Saturday 30 November 2013

Solatlah Anakku

Bismillahirrahmanirrahim...

Ingin berkongsi tentang topik Solatlah Anakku yang diulaskan oleh Ustazah Norhafizah Musa di Tanyalah Ustazah 15 Nov 13.

Gambar diambil dari page www.sharingislam.com

Topik yang sangat membuka mata para ibu bapa tentang kepentingan, cara cara, hikmah mengajar anak bersolat. Sebagaimana yang kita fahami bahawa SOLAT merupakan salah satu daripada RUKUN ISLAM yang mesti kita patuhi sebagai seorang muslim/muslimah.

Dan ANAK merupakan AMANAH dari ALLAH yang seharusnya kita jaga, didik supaya dapat menjadi harta yang bernilai buat para ibu bapa. Maka SOLAT merupakan tanggunggjawab kita sebagai ibu bapa untuk mendidik anak anak kita menunaikan perintah Allah dan menjadi MUKMI yang bertaqwa.

Sebagaimana ulasan dari Ustazah Norhafizah,

PERINTAH MENGERJAKAN SOLAT

Perintah mengerjakan solat dapat dipetik dari ayat Al Quran Surah Taahaa seperti berikut

Ayat 14 Surah Taahaa
" Sesungguhnya Akulah Allah, tiada Tuhan kecuali Aku dan dirikanlah sembahyang untuk mengingatiku" (20:14)

Ayat 132 Surah Taahaa
" Dan suruhlah keluargamu (mendirikan) sembahyang, dan bersabarlah mengerjakannya, Kami tidak meminta rezerki kepadamu. Kami yang memberi rezeki kepadamu. Akibat yang baik (syurga) adalah untuk orang yang bertaqwa" (20:132)

KEPENTINGAN MENDIDIK ANAK BERSOLAT

  1. Solat merupakan TIANG AGAMA
  2. Solat adalah antara RUKUN RUKUN ISLAM
  3. Anak adalah AMANAH ALLAH
  4. Anak adalah ASET DUNIA AKHIRAT
KAEDAH AJAR ANAK BERSOLAT

  1. Wujudkan persekitaran yang bersolat..ibu bapa yang bersolat..berjemaah sekeluarga
  2. DOA anak supaya mudah dan istiqamah mengerjakan solat seperti doa Nabi Ibrahim dalam Surah Ibrahm ayat 40
       " Ya Tuhanku! Jadikan aku seorang yang mendirikan solat, begitu juga anak anakku. Ya Tuhan   kami, perkenankan doaku" (14:40)
       
      Selain itu doa yang boleh diamalkan adalah
      " Ya Allah suci bersihkan anak perempuanku sepertimana Engkau lindungi Maryam. Dan    
     sucibersihkan anak lelakiku sepertimana Engkau lindungi Maryam"

     " Ya Allah, jadikanlah solat itu lebih anakku cintai daripada air yang dingin ketika
     haus..Engkaulah pengabul nikmat"

     3. Ajar anak2 solat sebagai AMALAN JARIAH
     4.Ajar anak2 ROH SOLAT..nilai nilai murni
     5.Yakini anak2 bahawa solat sebagai SOLUSI HIDUP

USIA UNTUK PENDEDAHAN AWAL ANAK BERSOLAT

  1. Bila PANDAI BERCAKAP --> Ajar lafaz atau rukun rukun qauliah atau sunat qauliah. Al fatihah..selawat..lafaz rukuk atau sujud
  2. Bila PANDAI MEMBEZAKAN TANGAN KANAN DAN KIRI..BAIK & BURUK --> Ajar praktikal untuk mengerjakan solat
Sebuah hadis Rasulullah s.a. bersabda,
" Ajarlah anak anak kamu akan solat ketika berusia 7 tahun dan boleh dipukul jika mengabaikan solat ketika umur 10 tahun"

Hikmah merotan anak adalah sebagai pendidikan..untuk mengajar dan menunjukkan kepentingan bersolat.

Satu kajian dari barat menunjukkan merotan dikira sebagai kaedah yang dapat merangsang deria sakit sekaligus meransang deria saraf untuk belajar.

