Thursday 25 September 2014

Sikit Sikit Lama Lama Jadi Bukit - Belajar Tips 'Mudahnya Berniaga'

Salam,

Bismillahirrahmanirrahim...kali ini saya ingin berkongsi tentang pengalaman menghadiri Seminar  Mudahnya Berniaga dari Dr Azizan Osman (DAO) pada 07 Sept di Wisma MCA.Sejujurnya, saya tidak pernah tahu akan perihal DAO dan kejayaannya sehinggalah kawan saya bertanya dan mengajak ke Seminar yang akan diadakan di KL. "Daftar 3 org dan ianya percuma!". Wah, tampak menarik dan saya mula mencari cari info tentang seminar ini di 'Website'. Berminat juga nak menambah ilmu berniaga memandangkan baru bermula secara kecil-kecilan.

PERMULAAN UNTUK BERNIAGA

Sejak kecil lagi saya memang ada minat dan pernah menjual di sekolah rendah dan menengah. Tapi percubaan boleh kata 1 atau 2 x sahaja. Kemudian terkubur begitu sahaja.. Sekarang, sejak beberapa bulan lepas (apabila dah bekerja), cuba untuk menjual barangan bayi setelah berpuas hati menggunakan produk ini . Dan barulah saya sedar, bukan mudah untuk berniaga. Nak jual 1 atau 2 barang bukan mudah. Dan perasaan bila barang terjual, sangat menghargai wang hasil jualan..lebih dari wang hasil bekerja makan gaji. Wah! Baru saya sedar, kenapa berniaga merupakan 9/10 punca rezeki dan juga amalan sunnah yang dituntut dalam Islam.

Namun masih tercari cari apakah formula untuk berjaya dalam berniaga. Bilamana saya hadiri seminar ringkas selama setengah hari ini, barulah saya sedar. KUNCI KEJAYAAN dalam BISNES adalah ILMU. Juga KEBERKATAN dari ALLAH.

SEMINAR SIRI MUDAHNYA BERNIAGA -DAO

Maka, ringkasan saya sefahaman menyertai seminar pendek bersama Kakak saya..Terima kasih buat suami yang mengizinkan pergi dan juga sanggup jaga anak sulung kami. Dengan perut memboyot 36 minggu, saya gagahi juga menghadiri seminar ini dengan ribuan manusia.


Seminar dibuka dengan video video kejayaan anak didik DAO. Dari Fizo Omar, Kek Anis Choic Most dan ramai lagi..buat kami semua terkedu dan tak sabar untuk mengali ilmu dan kefahaman dari Seminar ini.Juga cerita dari DAO sendiri, tentang pengalaman beliau berniaga dari sekecil kecil produk di kampung sehinggalah berjaya mempunyai empayar bisnes sendiri yang berbilion-billion. Wow! Sungguh tak sabar nak mendalami ilmu dari seorang yang berjaya dan sudi berkongsi pengalaman untuk sama sama memajukan anak bangsa~



FAKTOR UNTUK BERJAYA DALAM BISNES

1.KEPUTUSAN
  • Kena buat keputusan untuk perbaiki hidup dan kewangan keluarga
  • Orang Melayu lazimnya tak pandai guna duit untuk jadikan duit kerana TIADA ILMU
  • Jangan salahkan orang lain dan hati kena luas untuk terima kritikan

2. SERIUS
  • 'Give the BEST'
  • 'Be PREPARED'

3. 100% KOMITMEN
  • Orang berjaya akan bermula dan melakukan sesuatu sehingga habis
  • Bisnes hanya dengan MODAL tapi TANPA ILMU yang betul tidak akan berjaya
Juga jelas DAO, 5 FORMULA KEJAYAAN adalah M E S T I
 
 


Tambah beliau lagi, KUNCI SEBENAR KEJAYAAN adalah KEBERKATAN. Keberkatan datang dari Allah, Allah lah yang menggerakkan hati manusia untuk membeli/ mencuba barang jualan/servis perniagaan kita. Masya Allah, terkedu mendengar penjelasan beliau.

KENAPA ORANG LAIN BISNES DAN BERJAYA??

Soalan yang menarik dilemparkan oleh DAO. Tambah beliau lagi,

  1. Sikap BERBEZA
  2. Pantas membuat KEPUTUSAN dan TINDAKAN
  3. Sanggup ' INVEST' untuk berjaya ( Wang, tenaga, masa)
  4. Bina NETWORKING yang bagus
  5. Dah buat keputusan untuk berjaya AWAL (Make decision earlier)
  6. BerKAWAN dengan orang yang betul. Nak berubah, kene 'upgrade' kawan
  7. Tidak BERTANGGUH
  8. Tidak menghiraukan KUTUKAN orang
  9. FOKUS. FOKUS. FOKUS. 1 Produk dalam 1 masa
  10. KONSISTEN dan juga PERSISTEN (Tidak mudah putus asa)

Ayat menarik dari DAO,

" Di mana ada MANUSIA. Di situ ada MASALAH. Di mana ada MASALAH di situ ada PELUANG. Di mana ada PELUANG di situ ada WANG. Di mana ada WANG di situ ada KEKAYAAN "

KENAPA kita perlu KAYA??
  • Supaya dapat membantu orang-orang yang lebih berkemampuan
  • Dapat lebih bersedeqah dan berzakat untuk membangunkan ekonomi Islam
  • Mencontohi sahabat2 Nabi yang kaya tapi dermawan di jalan Allah

CARA NAK BERUBAH

  • 'TRY & ERROR' - Buat silap dan belajar dari silap
  • BELAJAR dari kekayaan dan kegagalan orang lain. Pentingnya mempunyai MENTOR yang betol dan mencari ILMU yang betol
  • ASSOCIATE & ATTACH dengan orang yang dah berjaya
Jelas beliau lagi, sangat banyak bezanya kerja MAKAN GAJI dengan BISNES sendiri. Tapi nasihat beliau, jikalau masih bekerja teruskan bekerja dan cuba buat 'PART TIME' dahulu, bila dah stabil dan yakin barulah kita boleh membuat keputusan untuk SERIUS dalam BISNES sepenuhnya.


SOALAN UNTUK KITA FIKIRKAN

DAO mengakhiri seminar dengan soalan untuk kita renung dan fikirkan

  1. Tahap kewangan yang kita inginkan 3 tahun dari sekarang
  2. Impian dan gaya hidup yang kita impikan
  3. Kebebasan Masa
  4. Sumbangan kita untuk orang lain
  5. Impian kebahagiaan bila hidup dan apabila sudah mati
Hidup bermula dengan impian yang BESAR. Dare to THINK and DREAM BIG! Dan haruslah bermula SEKARANG~~

Sungguh saya akui, motivasi dan semangat berkobar kobar setelah menghadiri Seminar ini. Tapi, seperti djielaskan di atas, bukannya mudah, perlukan ILMU, SOKONGAN, KEBERKATAN, dan pelbagai FAKTOR KEJAYAAN BISNES untuk kita selami.

