil perhatian..ambil berat
Pesan Tan Sri Syed Zainal lagi,
Isi penting dari perkongsian Ustaz Pahrol Joi adalah
Apa itu OUSTIDE IN?? Maksudnya dari luar ke dalam..Jika kita membenarkan bahagia kita ditentukan dari luar ke dalam selamanya kita tidak akan bahagia. Persoalannya kenapa??
Kerana kita memandang harta, rupa,pangkat, kekayaan itu sebagai kayu ukur kebahagiaan kita." Kalau aku ada rumah besar, baru aku bahagia. Kalau aku ada pangkat tinggi, baru aku bahagia. Kalau aku kaya, cantik, baru aku bahagia.." Lantas kita akan menghabiskan seluruh kehidupan kita untuk mengejar KEBAHAGIAAN kita itu..disebabkan itu kebahagiaan ini didefinisikan dari luar ke dalam..kita rasa faktor luar yang menentukan kebahagiaan dalam diri kita.
Manakala, INSIDE OUT?? Maksudnya kita bahagia dari dalam diri kita..dan kebahagiaan itu akan terpancar dari hati,ingatan dan gerak kerja perbuatan kita. Sepertimana Allah berfirman dalam Surah Ar Raad ayat 8:
" Sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang" (13:8)
Bagaimana untuk mengingatiNya?? Ya itulah dengan ZIKIR. Zikir itu terdiri dari 3 komponen. Qauli, Qalbi dan Fi'li. Kita SEBUT di mulut kita, benarkan dalam HATI..dan ia akan terpancar dari TINDAKAN kita..
Dikongsi bersama kisah Fatimah anak Rasulullah s.a.w yang merasa susah dan terbeban dengan kerja rumahnya dan berjumpa Rasulullah s.a.w untuk memintakan seorang pembantu dari tawanan perang untuk membantunya. Lantas Rasulullah s.a.w hanya menitipkan untuk Fatimah bertasbih , bertahmid dan bertakbir.. Apa yang diminta Fatimah dibalas Rasulullah dengan kekuatan hati dari dalam..dan semenjak mengamalkan ZIKIR, Fatimah dapat meneruskan kerjanya tanpa pembantu. Begitulah hebatnya kekuatan ZIKIR MENGINGATI ALLAH.
Seterusnya, Ustaz Pahrol teruskan pula dengan menyentuh perihal UJIAN.
UJIAN dalam kehidupan kita bukan penyebab tidak bahagia..tetapi sebagai petunjuk sahaja.
Seminar ditutup dengan sesi TRANSFORMASI DIRI oleh Prof Muhaya.
Sekian sahaja perkongsian untuk kali ini, sungguh banyak untuk ditulis, yang hanya saya mampu titipkan hanyalah isi-isi penting mengikut kefahaman ketika mengikuti seminar ini. Pasti untuk 2014, seminar sebegini akan dianjurkan lagi oleh Prof dan motivator lain atau Ustaz/Ustazah..sama-samalah kita cari peluang untuk menimba lebih banyak ILMU dan menghadiri kuliah yang seumpama TAMAN-TAMAN SYURGA. Alhamdulillah ,ketenangan dan dengan ilmu,.membawa kita berAMAL dengan lebih baik. Insya Allah.
Sekian sahaja, yang baik daripada Allah, dan tidak sempurna dari saya sendiri.
Bismillahirrahmanirrahim..Kali ini saya ingin berkongsi tentang pengalaman menyertai Seminar Celik Famili yang dianjurkan oleh Prof Muhaya pada 28 Disember lepas.. Alhamdulillah, dengan izin Allah, berjaya menghadiri seminar ini bersama teman saya untuk sama sama menimba ilmu tentang kekeluargaan..Tema seminar ini ialah 'Bahagia Membahagiakan' dan saya akan kongsi mengikut pemahaman saya sepanjang menghadiri seminar .
Gambar menarik dikongsi oleh Ustaz Pahrol Joi sebagai pembuka minda untuk entry kali ini
Seminar dimulakan dengan bacaan Al Quran Surah Luqman ayat 12-19 oleh Ustaz Tarmizi..sungguh merdu dan asyik sekali... Masya Allah! Subhanallah!