Namun begitu, kaedah untuk merotan anak perlu dijaga seperti berikut;
  • Rotan di bahagian yang tidak Nampak..jangan rotan di bahagian muka etc
  • Rotan sebagai pengajaran (sedikit shj) bukan rotan untuk memuaskan hati ibu bapa
CARA MENGAJAR ANAK SOLAT DI MASJID

  1. Ajar anak2 dengar dan hormati laungan AZAN. Jawab azan dan berdoa selepas azan. Azan merupakan panggilan Ilahi yang dapat membuka hati manusia dan sebagai pintu hidayah
  2. BAWA anak2 ke masjid..ajar anak2 adab ke masjida..hormat Allah dan masuk rumah Allah
  3. Berikan anak2 ILMU..pengetahuan tentang masjid. Kepentingan memakmurkan masjid..
Intipati dan hikmah bersolat apabila diamalkan oleh manusia adalah dapat difahami daripada terjemahan ayat 19-23 Surah Makrij

" Sesungguhnya manusia itu diciptakan bersifat keluh kesah" (70:19)
" Apabila dia ditimpa kesusahan, dia berkeluh kesah"(70:20)
" Dan apabila dia mendapat kebaikan (harta), dia amal kikir" (70:21)
" Kecuali orang orang yang mengerjakan solat" (70:22)
" Yang mereka itu tetap mengerjakan solatnya" (70:23)

Sedikit sebanyak perkongsian dari topik Tanyalah UStazah "SOLATLAH ANAKKU"

Marilah kita sama2 menghayati dan mengamalkan supaya dapat kita mendidik anak amanah Allah dengan sebaiknya dengan tujuan yang satu..AKHIRAT YANG ABADI..
DOA ANAK ANAK SOLEH SOLEHAH itu merupakan amalan jariah yang tetap berkekalan walaupun kita sudah meninggal.
Wallahualam

Segala yang baik itu dari Allah dan yang buruk & tidak sempurna dari saya..

Thursday 21 November 2013

Hati Hati Dengan Hati

Assalamualaikum,

Ingin berkongsi sedikit ilmu yang dipelajari dari kuliah tafsir Dr Fatma 0513 berkenaan Surah Taahaa
Berkenaan doa doa yang boleh diamalkan dari Surah Tahaa untuk menyembuhkan, menyihatkan,melembutkan  hati untuk menerima kebenaran, mengelakkan rasa takut dan sebagainya
Semoga bermanfaat Insya Allah

Kenapa hati perlu dititikberatkan?

Sabda Nabi Muhammad s.a.w
"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."
(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)
-dipetik dari blog sharing muslim lain-

Gambar diambil dari Majalah Solusi edisi 61..imaginasi buah epal yang amat menarik untuk kita fikirkan dan timbangkan
HATIMU YANG MANA SATU??


MELEMBUTKAN HATI YANG KERAS

Diceritakan bahawa Saidina Umar telah tergerak dan tersentuh hati untuk memeluk islam setelah mendengar adiknya Fatimah membacakan ayat 1-6 dari Surah Taaha ini..Maka ayat ini boleh diamalkan sebagai doa untuk melembutkan hati kita atau orang tersayang Insya Allah

"Taahaa" (20:1)
"Bukanlah Kami turunkan Al Quran kepada kamu supaya kamu menjadi susah"(20:2)
"Melainkan menjadi peringatan bagi orang yang takut"(20:3)
"Di turunkan dari Yang Menciptakan bumi dan langit yang tertinggi"(20:4)
"(Dia) Maha Pengasih, bersemayam (Berkuasa) di atas arasy (singgahsana)"(20:5)
"KepunyaanNya apa yang ada di langit dan bumi, apa yang ada diantara keduanya dan apa yang ada di bawah tanah"(20:6)



MEMUDAHKAN LISAN UNTUK DIFAHAMI MANUSIA& MEMUDAHKAN URUSAN

 Kadang-kadang lidah kita kelu untuk berkata kata terutamanya bila berhadapan dengan manusia..di sekolah..di tempat kerja..apatah lagi hanya kita yang berucap untuk membentangkan sebarang kerja atau projek yang diamanahkan. Maka kita boleh amalkan doa ini untuk memudahkan lisan kita supaya orang memahami apa yang ingin kita sampaikan dan dapat dimudahkan urusan

"Ya Tuhanku. Lapangkan dadaku"(20:25)
"Dan mudahkan bagiku urusanku"(20:26)
"Dan lepaskanlah simpulan lidahku"(20:27)
"Supaya mereka mengerti perkataanku"(20:28)



Ayat ini telah diucapkan oleh Nabi Musa sewaktu Allah memerintahnya untuk bertemu dengan Firaun yang telah melampaui batas dan diperintahkan untuk berdakwah kepada Firaun.