Buat masa ini, masih bermula secara kecil-kecilan dan mungkin juga tidak berapa serius lagi. Tapi Insya Allah, 'target' saya untuk berhenti kerja dan mempunyai bisnes sendiri akan tercapai tidak lama lagi. Dengan usaha, iktiar, doa INSYA ALLAH.

Semoga penulisan entri kali ini bermanfaat untuk kita. Yang baik dari Allah dan yang buruk dari kelemahan saya sendiri.





Saturday 6 September 2014

IBU BEKERJAYA - Antara Komitmen, Cabaran dan Pilihan

Salam

Bismillahirahmanirrahim...Masa berlalu dengan pantas. Tanpa kita sedar, Syawal sudah berlalu. Dan untuk kali ini, saya ingin menulis tentang  Ibu Bekerjaya : Antara Komitmen, Cabaran dan Pilihan

* Gambar di ambil dari Google.

ANTARA KOMITMEN KELUARGA DAN KERJAYA

Sebagai ibu yang bekerja, seringkali kita perlu menghadapi kedua-dua komitmen ini, iaitu keluarga yakni sebagai ISTERI, IBU juga sebagai PEKERJA di syarikat. Kedua duanya menuntut masa, tenaga dan usaha yang gigih dari kita. Dan dengan menggalas kedua duanya, kadang kadang kita juga tewas dengan kepenatan dan mula berfikir sedalam dalamnya, mana yang lebih UTAMA; Menjaga kebajikan keluarga di rumah yakni sebagai SURIRUMAH atau bekerja membantu ekonomi keluarga yakni IBU BEKERJAYA.

SURIRUMAH KERJAYA TERBAIK UNTUK WANITA

Tidak dapat kita sangkal lagi, sememangnya surirumah merupakan kerjaya terbaik untuk wanita. Sebagai surirumah, kita dapat
  • Menjaga anak anak sepenuhnya - dapat mengoptimumkan dan mengawal sepenuhnya anak-anak dari gejala tidak sihat, pengaruh persekitaran, dan media
  • Memasak untuk keluarga - pentingnya air tangan ibu dan isteri dalam memastikan kesihatan keluarga terjamin

Penat, lelah? Ya, kedua kedua kerjaya ini sememangnya managih perhatian dan tanggungjawab yang bukan sedikit. Tapi, pada hemat saya sangat berbaloi melihat anak membesar di hadapan mata mengikut acuan yang kita idamkan..iaitu mengikut acuan AL QURAN dan AS SUNNAH.

Saya bersetuju dengan Artikel Warga Prihatin Suri-rumah-ialah-satu-kerjaya-tertinggi-seorang-wanita .

Namun, buat masa ini masih perlu bekerja untuk menghabiskan saki baki KOMITMEN  hutang pendidikan, juga membantu sehingga EKONOMI keluarga STABIL. Insya Allah, SURIRUMAH merupakan idaman kerjaya dalam masa beberapa tahun lagi.

IBU BEKERJAYA - CABARAN

Sebagai ibu bekerjaya,
  • Keluar pagi balik hampir malam - 12 jam menghabiskan masa di pejabat. Bila pulang ke rumah, perlu menjalankan tugas sebagai isteri dan ibu.
  • Anak - anak di hantar ke rumah pengasuh / taska - buat masa sekarang, anak dihantar ke rumah pengasuh
  • 'Outstation' dan terpaksa meninggalkan keluarga - kerjaya sekarang yang menuntut mesyuarat di luar kawasan kerja dan turun padang ke 'platform' dan 'site'
Ya, di antara cabaran cabaran sebagai Ibu Bekerjaya. Namun, yang paling penting adalah, bilamana anak anak kita selama 12 jam berada di pengawasan orang lain. Apa yang anak lihat, alami dengan persekitaran dan pergaulan, itulah yang akan menjadi PENGALAMAN dan MEMBENTUK mereka. Kadang -kadang bila pulang ke rumah, anak menunjukkan 'perangai' luar biasa yang membuatkan saya terfikir, inilah ' HARGA' yang perlu di bayar bilamana kita tidak berada dengan mereka, menjaga, mengawal mereka. Tatkala ini, terasa indahnya jika kita dapat berada bersama mereka setiap masa. Kerana APA?

Kerana PENDIDIKAN AWAL itu sangat penting untuk anak-anak. Apa yang mereka pelajari dari usia 0 - 4 tahun adalah menyamai pendidikan 14 tahun selepas itu. Semoga ALLAH memberi KEKUATAN untuk saya menghabiskan beberapa tahun lagi dan mengejar IMPIAN ingin mendidik dan BERBAKTI untuk keluarga. Insya Allah.

PILIHAN TERBAIK

Ya, sememangnya PILIHAN berada di tangan kita. Namun, Insya Allah, yang TERBAIK datang dari Allah. Dengan DOA, USAHA, IKHTIAR, kita mampu untuk mengejar impian kita.

Dan ini menandakan USAHA kami sebagai ibu bapa harus lebih gigih untuk mendidik anak-anak dalam mengenal Al QURAN, juga menerapkan nilai nilai Muslim/Muslimah untuk anak-anak. Insya Allah, dengan doa pembaca juga.

Sekian sahaja untuk kali ini, segala yang baik dari Allah dan yang buruk dari kelemahan diri saya sendiri.





Saturday 16 August 2014

'Kids On The Go' - Jejak Mengenal Al Quran

Assalamualaikum,

Bismillahirrahmanirrahim.. Sekarang Syawal disambut penuh gembira. Bulan untuk kita kunjung mengunjung, bermaafan dan mengukuhkan silaturrahim..Kali ini ingin berkongsi tentang perkembangan anak saya dalam mengenali Al Quran. Alhamdulillah, sekarang anak sulung saya, Izz (1 tahun 7 bulan)sudah mengenali hampir kesemua Huruf Hijaiyah. Jika ditanya, dia sudah boleh menunjukkan mana 'flash card' hurufnya. Cuma cabaran untuk mengajarnya menyebut Huruf2 Hijayaiah..Insya Allah, akan diteruskan lagi usaha ini. Gembira dan sangat terharu bila usaha untuk mendidik anak mengenal Al Quran sudah menampakkan hasilnya.
( Gambar - Iqraa' Board yang pada mulanya untuk kami ingat huruf mana yang dah diajar, sekarang menjadi papan rujukan Huruf Hijaiyah dan kegemaran anak)
'KIDS ON THE GO'
Hmm..apa yang dimaksudkan dengan 'Kids on the go'? Perjalanan kami untuk balik kampung samada kampung suami atau saya masing-masing mengambil masa 3-4 jam dan 6-7 jam dari KL. Masa yang lama untuk berada di dalam kereta, menghabiskan masa bersama anak. Saya mula berfikir , masa yang lama ini bagus kalau dimanfaatkan..dan untuk anak, hanya akan diam bila ada mainan yang menarik hatinya. Jadi, saya fikirkan tentang 'Kids On The Go' , barang2 yang perlu dibawa ketika 'travel' terutama perjalanan jauh yang boleh digunakan untuk mengajar anak.
Ya itulah,
'FLASHCARD'
'HIJAIYAH BOARD PANE'
'DRAWING BOARD'

'JUZ AMMA RECITATION'
'GAJET'??
Sangat berguna! Dan dapat membantu kita untuk mencapai misi dan matlamat untuk mendidik anak di samping dapat mengelak anak dari meragam.
 