Kemudian diteruskan dengan sesi REFLEKSI DIRI oleh Prof Muhaya sendiri..yang mana beliau membawa kami semua merenungi hikmah kejadian manusia dari percantuman benih sehinggalah kelahiran bayi..Beza KELUARGA POSITIF yang menghasilkan generasi beriman, berjaya dunia akhirat manakala KELUARGA NEGATIF menghasilkan generasi yang mungkin berjaya tetapi hanyut dengan dunia sahaja...
Persoalan yang di bawa oleh Prof Muhaya:-
- Kemana hala tuju keluarga kita? POSITIF atau NEGATIF?
- Kita bekerja untuk memenuhi KEPERLUAN atau TUJUAN hidup?
- Kita ingin mendapat PENGHARGAAN MANUSIA atau REDHA ALLAH?
Tepuk dada tanya iman ..kemanakah dan apakah tujuan hidup kita sebenarnya?
Bila kita tahu arah tujuan kita barulah kita dapat mencorakkan ke mana hala tuju yang ingin dibawa.
Ada 4 peringkat kehidupan kita:-
1) Fizikal - pentingkan kecantikan, kekuatan, kekuasaan
2) Pahlawan - ingin mencari nama dan pangkat
3) Bangsawan - cari manfaat untuk dikongsi bersama orang lain
4) Makrifatullah - Mengenal Allah, kenal diri dan mati sebelum kita mati.
Bagaimana dikatakan mati sebelum kita mati?? Maksudnya hilangkan perihal bangga, ujub, kekuasaan, kecantikan diri..dan jadikan kehidupan sebagai khalifah Allah dan beri rahmat sebanyak mungkin kepada orang lain tanpa memikirkan pangkat,reputasi dan sebagainya..
Kita kena fokus kepada tujuan hidup kita iaitu KERANA ALLAH. Sama samalah kita berusaha mencapai peringkat makrifatullah Insya Allah
Tanyakan kepada diri kita sendiri..SIAPAKAH DIRI KITA?
Yang MELIHAT atau yang DILIHAT??
Jika kita yang melihat..kita tidak akan berubah..jadilah yang dilihat..kita akan sentiasa memikirkan diri ini diperhatikan tindak tanduk perlakuan dan sentiasa ingat bahawa tujuan hidup kita di dunia ini..
Nilai diri kita..jangan asyik melihat salah silap orang lain..cari berita mengaibkan orang lain..
Pesan Prof Muhaya lagi..
- Setiap saat patut hanya ada SYUKUR dan KASIH SAYANG
- KEMARAHAN MELEMAHKAN manakala KEMAAFAN MENGUATKAN
- Jangan bazirkan tenaga untuk benda-benda tidak baik..Contohnya jika di FB, berkongsilah tentang ilmu yang baik,jangan hanya sibuk mencari berita dan aib sahaja..
Seminar diteruskan lagi dengan slot kedua oleh Ustaz Roslan dan juga Prof Muhaya dengan topik KELUARGAKU SYURGAKU
KEBAHAGIAAN bermula dari rumahtangga..
Dalam surah Ar Ruum ayat 21 ada menyatakan
" Dan di antara tanda-tanda kebesaran Allah, ialah diciptakanNya untukmu dari jenismu sendiri, supaya kamu merasa tenteram disampingnya. Dan diciptakanNya kasih sayang di antara kamu. Sesungguhnya yang demikian itu menjadi tanda-tanda bagi orang yang berfikir " (30:21)
Asas agama adalah penting dalam membimbing keluarga ke arah yang diredhai Allah. Kenapa pentingnya?? Perlu kita ingat pesanan Allah dalam Surah At Tahrim ayat 6:
Allah Ta’ala berfirman,
“Wahai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu dan keluargamu dari api Neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu”.(66 : 6)
Sebelum berkahwin, kita sama-sama ada kekurangan dan dengan berkahwin kita sama-sama melengkapkan kehidupan kita..Berkahwin merupakan suatu medan perkongsian hati, dan tujuan antara seorang lelaki dan wanita..CABARAN, PERSELISIHAN PENDAPAT..sudah tentu ada dalam mana-mana rumah tangga. Sebagaimana dalam Filem P Ramlee mengatakan " Sedangkan lidah lagi tergigit ini pula suami isteri.."