MENGELAKKAN RASA TAKUT DAN LEMAH SEMANGAT

Setelah diperintahkan untuk bertemu dan berdakwah kepada Firaun supaya dia (Firaun) menerima peringatan, Nabi Musa meminta seorang pembantu (Nabi Harun) supaya bersama dengannya memikul tanggunggjawab itu. Dan keduanya berasa takut sekali sekiranya diseksa oleh Firaun.Namun, Allah berfirman supaya jangan takut sesungguhnya Allah bersama mereka.
Hayati kisah dari ayat 44-46 Surah Taahaa

"Katakan kepadanya perkataan yang lemah lembut, mudah mudahan dia menerima peringatan atat takut (kepada Allah)"(20:44)
"Keduanya menjawab: Ya Tuhan kami! Sesungguhnya kami takut kalau kalau dia menyeksa kami atau melewati batas"(20:45)
"Berfirman Allah: Jangan kamu takut, sesungguhnya Aku beserta kamu, Aku Maha Mendengar dan Maha Melihat"(20:46)
 


Kita boleh amalkan ayat 46 dari Surah Taahaa untuk mengelakkan rasa takut dan lemah semangat

Selain itu, doa yang boleh diamalkan adalah dari ayat 68 Surah Taahaa ketika Nabi Musa berasa takut ketika berhadapan dengan ahli ahli sihir Firaun.
 
"Berfirman Kami : Jangan kamu takut (wahai Musa!) Sesungguhnya kamulah yang akan menang"(20:68)

MENEGUHKAN HATI DI ATAS AGAMA ALLAH

Sesungguhnya hati manusia boleh berubah dengan tiba tiba..Sebagaimana diceritakan tentang ahli2 sihir Firaun..yang mana mereka kafir pada permulaanya, namun dengan mukjizat Nabi Musa (tongkat yang bertukar menjadi ular yang menelan ular2 ahli2 sihir itu) & hidayah Allah, mereka beriman kepada Allah dan kemudian  dibunuh oleh Firaun (Kafir-->Beriman-->Syahid)

Cerita ini boleh dipelajari dan difahami dari ayat 49-76 Surah Taahaa

Pesan Dr Fatma, bacalah doa
" Ya muqallaibalqulub tsabiit qalbi ala diinika waala taaatika"
"Wahai Tuhan yang membolak balikkan hati, tetapkanlah hatiku dalam agamaMu dan dalam mentaati perintahMu"

MENGUBATI SIHIR

Tambahan lagi, doa yang boleh diamalkan untuk mengubati sihir ,boleh diamalkan dari ayat 69 Surah Taaha yang bermaksud:
" Dan lemparkan (tongkat) di tangan kananmu, nanti dilengkapkannya (ditelan) apa yang mereka perbuat. Apa yang mereka perbuat hanya tipu daya tukang sihir. Dan tukang sihir itu tidak akan menang tentang apa yang didatangkannya" (20:69)

Baca ketika hampir masuk waktu Maghrib selama 40 hari
Baca Al Fatihah (1x)
Ayat Kursi (1x)
3 Qul (Ahad, Falaq, Nas) 1x
Ayat 69 Surah Tahaa (31x)
 

HATI TIDAK MUDAH LUPA & TAMBAHKAN ILMU PENGETAHUAN

Manakala supaya hati tidak mudah lupa..akal tidak mudah lupa boleh diamalkan Ayat 98 Surah Taaha
" Tuhan kamu hanya Allah, yang tiada Tuhan selain Dia. Luas PengetahuanNya (meliputi) tiap sesuatu" (20:98)