Ini memang kegemaran anak saya. Kami beli 3-4 set 'flash card' ini ketika Kursus tempoh hari dengan IPN (Islamic Parenting Network). Satu set untuk simpanan tetap dalam kereta. Selebihnya di rumah..sebahgian di tampal di Iqraa Board. Sangat bermanfaat dan kosnya hanya RM9/ set.

Boleh klik link ini untuk membeli Flash Card & Puzzle Huruf Hijaiyah. Sangat berguna insya Allah
Flash Card & Puzzle Huruf Hijaiyah
 
Hijaiyah Board Pane ini pula anak saya sangat menyukainya. Tapi sebahagian dari Huruf2 Hijaiyah sudah dicabutnya, juga gemar menggitnya hehe. Kos? Hanya RM 5, kami jumpa ketika 'Baby Expo' di Kuantan.
Manakala 'Drawing Board' ini pula dihadiahkan teman saya sewaktu hari lahir anak pertama 14 Januari lepas. Alhamdulillah, penggunaan 'Drawing Board' ini sangat membantu dalam mengajar anak Huruf Hijaiyah..Sekarang, anak saya pula menjadi Guru, dia akan sebut Huruf dan meminta kita menulisnya..

 
 Untuk halwa telinganya pulak, 'Juz Amma Recitation' ini akan menjadi halwa telinga wajib ketika perjalanan. Dan kami memang akan memasang bacaan Juz Amma ini hampir setiap hari ketika ingin menidurkanyya. Juga, telah di'save' dalam 'thumbdrive' untuk simpanan tetap dalam kereta, dan dipasang untuk perjalanan di dalam kereta.

'KIDS ON THE GO 'di atas, sangat sangat membantu. Kosnya tidak mahal dan mampu milik..yang mahal adalah MASA, dan USAHA kita untuk mendidik anak untuk mengenal Al Quran. Tetapi sangat indah, bila mana usaha kita menampakkan hasil. dan yang paling penting, perjalanan jauh kita TERISI dan BERMANFAAT untuk seisi keluarga.

Bilamana saya lihat balik, kesemua 'Kids On The Go' ini adalah aplikasi 'VAK learning' iaitu pembelajaran melalui :-
Visual
Auditory
Kinesthatic

yang sudah saya jelaskan dalam Artikel ' Cara Mencorakkan Anak Mengenal Al Quran
BAGAIMANA DENGAN GAJET??
Gajet, teknologi ada kebaikan dan keburukannya. Jika dimanfaatkan dengan betul, insya Allah dapat membantu niat kita. Untuk anak saya, 'Tab' juga antara 'Kids on The Go' yang kami isi dengan video ' Alif Ba Ta, video Nasyid juga Game Huruf Hijaiyah. Namun cabarannya tetap ada, bilamana anak sudah pandai membuka game game yang ada. Apatah lagi, budak budak zaman sekarang cepat belajar bila melihat kami,atau ahli keluarga yang lain bermain. Namun, pilihannya tetap di tangan kita. Boleh tapi dengan pengawasan!
CD,DVD?
Pilihan CD dan DVD yang betul insya Allah dapat dijadikan Alat Bantuan Mengajar untuk anak anak kita. Alhamdulillah, pelaburan untuk membeli DVD IQRA' oleh suami sangat berbaloi. Anak sangat menyukainya dan boleh kata hampir setiap hari kami pasang DVD ini..Tidak dapat dinafikan, penggunaan DVD ini membantu kami dalam mendidik anak mengenal Huruf Hijaiyah.
 
Masih jauh lagi perjalanan kami untuk mencapai MISI kami, supaya anak dapat HAFAZ QURAN. Tapi Insya Allah, dengan izin Allah, berkat usaha doa. Tujuan saya berkongsi, supaya kita sama sama berjuang untuk mendidik anak kita supaya menjadi ASET DUNIA AKHIRAT, Insya Allah. Sangat terharu melihat video Adik Musa dari Indonesia yang sudah dapat menghafaz 30 juz Al Quran dan berusia hanya 6 tahun. Tapi lihatlah usaha ibu bapanya, tak tertanding dengan usaha kami yang kecil ini tapi insya Allah akan kami jadikan sebagai pengajaran dan rujukan.
Sekian sahaja, yang baik itu dari Allah, yang buruk dan tidak sempurna itu daripada kelemahan saya sendiri.
 
 

Thursday 24 July 2014

Ramadhan & ' My Ramadhan Goal"


Assalamualaikum,
Bismillahirrahmanirrahim..Kita sudah berada di bulan yang paling mulia dan berkat iaitu Bulan Ramadhan. Yang mana bulan yang dijanjikan Allah pahala yang tak terhingga untuk amalan2 ibadah yang kita lakukan berbanding bulan bulan lain. Bulan untuk kita berpuasa jasmani dan rohani untuk kita menjadi seorang insan yang lebih baik dari sebelumnya. Bulan yang mengandungi malam LailatulQadar yang dijanjikan Allah pahala yakni beribadah seperti 1000 bulan. Di sini, saya hanya ingin berkongsi tentang hikmah Ramadhan daripada pengalaman menghadiri ceramah. Tentang hukum,rukun berkaitan ibadah puasa itu insya Allah yang lebih pakar boleh menjadi rujukan kita semua.
* Gambar perkongsian rakan sewaktu awal Ramadhan.
 
