Friday 20 June 2014

Carilah Al Fateh dalam diri anak anak kita


Salam,

Bismillahirrahmanirrahim..untuk kali ini saya akan berkongsi pengalaman menyertai Seminar Parenting Gaya Al Fateh yang di kelolakan oleh Islamic Parenting Network (IPN) pada Januari 2014 yang lepas. Bercerita tentang Al Fateh, pertama kali saya mendengar kisah ini sewaktu menyertai Seminar Mengajar Bayi Al Quran Kaedah Darwisy Darwisya yang diceritakan oleh Pn Lina Karim.. Sewaktu mendengar, terasa kejahilan diri sendiri tentang sejarah Islam. Masya Allah. Betapa hebatnya figura2 Islam yang sepatutnya menjadi model untuk umat Islam masa kini.

SIAPAKAH AL FATEH?
Al Fateh atau namanya Sultan Muhammad Al Fateh,  atau nama sebenar Muhammad Bin Murad merupakan anak kepada Sultan Murad II yang berjaya menakluk Konstatinopel pada usia yang amat muda…dan beliau telah membenarkan Sabda Rasulullah dalam perang Khandaq “ Konstantinopel akan dimiliki oleh tentera Islam. Rajanya adalah sebaik baik raja. Tenteranya adalah sebaik baik tentera” (Riwayat Imam Ahmad)

“The 21 old year boy who are challenging the 1123 years Legend”

 
Soalan yang besar. WHY. Kenapa? Kerana percubaan untuk menakluki Konstatinopel telah dilakukan berkurun kurun lamanya oleh pejuang2 Islam dari zaman Khalifah lagi.

Seminar ini dimulakan dengan sesi pertama oleh Pn Jamilah Samian & Ahmad Fakhri Hamzah, penceramah Motivator & Penulis dan sesi kedua oleh Ustaz Syaari Rahman. Namun, saya ingin berkongsi tentang sesi kedua dahulu agar kita dapat memahami tentang fakor kejayaan Sultan Muhammad Al Fateh dan barulah bagaimana untuk mengaplikasikan untuk mendidik anak2 kita

Dan disini, tidak mampu saya coretkan tentang keseluruhan sejarah Al Fateh dek kerana ilmu yang masih cetek . Hanya seringkas pemahaman saya menyertai kursus ini Insya Allah.

FAKTOR KEJAYAAN AL FATEH

Diceritakan oleh Ustaz Syaari Abdul Rahman, 4 faktor besar kejayaan Sultan Muhammad Al Fateh dalam menakluki Konstantinopel adalah:-

1)      ISTANA

 

Istana..Maksud istana disini adalah tunggak seseorang itu dilindungi, iaitu IBU dan BAPA.Peranan BAPA Al Fateh iaitu Sultan Murad II dalam mendidik anaknya sehinggalah berjaya menjadi seorang pahlawan Islam yang hebat.
 

“Ayahanda Sultan Muhammad Al Fateh memberikan perhatian kepada pendidikan ketenteraan Al Fateh. Baginda mengajar Sultan Muhammad Al Fateh cara menunggang kuda, memanah dan berpedang. Juga selalu mengajak AL Fateh ikut serta dalam setiap peperangan yang diikuti olehnya” (Sultan Muhammad Said Mursi)

Manakala peranan Ibu Al Fateh , Huma Hatun adalah mendekatkan Sultan Muhammad Al Fateh dengan buku buku, perpusatakaan dan tokoh tokoh besar penakluk dunia. Diceritakan bahawa ibunya sewaktu Al Fateh masih kecil , membawa beliau ke tebing istana yang menghadap dengan Kota Konstatinopel mengatakan beliau yang akan menakluk kota itu..

 Itulah peranan ibu dan ayah yang boleh kita pelajari disini dalam mendidik anak2 menjadi sehebat pahlawan Islam terdahulu. Teringat kata2 Ustaz Syaari lagi

“CARILAH AL FATEH DALAM DIRI ANAK2MU” Masya Allah. Kata kata yang ringkas tapi amat terkesan di hati.

 

2)      MURABBI

Murabbi..Pendidik..Guru..merupakan faktor penting dalam usaha mendidik Sultan Muhammad Al Fateh mempersiapkan beliau menjadi seorang sultan ,pemerintah yang hebat. Berikut merupakan senarai2 guru hebat Al Fateh



Diceritakan lagi, sebenarnya usaha untuk menakluk Konstantinopel ini sudah dilakukan sejak datuk Al Fateh, ayahanda Al Fateh lagi, namun sudah tertulis taqdir Allah Sultan Muhammad Al Fateh merupakan perintis dalam penaklukan Kota Konstatinopel itu. Diceritakan akan ayahanda Al Fateh, Sultan Murad II berbincang tentang penaklukan kota itu dan gurunya telah menunjukkan Al Fateh didalam buaian yang akan mampu merealisasikan misi besar itu.
 