Untuk menambahkan ilmu pengetahuan pula, bolehla diamalkan ayat 114 Surah Taaha
" Maka Maha Tinggi Allah, raja yang sebenarnya. Janganlah engkau bersegera (membaca) Al Quran, sebelum habis wahyunya kepadamu. Katakanlah :Ya Tuhanku! Tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan" (20:114)

MENGELAKKAN BAYI DARIPADA ASYIK MENANGIS

Diceritakan keadaan hari Qiamat dari Ayat 100-112. Yang mana keadaanya bumi akan hancur sehancurnya, menjadi rata dan licin..keadaan sunyi sepi pada hari Qiamat kerana takutkankan kepada Allah

Ayat yang boleh diamalkan untuk mengelakkan bayi daripada asyik menangis adalah dari ayat akhir dari Ayat 108 Surah Taahaa
"Pada hari itu, mereka mengikut (seruan) penyeru, dengan tidak dapat melencong dari menerutnya. Sunyi senyaplah semua suara kerana (takut) kepada Yang Maha Pengasih, sehingga tidak engkau dengar, kecuali suara halus (bunyi tapak kaki)"(20:108)
 

JANGAN MEMBANDINGKAN DENGAN REZEKI ORANG LAIN (dengki,irihati,etc)

Ayat 131 Surah Taahaa sebagaimana maksudnya
" Dan janganlah engkau menujukan pandangan kedua matamu kepada (perhiasan) yang Kami berikan kepada bermacam-macam orang di antara mereka, sebagai keindahan hidup di dunia, supaya mereka Kami uji dengan demikian itu. Dan rezeki Tuhanmu (dalam syurga) lebih baik dan lebih kekal" (20:131)

Peringatan Allah kepada kita, janganlah disbanding bandingkan dengan rezeki orang lain. Jangan dengki,iri hati dengan rezeki orang lain. Semuanya adalah ujian dari Allah dan yang paling penting adalah pengakhirannya di akhirat nanti..

Perintah mengerjakan solat dan pelbagai cerita lagi terdapat dalam Surah Taahaa , namun di sini hanya ingin berkongsi doa doa sebagai amalan untuk hati kita.

HATI HATI DENGAN HATI  kerana sungguh bahaya penyakit hati itu. Peringatan untuk saya sendiri juga Insya Allah

Sedikit sebanyak..yang baik dari Allah dan yang buruk & tidak sempurna dari saya sendiri

Wednesday 20 November 2013

Anak .Zuriat.Amanah

Sedikit pencerahan dari kuliah yang dihadiri . Kuliah oleh Dr Fatma 071012 dan diolah mengikut kefahaman dan tambahan ilmu yang xsebeberapa..Sedikit intipati daripada tafsir Surah Maryam ,penceritaan tentang amanah zuriat iaitu dari kisah2:
  • Nabi Zakaria dikurniakan Nabi Yahya..
  • Maryam dikurniakan Nabi Isa
  • Nabi Ibrahim dikurniakan Nabi Ishaq dan Yaakub
Semoga bermanfaat Insya Allah

Kenapa dinamakan Surah Maryam : IBU CERMIN ANAK..Seorang ibu yang baik Insya Allah akan melahirkan zuriat yang baik.


Gambar diambil dari wulanmahmudah.wordpress.com


Nabi Zakaria dikurniakan Nabi Yahya

Di awal surah diceritakan mengenai Nabi Zakaria yang berdoa kepada Allah (Ayat 4-6)

" Ya Allah,sesungguhnya telah lemah tulangku dan telah putih melepak uban dikepalaku dan aku tidak pernah kecewa dalam meminta kepadamu, Ya Tuhanku" -(19:4)
"Dan sesungguhnya aku takut akan orang orang yang akan menjadi wali sepeninggalanku (iaitu org2 jahat),sedang perempuanku mandul, sebab itu berilah aku seorang wali (anak) dari sisiMu (19:5)
"Yang akan mewarisiku dan mewarisi keluarga Yaakub; dan jadikanlah dia Ya Tuhanku, seorang yang disukai" (19:6)

Firman Allah (Ayat 7);
"Wahai Zakaria! Sesungguhnya Kami memberi khabar gembira kepadamu dengan seorang anak, namanya Yahya, yang belom pernah Kami berikan nama seperti itu sebelumnya" (19:7)