RAMADHAN – TITIK PERUBAHAN UNTUK KEMBALI KEPADA FITRAH
Teringat kata2 Dr Fadzilah Kamsah sewaktu ceramah bertajuk ‘Worklife balance In Ramadhan’ pada 9 July 2013 yang lepas di pejabat. Kata beliau “ Ramadhan adalah bulan yang terbaik untuk berubah. Dalam diri manusia ini terkandung sifat sifat seorang bayi, iaitu sifat fitrah tapi telah diselaputi dengan sifat sifat mazmumah sepanjang proses menjadi seorang yang dewasa, maka Ramadhan itu berfungsi untuk membersihkan sifat2 mazmumah itu supaya kembali kepada fitrah, mengenali dan mengabdikan diri kepada pencipta manusia , Allah s.w.t. Kembali kepada fitrah, di mana kita meraikan Hari Raya Aidil Fitri” Masya Allah, kata kata yang ringkas, padat namum terkandung hikmah untuk kita renungi.
Ingin saya berkongsi lagi daripada kuliah Dr Fatma di pejabat pada 3 July 2013 yang lepas, yang mana beliau menceritakan perihal bulan Ramadhan dan hikmahnya.Jelas beliau, “ Ingat dan tetapkan dalam fikiran dan hati, "This is my last Ramadhan, do my best” sebagai pemangkin untuk kita lebih bersungguh sungguh dalam menjalani ibadah berpuasa. Allah membuka pintu pintu syurga dan menutup pintu pintu neraka ketika bulan Ramadhan.
SEBELUM RAMADHAN
1.       Muhasabah Diri – Semak balik macam mana hubungan kita dengan Allah, dengan keluara, dengan kawan kawan. Solat kita, adalah perlaksanaan dan pemahaman kita mengikut syariat dan adakah kita mengambil inisiatif untuk memperbaiki ibadah kita.
2.       Taubat dan Bermaafan – Apakah sekarang kita telah dan masih melakukan sesuatu yang tidak disukai Allah, disukai ibu bapa,suami. Kita perlu bertaubat kepada Allah atas dosa2 yang telah dilakukan. Juga meminta maaf kepada manusia yang telah kita berbuat salah atau sakiti.
3.       Doa – Berdoa sebanyak banyaknya agar Ramadhan kali ini menjadi lebih baik dari sebelumnya, dan kita menjadi insan yang lebih baik dari sebelumnya.
KETIKA RAMADHAN
1.       Berjuang melawan nafsu. Nafsu makan yang berlebihan, nafsu membeli barang yang tidak diperlukan. Niat berpuasa itu penting kepada umat Islam, menjadi nadi kekuatan juga membezakan puasa orang Islam dan bukan Islam
2.       Puasa bukan sekada puasa menahan makan minum, tetapi puasa seluruh anggota badan. MATA..LIDAH.TELINGA.KEMALUAN.KAKI.TANGAN dari menghampiri kepada perkara sia sia dan dilarang Allah
3.       Cuba untuk menjaga aurat dengan lebih lagi. Jangan kerana pemakaian kita sebagai seorang wanita, kita menyebabkan suami kita menanggung dosa dan merosakkan pahala puasa orang lain kerana kalalaian kita untuk menutup aurat.
4.       Istighfar 70x sebelum Solat Subuh – sebagai manusia yang tak lari dari kesilapan, istighfar merupakan penyuci dari dosa
5.       Membaca dan mentaddabur Al Quran setiap hari – Cuba sebaiknya untuk khatam Al Quran. Membaca Al Quran beserta terjemahannya. Tips yang dikongsi oleh seorang rakan, cara untuk mengkhatam Al Quran di bulan Ramadhan
 
6.       Doa – Sesungguhnya doa orang yang berpuasa untuk mustajab, terutamanya ketika hendak berbuka puasa
7.       Ibadah Terawikh – sebagai terapi dan latihan untuk kita dapat melakukan ibadah sunat di bulan bulan lain
Tambahan lagi, dari sesi ceramah seorang pensyarah juga Ustaz di pejabat, perkara perkara Sunnah ketika bulan Ramadhan yang boleh kita contohi
1.       Mengakhirkan bersahur di akhir malam
2.       Bersahur dan berbuka dengan tamar yakni kurma..Kurma adalah makanan yang megandungi tenaga, kalori yang tinggi yang mana bila kita makan ketika mula2 berbuka, badan yang kelemahan dan lesu, mendapat janaan tenaga terus dari kalori kurma ini. Masya Allah, begitu besar hikmahnya.
3.       Qiyamullail - Banyakkan solat tahajjud dan solat solat sunat lain pada akhir malam. Qiyamullail penting dapat membina  kekuatan dalaman seorang Muslim
4.   Tadarus Al Quran bersama sama ahli keluarga atau kawan di pejabat
5.   Banyakkan solat berjemaah – pahala berlipat ganda
6.   Banyakkan sedeqah, memberi makan untuk orang berbuka
7.   Bersiwak sebelum solat
Sungguh banyak sekali hikmah Ramadhan untuk kita renungi bersama. Perkongsian ini bukan bermakna saya telah dan melakukan kesemuanya, tapi untuk saya dan kita sama2 renungi, perbaiki dan ikuti sunnah2 Rasulullah s.a.w dan amalan2 yang digalakkan ketika berpuasa.
Dan untuk Ramadhan kali ini, saya telah membuat satu senarai ‘ TARGET’ atau ‘GOAL’ untuk saya cabar diri saya
MY RAMADHAN GOAL!
1.       Berhenti sementara mengakses FB & Instagram – Alhamdulillah, kesannya dapat saya rasa. Saya lebih dekat dengan Allah, dengan keluarga dengan ‘target’ untuk cuba lebih fokus beribadah
2.       Khatam Al Quran – Cubaan untuk menghabiskan  1 juz 1 hari berserta terjemahan. Juga merupakan cabaran, perlu lebih membahagikan masa, di rumah, di pejabat
3.       Hafaz 10 doa harian – bukan hanya untuk saya, juga untuk saya ajar dan tunjuk contoh kepada anak.
4.       Lebih masa untuk anak dengan Iqra dan pembacaan buku – Alhamdulillah, anak sulung saya Izz Zulqarnain telah pandai menyebut beberapa huruf Hijaiyah dan hampir mengenal separuh daripadanya
5.       Silaturrahim keluarga – cuba untuk lebih rapatkan dan kukuhkan
6.       Banyakkan sedeqah – insya Allah, cuba sebaiknya
7.       Kurangkan membazir – cuba untuk tidak ke bazar Ramadhan setiap hari dan cuba mengawal nafsu berbelanja. Sangat susah untuk seorang wanita!!
My 'Ramadhan Goal' ini saya sasarkan sebelum masuk bulan Ramadhan., daripada kesemua ‘target’ saya, hanya beberapa yang betol2 mampu saya lakukan sepenuhnya. Insya Allah akan cuba menyambung bacaan Al Quran di bulan Syawal, juga menghafaz doa2 harian dan memperbaiki lagi diri Insya Allah.
 Itu sahaja coretan untuk kali ini, semoga kita semua mampu berubah untuk jadi insan yang lebih baik dari sebelumnya dan sama sama kita rebut pahala Ramadhan yang penuh keberkatan, Insya Allah
Sekian sahaja, yang baik itu dari Allah, yang buruk dan tidak sempurna itu daripada kelemahan saya sendiri.
 
 
 
 

Friday 20 June 2014

Carilah Al Fateh dalam diri anak anak kita


Salam,

Bismillahirrahmanirrahim..untuk kali ini saya akan berkongsi pengalaman menyertai Seminar Parenting Gaya Al Fateh yang di kelolakan oleh Islamic Parenting Network (IPN) pada Januari 2014 yang lepas. Bercerita tentang Al Fateh, pertama kali saya mendengar kisah ini sewaktu menyertai Seminar Mengajar Bayi Al Quran Kaedah Darwisy Darwisya yang diceritakan oleh Pn Lina Karim.. Sewaktu mendengar, terasa kejahilan diri sendiri tentang sejarah Islam. Masya Allah. Betapa hebatnya figura2 Islam yang sepatutnya menjadi model untuk umat Islam masa kini.

