Saturday 30 November 2013

Solatlah Anakku

Bismillahirrahmanirrahim...

Ingin berkongsi tentang topik Solatlah Anakku yang diulaskan oleh Ustazah Norhafizah Musa di Tanyalah Ustazah 15 Nov 13.

Gambar diambil dari page www.sharingislam.com

Topik yang sangat membuka mata para ibu bapa tentang kepentingan, cara cara, hikmah mengajar anak bersolat. Sebagaimana yang kita fahami bahawa SOLAT merupakan salah satu daripada RUKUN ISLAM yang mesti kita patuhi sebagai seorang muslim/muslimah.

Dan ANAK merupakan AMANAH dari ALLAH yang seharusnya kita jaga, didik supaya dapat menjadi harta yang bernilai buat para ibu bapa. Maka SOLAT merupakan tanggunggjawab kita sebagai ibu bapa untuk mendidik anak anak kita menunaikan perintah Allah dan menjadi MUKMI yang bertaqwa.

Sebagaimana ulasan dari Ustazah Norhafizah,

PERINTAH MENGERJAKAN SOLAT

Perintah mengerjakan solat dapat dipetik dari ayat Al Quran Surah Taahaa seperti berikut

Ayat 14 Surah Taahaa
" Sesungguhnya Akulah Allah, tiada Tuhan kecuali Aku dan dirikanlah sembahyang untuk mengingatiku" (20:14)

Ayat 132 Surah Taahaa
" Dan suruhlah keluargamu (mendirikan) sembahyang, dan bersabarlah mengerjakannya, Kami tidak meminta rezerki kepadamu. Kami yang memberi rezeki kepadamu. Akibat yang baik (syurga) adalah untuk orang yang bertaqwa" (20:132)

KEPENTINGAN MENDIDIK ANAK BERSOLAT

  1. Solat merupakan TIANG AGAMA
  2. Solat adalah antara RUKUN RUKUN ISLAM
  3. Anak adalah AMANAH ALLAH
  4. Anak adalah ASET DUNIA AKHIRAT
KAEDAH AJAR ANAK BERSOLAT

  1. Wujudkan persekitaran yang bersolat..ibu bapa yang bersolat..berjemaah sekeluarga
  2. DOA anak supaya mudah dan istiqamah mengerjakan solat seperti doa Nabi Ibrahim dalam Surah Ibrahm ayat 40
       " Ya Tuhanku! Jadikan aku seorang yang mendirikan solat, begitu juga anak anakku. Ya Tuhan   kami, perkenankan doaku" (14:40)
       
      Selain itu doa yang boleh diamalkan adalah
      " Ya Allah suci bersihkan anak perempuanku sepertimana Engkau lindungi Maryam. Dan    
     sucibersihkan anak lelakiku sepertimana Engkau lindungi Maryam"

     " Ya Allah, jadikanlah solat itu lebih anakku cintai daripada air yang dingin ketika
     haus..Engkaulah pengabul nikmat"

     3. Ajar anak2 solat sebagai AMALAN JARIAH
     4.Ajar anak2 ROH SOLAT..nilai nilai murni
     5.Yakini anak2 bahawa solat sebagai SOLUSI HIDUP

USIA UNTUK PENDEDAHAN AWAL ANAK BERSOLAT

  1. Bila PANDAI BERCAKAP --> Ajar lafaz atau rukun rukun qauliah atau sunat qauliah. Al fatihah..selawat..lafaz rukuk atau sujud
  2. Bila PANDAI MEMBEZAKAN TANGAN KANAN DAN KIRI..BAIK & BURUK --> Ajar praktikal untuk mengerjakan solat
Sebuah hadis Rasulullah s.a. bersabda,
" Ajarlah anak anak kamu akan solat ketika berusia 7 tahun dan boleh dipukul jika mengabaikan solat ketika umur 10 tahun"

Hikmah merotan anak adalah sebagai pendidikan..untuk mengajar dan menunjukkan kepentingan bersolat.

Satu kajian dari barat menunjukkan merotan dikira sebagai kaedah yang dapat merangsang deria sakit sekaligus meransang deria saraf untuk belajar.

Namun begitu, kaedah untuk merotan anak perlu dijaga seperti berikut;
  • Rotan di bahagian yang tidak Nampak..jangan rotan di bahagian muka etc
  • Rotan sebagai pengajaran (sedikit shj) bukan rotan untuk memuaskan hati ibu bapa
CARA MENGAJAR ANAK SOLAT DI MASJID

  1. Ajar anak2 dengar dan hormati laungan AZAN. Jawab azan dan berdoa selepas azan. Azan merupakan panggilan Ilahi yang dapat membuka hati manusia dan sebagai pintu hidayah
  2. BAWA anak2 ke masjid..ajar anak2 adab ke masjida..hormat Allah dan masuk rumah Allah
  3. Berikan anak2 ILMU..pengetahuan tentang masjid. Kepentingan memakmurkan masjid..
Intipati dan hikmah bersolat apabila diamalkan oleh manusia adalah dapat difahami daripada terjemahan ayat 19-23 Surah Makrij

" Sesungguhnya manusia itu diciptakan bersifat keluh kesah" (70:19)
" Apabila dia ditimpa kesusahan, dia berkeluh kesah"(70:20)
" Dan apabila dia mendapat kebaikan (harta), dia amal kikir" (70:21)
" Kecuali orang orang yang mengerjakan solat" (70:22)
" Yang mereka itu tetap mengerjakan solatnya" (70:23)

Sedikit sebanyak perkongsian dari topik Tanyalah UStazah "SOLATLAH ANAKKU"

Marilah kita sama2 menghayati dan mengamalkan supaya dapat kita mendidik anak amanah Allah dengan sebaiknya dengan tujuan yang satu..AKHIRAT YANG ABADI..
DOA ANAK ANAK SOLEH SOLEHAH itu merupakan amalan jariah yang tetap berkekalan walaupun kita sudah meninggal.
Wallahualam

Segala yang baik itu dari Allah dan yang buruk & tidak sempurna dari saya..

No comments:

Post a Comment