Jawab Nabi Zakaria (Ayat 8);
"Ya Tuhanku, bagaimana aku akan memperolehi seorang anak, sedang perempuanku mandul dan aku telah sampai usia yang sangat tua?"(19:8)

Firman Allah (Ayat 9);
"Demikianlah (akan terjadi).Berfirman Tuhanmu: Ia mudah bagiku, sesungguhnya telah Kujadikan engkau sebelumnya, sedang engkau belum ada sesuatu pun"(19:9)

Sambungannya boleh dibaca dari Ayat 10-15 Surah Maryam seperti di bawah

Pesan Dr Fatma, ayat 15 dari Surah Maryam boleh diamalkan apabila bayi baru lahir sebagai doa untuk kesejahteraan bayi sebagaimana maksud ayat
" Dan salam (selamat) untuknya pada hari dia dilahirkan dan pada hari dia diwafatkan dan pada hari dia dibangkitkan kembali"(19:15)

 
 

Maka kisah Nabi Zakaria juga diceritakan dalam Surah Al Imran (35-41)..Secara ringkasnya,yang mana isteri Imran menazarkan kandungannya dengan anak lelaki, namun taqdir lahirlah anak perempuan yang diberi nama Maryam. Maryam dijaga oleh Nabi Zakaria....

Doa yang  boleh diamalkan untuk meminta kurniaan zuriat adalah dari surah Al Imran ayat 38
" Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku seorang anak yang baik dari sisiMu,sesungguhnya Engkau Maha Mendengar doa" (3:18)

 

Maryam dikurniakan Nabi Isa
 
Ayat 16-40 menceritakan perihal Maryam dikurniakan Nabi Isa melalui perutusan Malakat Jibrail.

"Dan ingatlah(riwayat) Maryam dalam Kitab, ketika dia berpisah dari keluarganya ke tempat sebelah timur" (19:16)
"Lalu dibuatnya dinding antaranya dengan mereka. Kemudian Kami utus kepadanya roh Kami (Jibrail) lalu dia menyerupakan dirinya sebagai manusia yang sempurna"(19:17)
 
"Berkata Maryam: Sesungguhnya kepada Yang Maha Pengasih daripada(kejahatan ku berlindung) engkau, jika engkau orang yang bertaqwa"(19:18)
"Dia (Jibrail) berkata: Aku hanya utusan Tuhanmu, supaya kuberi engkau seorang anak yang suci"(19:19)

"Dia (Maryam) berkata: Bagaimanakah aku akan mempeolehi seorang anak, sedang aku belum pernah disentuh manusia dan aku bukan pula orang jahat"(19:20)
"Dia (Jibrail) berkata: Demikianlah (akan terjadi) Tuhanmu: Ia mudah bagiku, dan supaya Kami jadikan dia satu tanda (kekuasaan Kami) untuk manusia dan satu rahmat daripada Kami dan adalah kejadian itu satu perkara yang telah diputuskan" (19:21)

"Kemudian Maryam mengandung, lalu dia berpindah ke tempat yang jauh" (19:22)
"Lalu dia berlindung ke pohon kurma, kerana sakit melahirkan anak,dia berkata: Wahai, betapa (baiknya) aku mati sebelum ini, dan aku menjadi seorang yang tidak diperhatikan dan dilupakan" (19:23)
"Kemudian Jibrail menyerunya dari bawah pohon itu: Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Tuhanmu telah mengadakan di bawah engkau air sungai"(19:24)
"Dan goyanglah pohon kurma itu, nescaya dijatuhkan kepada engkau buah yang masak"(19:25)

Intipati boleh diamalkan untuk ibu mengandung untuk memudahkan proses bersalin, baca hayati taddabur Surah Maryam..Ambillah semangat dan kekuatan Maryam melahirkan zuriat dengan hanya pergantungan kepada Allah.
Tambahan juga untuk memudahkan proses kelahiran, makanlah kurma Ruttab (dari Mekkah) sebagaimana dikisahkan pengalaman Maryam melahirkan Nabi Isa dan berlindung di bawah pohon kurma..