Jadi bagaimana ingin menguruskan rumahtangga berdasarkan syariat agama Allah?
- Pentingnya tugas suami memegang AMANAH dan bimbing isteri dan anak-anak ke jalan agama Allah
- Pastikan sumber rezeki yang HALAL dan baik
- Tunjukkan akhlak yang baik..KOMUNIKASI yang baik
- Jadikan rumah tangga tempat yang disukai seisi keluarga.. BERJEMAAH bersama, solat berjemaah, makan bersama, beriadah bersama..
- Create RAUDHAH di rumah kita..jadikan rumahku keluarga syurgaku..
Tanya diri kita , berapa banyak masa dihabiskan ATAS SEJADAH?? Pada DHUHA?? Pada WAKTU MALAM.. Petikan dari FB, yang sangat menarik untuk kita hayati bersama
Seminar kemudian dirasmikan oleh Asyraf Wajdi Ahmad Dusuki. Juga diserikan dengan persembahan zikir oleh Hafiz Hamidun juga nyanyian dari Nora
Slot yang ketiga dengan topik YANG DAHULU BUKANLAH YANG SEKARANG dengan panel jemputan Tan Sri Syed Zainal..
Beliau menceritakan kehidupan dulu dan sekarang sudah banyak BERBEZA..banyak BERUBAH
PERSEKITARAN , EKOSISTEM sudah banyak berubah. Dulu persekitaran selamat, kini tidak lagi dengan teknologi yang tiada sempadan. Jadi ibu bapa kena harus lebih banyak memantau..lebih ambil perhatian..ambil berat
Pesan Tan Sri Syed Zainal lagi,
- Pilih SEKOLAH yang betul untuk anak anak kita,bincang suami isteri sepakat..Sebagai ibu bapa kita harus ambil berat, pergi lihat sendiri sekolah..jumpa guru sekolah
- Pilih KAWAN-KAWAN yang betul..kena ambil tahu dengan siapa anak kita berkawan. Beliau sendiri menitikberatkan perihal kawan, jika anaknya ingin keluar dengan kawan,haruslah bawa mereka jumpa beliau dan isteri..
- Perlu UBAH dan MENYESUAIKAN DIRI dengan ekosistem sekarang, kepentingan dan kehendak anak anak.
- PERTAMA (0-7 tahun) : Download Program
- KEDUA (7-14 tahun) : Role Modeling
- KETIGA (14-21 tahun) : Social Circles
- Guna teknologi untuk tujuan KEBAIKAN..guna FB,Twitter,Instagram untuk sebarkan info baik..suami isteri saling bermesej, etc
- Beri anak gajet tapi PANTAU..jangan hanya belikan dan biarkan mereka hanyut dengan gajet dan teknologi..Jadi 'friend' anak di FB,INSTAGRAM, etc. supaya dapat pantau perkembangan anak2 dengan dunia luar..Tambah Tan Sri Sy Zainal lagi, cara beliau dan isteri pula, mereka memberikan anak2 gajet berserta PASSWORD tapi dengan pesanan " The moment you change your password, we gonna take that back"..Sungguh bagus jika kita fikirkan mencegah dahulu sebelum perkara buruk berlaku..
- KAWAL TEKNOLOGI jangan biar teknologi yang mengawal kita!!
Isi penting dari perkongsian Ustaz Pahrol Joi adalah
- Apa yang kita SEMAI di DUNIA. kita akan TUAI di AKHIRAT.
- Kita sentiasa dikurniakan NIKMAT & RAHMAT..tapi tanpa rahmat hidup tak bermakna. Contoh nikmat adalah kesihatan..tapi rahmatnya adalah kita sihat tapi bawa diri kita ke jalan ketaatan. Manakala nikmat keluarga tetapi rahmatnya adalah membawa keluarga bahagia ke jalan Allah
- Keluarga yang bahagia..itu bermula dari DIRI KITA dahulu " kalau kita nak kasih sayang, kita kena memberi dahulu"
- Jangan mencari bahagia dalam rumahtangga, BAWA BAHAGIA dalam rumahtangga. Dalam konteks rumahtangga, kita tidak boleh bahagia jika orang di sekeliling kita tidak bahagia..