Apa yang dapat kita pelajari? Pilihlah guru yang betul untuk anak2 kita..Besarnya peranan seorang guru dalam mendidik anak2 kita..dan seharusnya kita mencontohi MURABBI terbaik sepanjang zaman iaitu Nabi Muhammad s.a.w, Rasulullah agung dan berusaha untuk mengikuti sunnah2 baginda.

3)      MADRASAH

Madrasah..iaitu sekolah,tempat mempelajari ilmu..Dan Sultan Muhammad Al Fateh belajar di madrasah Darul Qurra , Darul Tadris. Tambah Ustaz Syaari lagi, system pendidikan era kegemilangan era Othmaniyyah memainkan peranan penting dalam menghasilkan madarasah2 ilmu..Terdapat 4 peringkat pembelajran dan pengajian madrasah di zaman itu iaitu

-          SPIRITUAL SAINS : Teori (Quran,Hadis,Syariah)

-          INTELLEKTUAL SAINS : Teori (Sains, Math,Theology) & Praktikal (Ethics,Sains politik)

-          ORAL: Phonetics,Lexocigraphy,Poetry,Syntax,Prosody,History

-          PENULISAN: Caligraphic Science

( Maaf, campor adok bahasa)

Sultan Muhammad Al Fateh pada usia 9 tahun, mampu menguasai bahasa Arab dan Greek. Lain2 bahasa yang dikuasainya adalah : Turki,latin,Serbia,Hebrew. Juga merupakan pemidato dan penyair yang hebat

Apa yang dapat kita ambil dan terapkan untuk anak2 kita? Pemilihan sekolah yang betul, tepat dan suasana Islamik agar anak2 kita dapat membesar menjadi seorang Muslim/ah yang hebat. Insya Allah

4)      PENGALAMAN

Faktor terakhir merupakan pengalaman…begitu banyak sekali pengalaman yang dititipkan oleh ayahanda,ibunda AL Fateh jua guru2 nya. Diringkaskan Antara pengalaman beliau sehingga mampu menakluk Konstantinopel ialah:

-          1437 (5 Tahun) : Menjadi Gabenor Amasya

-          1439 ( 7 tahun) : Menjadi Gabenor Manissa

-          12 tahun : Belajar berdikari (membuat keputusan sendiri)

-          14 tahun (dikembalikan ke Manissa)

-          1448: Komander peperangan Kosova 2

-          1450 (20 tahun): Gagal menembusi tempok Kruja (Albania)

Pengalaman amat penting kerana pengalaman yang mampu mendewasakan fizikan mental dan emosi seseorang..
MENDIDIK GENERASI ISLAMI

Beralih ke sesi kedua, yang mana Pn Jamilah dan En Fakhri telah mengkaji dan menghasilkan cara cara untuk mendidik generasi islami kaedah Al Fateh ini. Semoga bermanfaat Insya Allah

Sekali lagi ditekankan, peranan ibu dan ayah amatlah penting..sebagaimana diringkaskan tentang peranan ibu ayah yang dapat kita selami dalam Al Quran seperti berikut:

 
 
 
 
 
 
 
 
PERANAN AYAH & IBU :
 
 
 

Sebagaimana dalam Surah At Tahrim ayat 6

“ Wahai orang orang beriman! Peliharalah dirimu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu” (66:6)

 Peranan ayah dalam mendidik anak2 amatlah penting..ayah sebagai teraju keluarga..KAPTEN KAPAL KELUARGA, dalam menentukan HALA TUJU MANA yang ingin ditujui.

Manakala peranan IBU tidak perlu disangkal lagi, IBU merupakan ‘ROLE MODEL anak2, PEMBANTU KAPTEN KAPAL KELUARGA. Sebagaimana pepatah melayu “ Tangan yang menghayun buaian boleh menggoncang dunia”

Jelas penulis ' CoolMum & Super Dad' ini lagi..kita kena merangka plan untuk anak anak kita..Jangan biarkan media dan pengaruh luar yang membuat plan untuk anak anak kita..
Contoh plan tindakan 'GAME PLAN' untuk keluarga disertakan di bawah


Sekian sahaja perkongsian untuk kali ini..semoga bermanfaat untuk kita sama sama ambil iktibar dan pelajaran. Dan yang paling penting BERUSAHA sebaiknya dalam mendidik ANAK kita. AMANAH Allah yang tiada nilainya. Ingat “ CARILAH AL FATEH DALAM DIRI ANAK2 KITA Insya Allah

 

Yang baik itu dari Allah dan yang tidak sempurna dari saya sendiri.