"Sebab itu makanlah dan minumlah dan senangkanlah hatimu! Jika engkau melihat seorang manusia, maka katakanlah: Sesungguhnya aku telah bernazar kepada Yang Maha Pengasih, akan berpuasa, dan tidak akan berbicara dengan manusia pada hari ini"(19:26)
"Kemudian Maryam membawa anaknya kepada kaumnya dengan mendukungnya. Mereka berkata: Wahai Maryam! Sesungguhnya engkau telah membawa sesuatu yang ajaib"(19:27)
"Wahai saudara Harun! Bapa engkau bukan seorang yang jahat dan ibu engkau bukan pula perempuan jahat(penzina)"(19:28)
"Lalu Maryam mengisyaratkan kepada anaknya. Mereka berkata: Bagaimana kami akan berbicara dengan bayi yang masih dalam buaian"(19:29)
"Dia (Isa) berkata: Sesungguhnya aku seorang hamba Allah. DiberikanNya kepadaku Al-kitab (Injil) dan dijadikanNya aku seorang nabi

Boleh diamalkan doa supaya bayi mudah belajar bercakap, bolehla dibacakan Ayat 26-30 Surah Maryam kepada bayi..

"Dan dijadikanNya aku seorang yang diberkati(berguna kepada manusia), dimana sahaja aku berada dan diwasiatkanNya kepadaku (mengerjakan) solat dan (membayar) zakat selama aku masih hidup" (19:31)
"Dan berbuat baik kepada ibuku dan bukanlah aku dijadikanNya seorang yang sombong dan derhaka"(19:32)
"Dan selamat sejahtera bagiku pada hari aku dilahirkan, pada hari aku diwafatkan dan pada hari aku dibangkitkan kembali"(19:33)
"Itulah Isa anak Maryam(yang mengatakan) perkataan yang benar, yang mereka ragukan kebenarannya"(19:34)

Selebihnya boleh dirujuk kepada Al Quran sehingga ayat 40 dan juga diceritakan dalam Surah Al Imran Ayat 42-48..

 
"Bukanlah Allah mengambil (mempunyai) anak. Dia Maha Suci (daripadanya). Apabila Dia hendak mengadakan sesuatu, maka Dia hanya berkata kepadanya: Jadilah engkau! Maka jadilah ia"(19:35)

Ayat ini boleh diamalkan untuk mendapatkan zuriat (amalkan sbg zikir) , Ayat 35 Surah Maryam 10 kali sebelum dan selepas bersama suami isteri..Insya Allah berkat usaha,doa dan akhirnya izin dari Allah, Insya Allah

Amalan lain yang dikongsikan sewaktu pelajaran Tafsir Surah As -Sajdah untuk mendapatkan zuriat adalah Ayat 7-9 Surah As- Sajdah, amalkan sebelum bersama suami isteri..Insya Allah

Yang paling utama, jangan berputus asa dengan Allah dengan rahmat Allah dengan ujian Allah..teruskan berusaha,berdoa..Insya Allah

Tambahan dari Dr Fatma, jangan ingin mengandung sebab takut mandul, takut suami cari lain etc
Betulkan niat, nawaitu nak dapatkan zuriat sebagai ANAK SOLEH &SOLEHAH. INVESTMENT AKHIRAT.RAMAIKAN UMAT NABI MUHAMMAD S.A.W..Insya Allah boleh jadi asbab untuk dikurniakan zuriat dari Allah.

" We plan and Allah plan, but Allah is the best of planner"

Nabi Ibrahim dikurniakan Nabi Ishaq dan Yaakub (Yaakub anak kepada Nabi Ishak)

Kisah Nabi Ibrahim diceritakan dari ayat 41-50 Surah Maryam..yang mana Nabi Ibrahim mengajak ,berdakwah kepada ayahnya sendiri untuk menyembah Allah (Ayat 42-45) namun ditolak oleh ayahnya dan dihalau keluar. Namun Nabi Ibrahim tetap berdoa dan memohon kesejahteraan untuk ayahnya. Berkat kesabarannya, Allah kurniakan Nabi Ishaq dan Yaakub sebagaimana ayat 49
" Tatkala Ibrahim meninggalkan mereka dan apa yang mereka sembah, selain daripada Allah, maka Kami anugerahkan kepadanya Ishaq dan Yaakub. Masing2 Kami jadikan nabi" (19:49)

Manakala seorang lagi zuriat Nabi Ibrahim adalah Nabi Ismail dari isterinya Siti Hajar

Sedikit sebanyak penceritaan tentang zuriat dari tafsir Surah Maryam untuk dikongsi dan diamalkan bersama..Namun paling penting zuriat adalah amanah ,anugerah dan ujian untuk kita yang bergelar ibu bapa.