SIAPAKAH AL FATEH?
Al Fateh atau namanya Sultan Muhammad Al Fateh,  atau nama sebenar Muhammad Bin Murad merupakan anak kepada Sultan Murad II yang berjaya menakluk Konstatinopel pada usia yang amat muda…dan beliau telah membenarkan Sabda Rasulullah dalam perang Khandaq “ Konstantinopel akan dimiliki oleh tentera Islam. Rajanya adalah sebaik baik raja. Tenteranya adalah sebaik baik tentera” (Riwayat Imam Ahmad)

“The 21 old year boy who are challenging the 1123 years Legend”

 
Soalan yang besar. WHY. Kenapa? Kerana percubaan untuk menakluki Konstatinopel telah dilakukan berkurun kurun lamanya oleh pejuang2 Islam dari zaman Khalifah lagi.

Seminar ini dimulakan dengan sesi pertama oleh Pn Jamilah Samian & Ahmad Fakhri Hamzah, penceramah Motivator & Penulis dan sesi kedua oleh Ustaz Syaari Rahman. Namun, saya ingin berkongsi tentang sesi kedua dahulu agar kita dapat memahami tentang fakor kejayaan Sultan Muhammad Al Fateh dan barulah bagaimana untuk mengaplikasikan untuk mendidik anak2 kita

Dan disini, tidak mampu saya coretkan tentang keseluruhan sejarah Al Fateh dek kerana ilmu yang masih cetek . Hanya seringkas pemahaman saya menyertai kursus ini Insya Allah.

FAKTOR KEJAYAAN AL FATEH

Diceritakan oleh Ustaz Syaari Abdul Rahman, 4 faktor besar kejayaan Sultan Muhammad Al Fateh dalam menakluki Konstantinopel adalah:-

1)      ISTANA

 

Istana..Maksud istana disini adalah tunggak seseorang itu dilindungi, iaitu IBU dan BAPA.Peranan BAPA Al Fateh iaitu Sultan Murad II dalam mendidik anaknya sehinggalah berjaya menjadi seorang pahlawan Islam yang hebat.
 

“Ayahanda Sultan Muhammad Al Fateh memberikan perhatian kepada pendidikan ketenteraan Al Fateh. Baginda mengajar Sultan Muhammad Al Fateh cara menunggang kuda, memanah dan berpedang. Juga selalu mengajak AL Fateh ikut serta dalam setiap peperangan yang diikuti olehnya” (Sultan Muhammad Said Mursi)

Manakala peranan Ibu Al Fateh , Huma Hatun adalah mendekatkan Sultan Muhammad Al Fateh dengan buku buku, perpusatakaan dan tokoh tokoh besar penakluk dunia. Diceritakan bahawa ibunya sewaktu Al Fateh masih kecil , membawa beliau ke tebing istana yang menghadap dengan Kota Konstatinopel mengatakan beliau yang akan menakluk kota itu..

 Itulah peranan ibu dan ayah yang boleh kita pelajari disini dalam mendidik anak2 menjadi sehebat pahlawan Islam terdahulu. Teringat kata2 Ustaz Syaari lagi

“CARILAH AL FATEH DALAM DIRI ANAK2MU” Masya Allah. Kata kata yang ringkas tapi amat terkesan di hati.

 

2)      MURABBI

Murabbi..Pendidik..Guru..merupakan faktor penting dalam usaha mendidik Sultan Muhammad Al Fateh mempersiapkan beliau menjadi seorang sultan ,pemerintah yang hebat. Berikut merupakan senarai2 guru hebat Al Fateh



Diceritakan lagi, sebenarnya usaha untuk menakluk Konstantinopel ini sudah dilakukan sejak datuk Al Fateh, ayahanda Al Fateh lagi, namun sudah tertulis taqdir Allah Sultan Muhammad Al Fateh merupakan perintis dalam penaklukan Kota Konstatinopel itu. Diceritakan akan ayahanda Al Fateh, Sultan Murad II berbincang tentang penaklukan kota itu dan gurunya telah menunjukkan Al Fateh didalam buaian yang akan mampu merealisasikan misi besar itu.
 

Apa yang dapat kita pelajari? Pilihlah guru yang betul untuk anak2 kita..Besarnya peranan seorang guru dalam mendidik anak2 kita..dan seharusnya kita mencontohi MURABBI terbaik sepanjang zaman iaitu Nabi Muhammad s.a.w, Rasulullah agung dan berusaha untuk mengikuti sunnah2 baginda.

3)      MADRASAH

Madrasah..iaitu sekolah,tempat mempelajari ilmu..Dan Sultan Muhammad Al Fateh belajar di madrasah Darul Qurra , Darul Tadris. Tambah Ustaz Syaari lagi, system pendidikan era kegemilangan era Othmaniyyah memainkan peranan penting dalam menghasilkan madarasah2 ilmu..Terdapat 4 peringkat pembelajran dan pengajian madrasah di zaman itu iaitu

-          SPIRITUAL SAINS : Teori (Quran,Hadis,Syariah)

-          INTELLEKTUAL SAINS : Teori (Sains, Math,Theology) & Praktikal (Ethics,Sains politik)

-          ORAL: Phonetics,Lexocigraphy,Poetry,Syntax,Prosody,History

-          PENULISAN: Caligraphic Science

( Maaf, campor adok bahasa)

Sultan Muhammad Al Fateh pada usia 9 tahun, mampu menguasai bahasa Arab dan Greek. Lain2 bahasa yang dikuasainya adalah : Turki,latin,Serbia,Hebrew. Juga merupakan pemidato dan penyair yang hebat

Apa yang dapat kita ambil dan terapkan untuk anak2 kita? Pemilihan sekolah yang betul, tepat dan suasana Islamik agar anak2 kita dapat membesar menjadi seorang Muslim/ah yang hebat. Insya Allah

4)      PENGALAMAN

Faktor terakhir merupakan pengalaman…begitu banyak sekali pengalaman yang dititipkan oleh ayahanda,ibunda AL Fateh jua guru2 nya. Diringkaskan Antara pengalaman beliau sehingga mampu menakluk Konstantinopel ialah:

-          1437 (5 Tahun) : Menjadi Gabenor Amasya

-          1439 ( 7 tahun) : Menjadi Gabenor Manissa

-          12 tahun : Belajar berdikari (membuat keputusan sendiri)

-          14 tahun (dikembalikan ke Manissa)

-          1448: Komander peperangan Kosova 2

-          1450 (20 tahun): Gagal menembusi tempok Kruja (Albania)

Pengalaman amat penting kerana pengalaman yang mampu mendewasakan fizikan mental dan emosi seseorang..
MENDIDIK GENERASI ISLAMI

Beralih ke sesi kedua, yang mana Pn Jamilah dan En Fakhri telah mengkaji dan menghasilkan cara cara untuk mendidik generasi islami kaedah Al Fateh ini. Semoga bermanfaat Insya Allah

Sekali lagi ditekankan, peranan ibu dan ayah amatlah penting..sebagaimana diringkaskan tentang peranan ibu ayah yang dapat kita selami dalam Al Quran seperti berikut:

 
 
 
 
 
 
 
 
PERANAN AYAH & IBU :
 
 
 

Sebagaimana dalam Surah At Tahrim ayat 6

“ Wahai orang orang beriman! Peliharalah dirimu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu” (66:6)

 Peranan ayah dalam mendidik anak2 amatlah penting..ayah sebagai teraju keluarga..KAPTEN KAPAL KELUARGA, dalam menentukan HALA TUJU MANA yang ingin ditujui.