Thursday 19 June 2014

Keluarga. Kejauhan. Kualiti. Masa.


Bismillahirahmanirrahim..


Alhamdulillah..sudah agak lama tidak menulis di dalam blog..kekangan masa dan kesibukan bekerja lebih lebih lagi terpaksa berjauhan dengan keluarga buat sementara waktu. Insya Allah saya akan berkongsi pengalaman menghadiri Seminar Parenting Al Fateh yg saya hadiri bersama suami pada 11 Jan yang lepas di artikel lain. Seminar yang membuka mata kami sebagai ibu ayah untuk mendidik anak anak menjadi pejuang agama Insya Allah.

Dan untuk kali ini, coretan berkisarkan tentang KELUARGA. KEJAUHAN. KUALITI. MASA. juga HIJRAH KAMI..

Berjauhan seketika kerana tuntutan bekerja membuatkan kami banyak belajar. Ya sememangnya pengalaman itu mendewasakan kita, menjadikan kita lebih matang untuk mengharungi kehidupan yang mendatang.

 
(Gambar diambil dari Facebook).


'FAMILY QUALITY TIME'


Ya..itulah masa berkualiti bersama keluarga. yang kami hilang untuk sementara. Hanya berjumpa di hujung minggu. Membuatkan kami rindu akan solat bersama, mengaji dan memahami Al Quran bersama dan yang paling terasa..masa berkualiti untuk anak. Namun, di sebalik itu, kami lebih belajar untuk menghargai masing2 dek kerana kejauhan. Tiada masa untuk bertelagah tentang perkara2 kecil..sesungguhnya setiap masa amat berharga. Sememangnya, setiap perkara yang ditaqdirkan Allah itu mengandungi hikmah untuk hambaNya.


BEKERJA UNTUK APA??

 

Soalan ini berlegar legar di fikiran hampir setiap hari. Teringat akan titipan Prof Muhaya dalam Seminar Celik Family. Kita bekerja untuk memenuhi TUJUAN HIDUP atau KEPERLUAN HIDUP??

 Bekerja dari pagi dan pulang hampir petang membuatkan kita kepenatan berfikir memerah otak untuk menyelesaikan masalah di ofis. Dan bila pulang ke rumah, sudah tinggal tenaga yang sedikit untuk bersama dengan suami dan anak. Lebih lebih lagi ketika berjauhan, sebegini ,saya hampir terleka untuk mengajarkan anak mengenal huruf Hijaiyah..sudah tersasar dari 'target' yang saya sasarkan untuk anak saya. Namun, saya cepat2 musahabah..tiada istilah terlambat..teringat lagi kata2 Pn Lina Karim " Allah tidak menilai hasil keputusan tapi usaha kita untuk mendidik anak2 kita mengenal Al Quran" Itulah menjadi motivasi kami untuk bangkit kembali.

MASA??

Sebagaimana firman Allah, dalam Surah Al Asr :-

“ Demi Masa” (112:1)

“ Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian” (112:2)

“ Kecuali orang orang yang beriman dan beramal soleh” (112:3)

“ Mereka berpesan pesan dengan kebenaran dan berpesan pesan dengan kesabaran” (112:4)

Saya memilih untuk tidak mengulas dgn lebih lanjut sehingga sampai masa betul2 mendalami tafsir Surah Al Asr ini.

Namun, surah ini sememangnya mengingatkan kita tentang kepentingan MASA. Dan sebagai ibu bekerjaya, menguruskan masa amatlah menjadi cabaran untuk kita. Dan Insya Allah, saya berdoa dan berusaha untuk menjadi surirumah sepenuh masa (SAHM) suatu hari nanti. Dengan tujuan berbakti kepada keluarga, boleh mendidik anak2 dengan lebih baik biiznillah dan kerana ALLAH.

HIJRAH KAMI

Dan hari ini merupakan hari bermakna buat kami..tarikh jangkaan ‘Hijrah’ kami keluar menatap wajah abah dan ibu (19 Jun 2014). Namun, kami redha dengan taqdirNya dan bersyukur kerana Hijrah kami telah menemui penciptaNya dengan keadaan suci murni. Dan seiring doa kami, semoga ditemukan kita di sana nanti, syurga indah dan kehidupan akhirat nan abadi anakku.Insya Allah.

Sekian sahaja coretan kali ini. Yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk itu dari kelemahan saya sendiri.