- PERANAN vs HAK. Jika kita jalankan peranan kita ( sebagai suami/isteri) hak kita akan dipenuhi (isteri/suami)
Apa itu OUSTIDE IN?? Maksudnya dari luar ke dalam..Jika kita membenarkan bahagia kita ditentukan dari luar ke dalam selamanya kita tidak akan bahagia. Persoalannya kenapa??
Kerana kita memandang harta, rupa,pangkat, kekayaan itu sebagai kayu ukur kebahagiaan kita." Kalau aku ada rumah besar, baru aku bahagia. Kalau aku ada pangkat tinggi, baru aku bahagia. Kalau aku kaya, cantik, baru aku bahagia.." Lantas kita akan menghabiskan seluruh kehidupan kita untuk mengejar KEBAHAGIAAN kita itu..disebabkan itu kebahagiaan ini didefinisikan dari luar ke dalam..kita rasa faktor luar yang menentukan kebahagiaan dalam diri kita.
Manakala, INSIDE OUT?? Maksudnya kita bahagia dari dalam diri kita..dan kebahagiaan itu akan terpancar dari hati,ingatan dan gerak kerja perbuatan kita. Sepertimana Allah berfirman dalam Surah Ar Raad ayat 8:
" Sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang" (13:8)
Bagaimana untuk mengingatiNya?? Ya itulah dengan ZIKIR. Zikir itu terdiri dari 3 komponen. Qauli, Qalbi dan Fi'li. Kita SEBUT di mulut kita, benarkan dalam HATI..dan ia akan terpancar dari TINDAKAN kita..
Seterusnya, Ustaz Pahrol teruskan pula dengan menyentuh perihal UJIAN.
UJIAN dalam kehidupan kita bukan penyebab tidak bahagia..tetapi sebagai petunjuk sahaja.
- DUNIA adalah tempat untuk DIUJI.sebagai PEPERIKSAAN. Seluruh ASPEK KEHIDUPAN adalah MATAPELAJARANNYA
- Bila diuji, kita akan lihat dengan ilmu kita yang TERBATAS tetapi Allah melihat dengan ketinggian ilmunya
- Kadang kadang Allah datangkan ujian sebagai PEMBEDAHAN JIWA kita
- Jenis jenis ujian ada 3 :-
- KAFARAH - sebagai penghapus dosa,
- IBTILA' - Tambahkan pahala dan tinggikan darjat
- BALA - sebagai peringatan
- Allah mendidik suami dengan kerenah isteri, dan sebaliknya
- Jangan lihat asbab (ujian ) itu, tetapi lihatlah musabbil asbab (Yang memberi ujian) iaitu Allah, insya Allah kita akan merasa tenang dan bahagia dengan ujian dan yakin dengan hikmahnya
Seminar ditutup dengan sesi TRANSFORMASI DIRI oleh Prof Muhaya.
- Jangan biarkan faktor luaran menentukan kebahagiaan kita
- Jadilah orang yang bahagia selalu kerana fikir dan ingat Allah selalu bersama kita
- UBAH dan 'TRANSFORM' diri untuk menjadi orang yang lebih baik
- Bermula dengan apa yang kita FIKIR, RASA, BERI dan DAPAT
- Bentuk keluarga syurgaku
- Faham bahagia dan cari bahagia barulah kita dapat membahagiakan. Insya Allah
Sekian sahaja perkongsian untuk kali ini, sungguh banyak untuk ditulis, yang hanya saya mampu titipkan hanyalah isi-isi penting mengikut kefahaman ketika mengikuti seminar ini. Pasti untuk 2014, seminar sebegini akan dianjurkan lagi oleh Prof dan motivator lain atau Ustaz/Ustazah..sama-samalah kita cari peluang untuk menimba lebih banyak ILMU dan menghadiri kuliah yang seumpama TAMAN-TAMAN SYURGA. Alhamdulillah ,ketenangan dan dengan ilmu,.membawa kita berAMAL dengan lebih baik. Insya Allah.
Sekian sahaja, yang baik daripada Allah, dan tidak sempurna dari saya sendiri.
Subscribe to:
Comments (Atom)