Manakala peranan IBU tidak perlu disangkal lagi, IBU merupakan ‘ROLE MODEL anak2, PEMBANTU KAPTEN KAPAL KELUARGA. Sebagaimana pepatah melayu “ Tangan yang menghayun buaian boleh menggoncang dunia”

Jelas penulis ' CoolMum & Super Dad' ini lagi..kita kena merangka plan untuk anak anak kita..Jangan biarkan media dan pengaruh luar yang membuat plan untuk anak anak kita..
Contoh plan tindakan 'GAME PLAN' untuk keluarga disertakan di bawah


Sekian sahaja perkongsian untuk kali ini..semoga bermanfaat untuk kita sama sama ambil iktibar dan pelajaran. Dan yang paling penting BERUSAHA sebaiknya dalam mendidik ANAK kita. AMANAH Allah yang tiada nilainya. Ingat “ CARILAH AL FATEH DALAM DIRI ANAK2 KITA Insya Allah

 

Yang baik itu dari Allah dan yang tidak sempurna dari saya sendiri.

Thursday 19 June 2014

Keluarga. Kejauhan. Kualiti. Masa.


Bismillahirahmanirrahim..


Alhamdulillah..sudah agak lama tidak menulis di dalam blog..kekangan masa dan kesibukan bekerja lebih lebih lagi terpaksa berjauhan dengan keluarga buat sementara waktu. Insya Allah saya akan berkongsi pengalaman menghadiri Seminar Parenting Al Fateh yg saya hadiri bersama suami pada 11 Jan yang lepas di artikel lain. Seminar yang membuka mata kami sebagai ibu ayah untuk mendidik anak anak menjadi pejuang agama Insya Allah.

Dan untuk kali ini, coretan berkisarkan tentang KELUARGA. KEJAUHAN. KUALITI. MASA. juga HIJRAH KAMI..

Berjauhan seketika kerana tuntutan bekerja membuatkan kami banyak belajar. Ya sememangnya pengalaman itu mendewasakan kita, menjadikan kita lebih matang untuk mengharungi kehidupan yang mendatang.

 
(Gambar diambil dari Facebook).


'FAMILY QUALITY TIME'


Ya..itulah masa berkualiti bersama keluarga. yang kami hilang untuk sementara. Hanya berjumpa di hujung minggu. Membuatkan kami rindu akan solat bersama, mengaji dan memahami Al Quran bersama dan yang paling terasa..masa berkualiti untuk anak. Namun, di sebalik itu, kami lebih belajar untuk menghargai masing2 dek kerana kejauhan. Tiada masa untuk bertelagah tentang perkara2 kecil..sesungguhnya setiap masa amat berharga. Sememangnya, setiap perkara yang ditaqdirkan Allah itu mengandungi hikmah untuk hambaNya.


BEKERJA UNTUK APA??

 

Soalan ini berlegar legar di fikiran hampir setiap hari. Teringat akan titipan Prof Muhaya dalam Seminar Celik Family. Kita bekerja untuk memenuhi TUJUAN HIDUP atau KEPERLUAN HIDUP??

 Bekerja dari pagi dan pulang hampir petang membuatkan kita kepenatan berfikir memerah otak untuk menyelesaikan masalah di ofis. Dan bila pulang ke rumah, sudah tinggal tenaga yang sedikit untuk bersama dengan suami dan anak. Lebih lebih lagi ketika berjauhan, sebegini ,saya hampir terleka untuk mengajarkan anak mengenal huruf Hijaiyah..sudah tersasar dari 'target' yang saya sasarkan untuk anak saya. Namun, saya cepat2 musahabah..tiada istilah terlambat..teringat lagi kata2 Pn Lina Karim " Allah tidak menilai hasil keputusan tapi usaha kita untuk mendidik anak2 kita mengenal Al Quran" Itulah menjadi motivasi kami untuk bangkit kembali.

MASA??

Sebagaimana firman Allah, dalam Surah Al Asr :-

“ Demi Masa” (112:1)

“ Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian” (112:2)

“ Kecuali orang orang yang beriman dan beramal soleh” (112:3)

“ Mereka berpesan pesan dengan kebenaran dan berpesan pesan dengan kesabaran” (112:4)

Saya memilih untuk tidak mengulas dgn lebih lanjut sehingga sampai masa betul2 mendalami tafsir Surah Al Asr ini.

Namun, surah ini sememangnya mengingatkan kita tentang kepentingan MASA. Dan sebagai ibu bekerjaya, menguruskan masa amatlah menjadi cabaran untuk kita. Dan Insya Allah, saya berdoa dan berusaha untuk menjadi surirumah sepenuh masa (SAHM) suatu hari nanti. Dengan tujuan berbakti kepada keluarga, boleh mendidik anak2 dengan lebih baik biiznillah dan kerana ALLAH.

HIJRAH KAMI

Dan hari ini merupakan hari bermakna buat kami..tarikh jangkaan ‘Hijrah’ kami keluar menatap wajah abah dan ibu (19 Jun 2014). Namun, kami redha dengan taqdirNya dan bersyukur kerana Hijrah kami telah menemui penciptaNya dengan keadaan suci murni. Dan seiring doa kami, semoga ditemukan kita di sana nanti, syurga indah dan kehidupan akhirat nan abadi anakku.Insya Allah.

Sekian sahaja coretan kali ini. Yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk itu dari kelemahan saya sendiri.

 

 






Saturday 4 January 2014

Bersama Celik Hati & Minda

Assalamualaikum,

Bismillahirrahmanirrahim..Kali ini saya ingin berkongsi tentang pengalaman menyertai Seminar Celik Famili yang dianjurkan oleh Prof Muhaya pada 28 Disember lepas.. Alhamdulillah, dengan izin Allah, berjaya menghadiri seminar ini bersama teman saya untuk sama sama menimba ilmu tentang kekeluargaan..Tema seminar ini ialah 'Bahagia Membahagiakan' dan saya akan kongsi mengikut pemahaman saya sepanjang menghadiri seminar .

Gambar menarik dikongsi oleh Ustaz Pahrol Joi sebagai pembuka minda untuk entry kali ini

Seminar dimulakan dengan bacaan Al Quran Surah Luqman ayat 12-19 oleh Ustaz Tarmizi..sungguh merdu dan asyik sekali... Masya Allah! Subhanallah!

