Saturday 6 September 2014

IBU BEKERJAYA - Antara Komitmen, Cabaran dan Pilihan

Salam

Bismillahirahmanirrahim...Masa berlalu dengan pantas. Tanpa kita sedar, Syawal sudah berlalu. Dan untuk kali ini, saya ingin menulis tentang  Ibu Bekerjaya : Antara Komitmen, Cabaran dan Pilihan

* Gambar di ambil dari Google.

ANTARA KOMITMEN KELUARGA DAN KERJAYA

Sebagai ibu yang bekerja, seringkali kita perlu menghadapi kedua-dua komitmen ini, iaitu keluarga yakni sebagai ISTERI, IBU juga sebagai PEKERJA di syarikat. Kedua duanya menuntut masa, tenaga dan usaha yang gigih dari kita. Dan dengan menggalas kedua duanya, kadang kadang kita juga tewas dengan kepenatan dan mula berfikir sedalam dalamnya, mana yang lebih UTAMA; Menjaga kebajikan keluarga di rumah yakni sebagai SURIRUMAH atau bekerja membantu ekonomi keluarga yakni IBU BEKERJAYA.

SURIRUMAH KERJAYA TERBAIK UNTUK WANITA

Tidak dapat kita sangkal lagi, sememangnya surirumah merupakan kerjaya terbaik untuk wanita. Sebagai surirumah, kita dapat
  • Menjaga anak anak sepenuhnya - dapat mengoptimumkan dan mengawal sepenuhnya anak-anak dari gejala tidak sihat, pengaruh persekitaran, dan media
  • Memasak untuk keluarga - pentingnya air tangan ibu dan isteri dalam memastikan kesihatan keluarga terjamin

Penat, lelah? Ya, kedua kedua kerjaya ini sememangnya managih perhatian dan tanggungjawab yang bukan sedikit. Tapi, pada hemat saya sangat berbaloi melihat anak membesar di hadapan mata mengikut acuan yang kita idamkan..iaitu mengikut acuan AL QURAN dan AS SUNNAH.

Saya bersetuju dengan Artikel Warga Prihatin Suri-rumah-ialah-satu-kerjaya-tertinggi-seorang-wanita .

Namun, buat masa ini masih perlu bekerja untuk menghabiskan saki baki KOMITMEN  hutang pendidikan, juga membantu sehingga EKONOMI keluarga STABIL. Insya Allah, SURIRUMAH merupakan idaman kerjaya dalam masa beberapa tahun lagi.

IBU BEKERJAYA - CABARAN

Sebagai ibu bekerjaya,
  • Keluar pagi balik hampir malam - 12 jam menghabiskan masa di pejabat. Bila pulang ke rumah, perlu menjalankan tugas sebagai isteri dan ibu.
  • Anak - anak di hantar ke rumah pengasuh / taska - buat masa sekarang, anak dihantar ke rumah pengasuh
  • 'Outstation' dan terpaksa meninggalkan keluarga - kerjaya sekarang yang menuntut mesyuarat di luar kawasan kerja dan turun padang ke 'platform' dan 'site'
Ya, di antara cabaran cabaran sebagai Ibu Bekerjaya. Namun, yang paling penting adalah, bilamana anak anak kita selama 12 jam berada di pengawasan orang lain. Apa yang anak lihat, alami dengan persekitaran dan pergaulan, itulah yang akan menjadi PENGALAMAN dan MEMBENTUK mereka. Kadang -kadang bila pulang ke rumah, anak menunjukkan 'perangai' luar biasa yang membuatkan saya terfikir, inilah ' HARGA' yang perlu di bayar bilamana kita tidak berada dengan mereka, menjaga, mengawal mereka. Tatkala ini, terasa indahnya jika kita dapat berada bersama mereka setiap masa. Kerana APA?

Kerana PENDIDIKAN AWAL itu sangat penting untuk anak-anak. Apa yang mereka pelajari dari usia 0 - 4 tahun adalah menyamai pendidikan 14 tahun selepas itu. Semoga ALLAH memberi KEKUATAN untuk saya menghabiskan beberapa tahun lagi dan mengejar IMPIAN ingin mendidik dan BERBAKTI untuk keluarga. Insya Allah.

PILIHAN TERBAIK

Ya, sememangnya PILIHAN berada di tangan kita. Namun, Insya Allah, yang TERBAIK datang dari Allah. Dengan DOA, USAHA, IKHTIAR, kita mampu untuk mengejar impian kita.

Dan ini menandakan USAHA kami sebagai ibu bapa harus lebih gigih untuk mendidik anak-anak dalam mengenal Al QURAN, juga menerapkan nilai nilai Muslim/Muslimah untuk anak-anak. Insya Allah, dengan doa pembaca juga.

Sekian sahaja untuk kali ini, segala yang baik dari Allah dan yang buruk dari kelemahan diri saya sendiri.





No comments:

Post a Comment