Sedikit sebanyak..yang baik dari Allah dan yang buruk & tidak sempurna dari saya sendiri

Cara Mendidik Anak

Sedikit pencerahan dari kuliah yang dihadiri . Kuliah oleh Dr Fatma 060612 dan diolah mengikut kefahaman dan tambahan ilmu yang xsebeberapa..Berkenaan tafsir Surah Luqman mengenai cara mendidik anak..semoga bermanfaat Insya Allah

CARA MENDIDIK ANAK SECARA ISLAM boleh di pelajari dari tafsir Ayat 12-19 Surah Luqman

" First school of children is their own parent " Sekolah pertama bagi anak2 adalah ibubapanya sendiri maka kita memikul tanggungjawab dalam mendidik anak sebagai amanah Allah.

  • Ayat 12- BERSYUKUR KEPADA ALLAH : Ajari anak2 kita untuk kenal Allah dan semua yang kita ada datang dari Allah. Ajari anak2 kita untuk mengatakan Alhamdulillah di atas segala kurniaan Allah
  • Ayat 13- JANGAN MENYEKUTUKAN ALLAH : Ajari anak2 kita hanya Allah tuhan yang layak disembah dan memohon pertolongan.
  • Ayat 14- BERSYUKUR KEPADA ALLAH DAN IBUBAPA : Ajari anak2 kita untuk hormat, saying ibu bapa selepas Allah terutamanya ibu..sesungguhnya syurga itu di bawah kaki ibu

 
  • Ayat 15- BERGAUL BAIK DENGAN IBU BAPA  : Jadi sahabat kepada ibu bapa walaupun mungkin mereka menyuruh anak2 ke jalan yang salah. Jangan diikut jalan yang salah namun bergaullah secara baik kepada ibu bapa. Cari sahabat yang baik yang dapat membimbing ke jalan Allah
  • Ayat 16- SEMUA AMALAN DALAM PENGETAHUAN ALLAH : Ajari anak2 bahawa semua yang kita lakukan dalam pengetahuan Nya (analogi seperti biji sawi tersembunyi di langit, bumi dan batu). Tunaikanlah kewajipan sebagai hamba Nya..Jangan lakukan perkara haram
  • Ayat 17-DIRIKANLAH SOLAT & AMAL MAKRUF NAHI MUNGKAR : Ajarilah anak2 untuk mendirikan solat. Solat adalah tiang agama..Ibu bapa sebagai contoh haruslah mendidik anak2 untuk bersolat dan menunjukkan contoh baik untuk anak2 ikuti. Ajari anak2 untuk bersabar dalam semua dugaan yang menimpa..
  • Ayat 18- JANGAN SOMBONG & ANGKUH : Ajari anak2 untuk tidak sombong kepada manusia..Bila bersalam kena tengok muka..Jangan berjalan dengan angkuh dan megah di bumi , Allah tidak menyukai
  • Ayat 19- SEDERHANAKAN LANGKAH &SUARA : Bila berjalan kena sederhana, jangan terlalu cepat dan jangan terlalu lambat. Bila bercakap suara kena perlahan dan lemah lembut ( analogi suara org seperti keldai adalah dibenci Allah)
 



 Ayat di atas sesuai diperdengarkan kepada bayi sejak dalam kandungan lagi..dan perlaksanaannya haruslah diikuti oleh semua para ibu bapa.

Sedikit sebanyak..yang baik dari Allah dan yang buruk & tidak sempurna dari saya sendiri



Alhamdulillah

Alhamdulillah..all praise to Allah

Finally able to realize a goal to make a blog for sharing knowledge..from what being taught. heard. experience ..Insya Allah

Still learning towards becoming better MUSLIMAH. WIFE. MOTHER. DAUGHTER. SISTER.FAMILY. FRIEND. WORKER...Insya Allah