Kemudian diteruskan dengan sesi REFLEKSI DIRI oleh Prof Muhaya sendiri..yang mana beliau membawa kami semua merenungi hikmah kejadian manusia dari percantuman benih sehinggalah kelahiran bayi..Beza KELUARGA POSITIF yang menghasilkan generasi beriman, berjaya dunia akhirat manakala KELUARGA NEGATIF menghasilkan generasi yang mungkin berjaya tetapi hanyut dengan dunia sahaja...

Persoalan yang di bawa oleh Prof Muhaya:-

- Kemana hala tuju keluarga kita? POSITIF atau NEGATIF?
- Kita bekerja untuk memenuhi KEPERLUAN atau TUJUAN hidup?
- Kita ingin mendapat PENGHARGAAN MANUSIA atau REDHA ALLAH?

Tepuk dada tanya iman ..kemanakah dan apakah tujuan hidup kita sebenarnya?
Bila kita tahu arah tujuan kita barulah kita dapat mencorakkan ke mana hala tuju yang ingin dibawa.

Ada 4 peringkat kehidupan kita:-

1) Fizikal - pentingkan kecantikan, kekuatan, kekuasaan

2) Pahlawan - ingin mencari nama dan pangkat

3) Bangsawan - cari manfaat untuk dikongsi bersama orang lain

4) Makrifatullah - Mengenal Allah, kenal diri dan mati sebelum kita mati.

Bagaimana dikatakan mati sebelum kita mati?? Maksudnya hilangkan perihal bangga, ujub, kekuasaan, kecantikan diri..dan jadikan kehidupan sebagai khalifah Allah dan beri rahmat sebanyak mungkin kepada orang lain tanpa memikirkan pangkat,reputasi dan sebagainya..

Kita kena fokus kepada tujuan hidup kita iaitu KERANA ALLAH. Sama samalah kita berusaha mencapai peringkat makrifatullah Insya Allah

Tanyakan kepada diri kita sendiri..SIAPAKAH DIRI KITA?

Yang MELIHAT atau yang DILIHAT??
Jika kita yang melihat..kita tidak akan berubah..jadilah yang dilihat..kita akan sentiasa memikirkan diri ini diperhatikan tindak tanduk perlakuan dan sentiasa ingat bahawa tujuan hidup kita di dunia ini..
Nilai diri kita..jangan asyik melihat salah silap orang lain..cari berita mengaibkan orang lain..

Pesan Prof Muhaya lagi..
  • Setiap saat patut hanya ada SYUKUR dan KASIH SAYANG
  • KEMARAHAN MELEMAHKAN manakala KEMAAFAN MENGUATKAN
  • Jangan bazirkan tenaga untuk benda-benda tidak baik..Contohnya jika di FB, berkongsilah tentang ilmu yang baik,jangan hanya sibuk mencari berita dan aib sahaja..
 Bagaimana ingin membawa keluarga kita ke jalan ALLAH menuju syurganya??

Seminar diteruskan lagi dengan slot kedua oleh Ustaz Roslan dan juga Prof Muhaya dengan topik KELUARGAKU SYURGAKU

KEBAHAGIAAN bermula dari rumahtangga..

Dalam surah Ar Ruum ayat 21 ada menyatakan
" Dan di antara tanda-tanda kebesaran Allah, ialah diciptakanNya untukmu dari jenismu sendiri, supaya kamu merasa tenteram disampingnya. Dan diciptakanNya kasih sayang di antara kamu. Sesungguhnya yang demikian itu menjadi tanda-tanda bagi orang yang berfikir " (30:21)

Asas agama adalah penting dalam membimbing keluarga ke arah yang diredhai Allah. Kenapa pentingnya?? Perlu kita ingat pesanan Allah dalam Surah At Tahrim ayat 6:
Allah Ta’ala berfirman,
“Wahai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu dan keluargamu dari api Neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu”.(66 : 6)

Sebelum berkahwin, kita sama-sama ada kekurangan dan dengan berkahwin kita sama-sama melengkapkan kehidupan kita..Berkahwin merupakan suatu medan perkongsian hati, dan tujuan antara seorang lelaki dan wanita..CABARAN, PERSELISIHAN PENDAPAT..sudah tentu ada dalam mana-mana rumah tangga. Sebagaimana dalam Filem P Ramlee mengatakan " Sedangkan lidah lagi tergigit ini pula suami isteri.."

Jadi bagaimana ingin menguruskan rumahtangga berdasarkan syariat agama Allah?

  1. Pentingnya tugas suami memegang AMANAH dan bimbing isteri dan anak-anak ke jalan agama Allah
  2.  Pastikan sumber rezeki yang HALAL dan baik
  3. Tunjukkan akhlak yang baik..KOMUNIKASI yang baik
  4. Jadikan rumah tangga tempat yang disukai seisi keluarga.. BERJEMAAH bersama, solat berjemaah, makan bersama, beriadah bersama..
  5. Create RAUDHAH di rumah kita..jadikan rumahku keluarga syurgaku..

Tanya diri kita , berapa banyak masa dihabiskan ATAS SEJADAH?? Pada DHUHA?? Pada WAKTU MALAM.. Petikan dari FB, yang sangat menarik untuk kita hayati bersama

Seminar kemudian dirasmikan oleh Asyraf Wajdi Ahmad Dusuki. Juga diserikan dengan persembahan zikir oleh Hafiz Hamidun juga nyanyian dari Nora

Slot yang ketiga dengan topik YANG DAHULU BUKANLAH YANG SEKARANG dengan panel jemputan Tan Sri Syed Zainal..

Beliau menceritakan kehidupan dulu dan sekarang sudah banyak BERBEZA..banyak BERUBAH

PERSEKITARAN , EKOSISTEM sudah banyak berubah. Dulu persekitaran selamat, kini tidak lagi dengan teknologi yang tiada sempadan. Jadi ibu bapa kena harus lebih banyak memantau..lebih ambil perhatian..ambil berat

Pesan Tan Sri Syed Zainal lagi,
  • Pilih SEKOLAH yang betul untuk anak anak kita,bincang suami isteri sepakat..Sebagai ibu bapa kita harus ambil berat, pergi lihat sendiri sekolah..jumpa guru sekolah
  • Pilih KAWAN-KAWAN yang betul..kena ambil tahu dengan siapa anak kita berkawan. Beliau sendiri menitikberatkan perihal kawan, jika anaknya ingin keluar dengan kawan,haruslah bawa mereka jumpa beliau dan isteri..
  • Perlu UBAH dan MENYESUAIKAN DIRI dengan ekosistem sekarang, kepentingan dan kehendak anak anak.
Tambah Prof Muhaya lagi, ada 3 peringkat anak anak (di bawah) yang kita perlu tahu dan sesuaikan peranan kita sebagai ibu bapa untuk mencorakkan yang terbaik untuk anak anak kita.
  • PERTAMA (0-7 tahun) : Download Program
  • KEDUA (7-14 tahun) : Role Modeling
  • KETIGA (14-21 tahun) : Social Circles
 Tentang 'gajet' dan 'teknologi' yang makin melampaui sempadan sekarang, apa dan bagaimanakah peranan kita sebagai ibu bapa??

  1. Guna teknologi untuk tujuan KEBAIKAN..guna FB,Twitter,Instagram untuk sebarkan info baik..suami isteri saling bermesej, etc
  2. Beri anak gajet tapi PANTAU..jangan hanya belikan dan biarkan mereka hanyut dengan gajet dan teknologi..Jadi 'friend' anak di FB,INSTAGRAM, etc. supaya dapat pantau perkembangan anak2 dengan dunia luar..Tambah Tan Sri Sy Zainal lagi, cara beliau dan isteri pula, mereka memberikan anak2 gajet berserta PASSWORD tapi dengan pesanan " The moment you change your password, we gonna take that back"..Sungguh bagus jika kita fikirkan mencegah dahulu sebelum perkara buruk berlaku..
  3. KAWAL TEKNOLOGI jangan biar teknologi yang mengawal kita!!
 Seterusnya, seminar diteruskan lagi dengan perkongsian " HAKIKAT BAHAGIA" oleh Ustaz Pahrol Joi.. sebelum ini saya hanya membaca dan sangat meminati hasil tulisan beliau di majalah Solusi dan inilah kali pertama dengar beliau bercakap secara live..Alhamdulillah..

Isi penting dari perkongsian Ustaz Pahrol Joi adalah

  • Apa yang kita SEMAI di DUNIA. kita akan TUAI di AKHIRAT.
  • Kita sentiasa dikurniakan NIKMAT & RAHMAT..tapi tanpa rahmat hidup tak bermakna. Contoh nikmat adalah kesihatan..tapi rahmatnya adalah kita sihat tapi bawa diri kita ke jalan ketaatan. Manakala nikmat keluarga tetapi rahmatnya adalah membawa keluarga bahagia ke jalan Allah
  • Keluarga yang bahagia..itu bermula dari DIRI KITA dahulu " kalau kita nak kasih sayang, kita kena memberi dahulu"
  • Jangan mencari bahagia dalam rumahtangga, BAWA BAHAGIA dalam rumahtangga. Dalam konteks rumahtangga, kita tidak boleh bahagia jika orang di sekeliling kita tidak bahagia..
  • PERANAN vs HAK. Jika kita jalankan peranan kita ( sebagai suami/isteri) hak kita akan dipenuhi (isteri/suami)
Pertanyaan menarik oleh Ustaz adakah BAHAGIA itu 'OUTSIDE IN' - dari luar ke dalam atau 'INSIDE OUT'-dari dalam ke luar??

Apa itu OUSTIDE IN?? Maksudnya dari luar ke dalam..Jika kita membenarkan bahagia kita ditentukan dari luar ke dalam selamanya kita tidak akan bahagia. Persoalannya kenapa??
Kerana kita memandang harta, rupa,pangkat, kekayaan itu sebagai kayu ukur kebahagiaan kita." Kalau aku ada rumah besar, baru aku bahagia. Kalau aku ada pangkat tinggi, baru aku bahagia. Kalau aku kaya, cantik, baru aku bahagia.." Lantas kita akan menghabiskan seluruh kehidupan kita untuk mengejar  KEBAHAGIAAN kita itu..disebabkan itu kebahagiaan ini didefinisikan dari luar ke dalam..kita rasa faktor luar yang menentukan kebahagiaan dalam diri kita.

Manakala, INSIDE OUT?? Maksudnya kita bahagia dari dalam diri kita..dan kebahagiaan itu akan terpancar dari hati,ingatan dan gerak kerja perbuatan kita. Sepertimana Allah berfirman dalam Surah Ar Raad ayat 8:
" Sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang" (13:8)

Bagaimana untuk mengingatiNya?? Ya itulah dengan ZIKIR. Zikir itu terdiri dari 3 komponen. Qauli, Qalbi dan Fi'li. Kita SEBUT di mulut kita, benarkan dalam HATI..dan ia akan terpancar dari TINDAKAN kita..
 
Dikongsi bersama kisah Fatimah anak Rasulullah s.a.w yang merasa susah dan terbeban dengan kerja rumahnya dan berjumpa Rasulullah s.a.w untuk memintakan seorang pembantu dari tawanan perang untuk membantunya. Lantas Rasulullah s.a.w hanya menitipkan untuk Fatimah bertasbih , bertahmid dan bertakbir.. Apa yang diminta Fatimah dibalas Rasulullah dengan kekuatan hati dari dalam..dan semenjak mengamalkan ZIKIR, Fatimah dapat meneruskan kerjanya tanpa pembantu. Begitulah hebatnya kekuatan ZIKIR MENGINGATI ALLAH.

Seterusnya, Ustaz Pahrol teruskan pula dengan menyentuh perihal UJIAN.
UJIAN dalam kehidupan kita bukan penyebab tidak bahagia..tetapi sebagai petunjuk sahaja.
  • DUNIA adalah tempat untuk DIUJI.sebagai PEPERIKSAAN. Seluruh ASPEK KEHIDUPAN adalah MATAPELAJARANNYA
  • Bila diuji, kita akan lihat dengan ilmu kita yang TERBATAS tetapi Allah melihat dengan ketinggian ilmunya
  • Kadang kadang Allah datangkan ujian sebagai PEMBEDAHAN JIWA kita
  • Jenis jenis ujian ada 3 :-
  1.  KAFARAH - sebagai penghapus dosa,
  2. IBTILA' - Tambahkan pahala dan tinggikan darjat
  3. BALA - sebagai peringatan
  • Allah mendidik suami dengan kerenah isteri, dan sebaliknya
  • Jangan lihat asbab (ujian ) itu, tetapi lihatlah musabbil asbab (Yang memberi ujian) iaitu Allah, insya Allah kita akan merasa tenang dan bahagia dengan ujian dan yakin dengan hikmahnya

Seminar ditutup dengan sesi TRANSFORMASI DIRI oleh Prof Muhaya.
  • Jangan biarkan faktor luaran menentukan kebahagiaan kita
  • Jadilah orang yang bahagia selalu kerana fikir dan ingat Allah selalu bersama kita
  • UBAH dan 'TRANSFORM' diri untuk menjadi orang yang lebih baik
  • Bermula dengan apa yang kita FIKIR, RASA, BERI dan DAPAT
  • Bentuk keluarga syurgaku
  • Faham bahagia dan cari bahagia barulah kita dapat membahagiakan. Insya Allah

Sekian sahaja perkongsian untuk kali ini, sungguh banyak untuk ditulis, yang hanya saya mampu titipkan hanyalah isi-isi penting mengikut kefahaman ketika mengikuti seminar ini. Pasti untuk 2014, seminar sebegini akan dianjurkan lagi oleh Prof dan motivator lain atau Ustaz/Ustazah..sama-samalah kita cari peluang untuk menimba lebih banyak ILMU dan menghadiri kuliah yang seumpama TAMAN-TAMAN SYURGA. Alhamdulillah ,ketenangan dan dengan ilmu,.membawa kita berAMAL dengan lebih baik. Insya Allah.

Sekian sahaja, yang baik daripada Allah, dan tidak sempurna dari saya sendiri.