Saturday 4 January 2014

Bersama Celik Hati & Minda

Assalamualaikum,

Bismillahirrahmanirrahim..Kali ini saya ingin berkongsi tentang pengalaman menyertai Seminar Celik Famili yang dianjurkan oleh Prof Muhaya pada 28 Disember lepas.. Alhamdulillah, dengan izin Allah, berjaya menghadiri seminar ini bersama teman saya untuk sama sama menimba ilmu tentang kekeluargaan..Tema seminar ini ialah 'Bahagia Membahagiakan' dan saya akan kongsi mengikut pemahaman saya sepanjang menghadiri seminar .

Gambar menarik dikongsi oleh Ustaz Pahrol Joi sebagai pembuka minda untuk entry kali ini

Seminar dimulakan dengan bacaan Al Quran Surah Luqman ayat 12-19 oleh Ustaz Tarmizi..sungguh merdu dan asyik sekali... Masya Allah! Subhanallah!

Kemudian diteruskan dengan sesi REFLEKSI DIRI oleh Prof Muhaya sendiri..yang mana beliau membawa kami semua merenungi hikmah kejadian manusia dari percantuman benih sehinggalah kelahiran bayi..Beza KELUARGA POSITIF yang menghasilkan generasi beriman, berjaya dunia akhirat manakala KELUARGA NEGATIF menghasilkan generasi yang mungkin berjaya tetapi hanyut dengan dunia sahaja...

Persoalan yang di bawa oleh Prof Muhaya:-

- Kemana hala tuju keluarga kita? POSITIF atau NEGATIF?
- Kita bekerja untuk memenuhi KEPERLUAN atau TUJUAN hidup?
- Kita ingin mendapat PENGHARGAAN MANUSIA atau REDHA ALLAH?

Tepuk dada tanya iman ..kemanakah dan apakah tujuan hidup kita sebenarnya?
Bila kita tahu arah tujuan kita barulah kita dapat mencorakkan ke mana hala tuju yang ingin dibawa.

Ada 4 peringkat kehidupan kita:-

1) Fizikal - pentingkan kecantikan, kekuatan, kekuasaan

2) Pahlawan - ingin mencari nama dan pangkat

3) Bangsawan - cari manfaat untuk dikongsi bersama orang lain

4) Makrifatullah - Mengenal Allah, kenal diri dan mati sebelum kita mati.

Bagaimana dikatakan mati sebelum kita mati?? Maksudnya hilangkan perihal bangga, ujub, kekuasaan, kecantikan diri..dan jadikan kehidupan sebagai khalifah Allah dan beri rahmat sebanyak mungkin kepada orang lain tanpa memikirkan pangkat,reputasi dan sebagainya..

Kita kena fokus kepada tujuan hidup kita iaitu KERANA ALLAH. Sama samalah kita berusaha mencapai peringkat makrifatullah Insya Allah

Tanyakan kepada diri kita sendiri..SIAPAKAH DIRI KITA?

Yang MELIHAT atau yang DILIHAT??
Jika kita yang melihat..kita tidak akan berubah..jadilah yang dilihat..kita akan sentiasa memikirkan diri ini diperhatikan tindak tanduk perlakuan dan sentiasa ingat bahawa tujuan hidup kita di dunia ini..
Nilai diri kita..jangan asyik melihat salah silap orang lain..cari berita mengaibkan orang lain..

Pesan Prof Muhaya lagi..
  • Setiap saat patut hanya ada SYUKUR dan KASIH SAYANG
  • KEMARAHAN MELEMAHKAN manakala KEMAAFAN MENGUATKAN
  • Jangan bazirkan tenaga untuk benda-benda tidak baik..Contohnya jika di FB, berkongsilah tentang ilmu yang baik,jangan hanya sibuk mencari berita dan aib sahaja..
 Bagaimana ingin membawa keluarga kita ke jalan ALLAH menuju syurganya??

Seminar diteruskan lagi dengan slot kedua oleh Ustaz Roslan dan juga Prof Muhaya dengan topik KELUARGAKU SYURGAKU

KEBAHAGIAAN bermula dari rumahtangga..

Dalam surah Ar Ruum ayat 21 ada menyatakan
" Dan di antara tanda-tanda kebesaran Allah, ialah diciptakanNya untukmu dari jenismu sendiri, supaya kamu merasa tenteram disampingnya. Dan diciptakanNya kasih sayang di antara kamu. Sesungguhnya yang demikian itu menjadi tanda-tanda bagi orang yang berfikir " (30:21)

Asas agama adalah penting dalam membimbing keluarga ke arah yang diredhai Allah. Kenapa pentingnya?? Perlu kita ingat pesanan Allah dalam Surah At Tahrim ayat 6:
Allah Ta’ala berfirman,
“Wahai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu dan keluargamu dari api Neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu”.(66 : 6)

Sebelum berkahwin, kita sama-sama ada kekurangan dan dengan berkahwin kita sama-sama melengkapkan kehidupan kita..Berkahwin merupakan suatu medan perkongsian hati, dan tujuan antara seorang lelaki dan wanita..CABARAN, PERSELISIHAN PENDAPAT..sudah tentu ada dalam mana-mana rumah tangga. Sebagaimana dalam Filem P Ramlee mengatakan " Sedangkan lidah lagi tergigit ini pula suami isteri.."

Jadi bagaimana ingin menguruskan rumahtangga berdasarkan syariat agama Allah?

  1. Pentingnya tugas suami memegang AMANAH dan bimbing isteri dan anak-anak ke jalan agama Allah
  2.  Pastikan sumber rezeki yang HALAL dan baik
  3. Tunjukkan akhlak yang baik..KOMUNIKASI yang baik
  4. Jadikan rumah tangga tempat yang disukai seisi keluarga.. BERJEMAAH bersama, solat berjemaah, makan bersama, beriadah bersama..
  5. Create RAUDHAH di rumah kita..jadikan rumahku keluarga syurgaku..

Tanya diri kita , berapa banyak masa dihabiskan ATAS SEJADAH?? Pada DHUHA?? Pada WAKTU MALAM.. Petikan dari FB, yang sangat menarik untuk kita hayati bersama

Seminar kemudian dirasmikan oleh Asyraf Wajdi Ahmad Dusuki. Juga diserikan dengan persembahan zikir oleh Hafiz Hamidun juga nyanyian dari Nora

Slot yang ketiga dengan topik YANG DAHULU BUKANLAH YANG SEKARANG dengan panel jemputan Tan Sri Syed Zainal..

Beliau menceritakan kehidupan dulu dan sekarang sudah banyak BERBEZA..banyak BERUBAH

PERSEKITARAN , EKOSISTEM sudah banyak berubah. Dulu persekitaran selamat, kini tidak lagi dengan teknologi yang tiada sempadan. Jadi ibu bapa kena harus lebih banyak memantau..lebih ambil perhatian..ambil berat

Pesan Tan Sri Syed Zainal lagi,
  • Pilih SEKOLAH yang betul untuk anak anak kita,bincang suami isteri sepakat..Sebagai ibu bapa kita harus ambil berat, pergi lihat sendiri sekolah..jumpa guru sekolah
  • Pilih KAWAN-KAWAN yang betul..kena ambil tahu dengan siapa anak kita berkawan. Beliau sendiri menitikberatkan perihal kawan, jika anaknya ingin keluar dengan kawan,haruslah bawa mereka jumpa beliau dan isteri..
  • Perlu UBAH dan MENYESUAIKAN DIRI dengan ekosistem sekarang, kepentingan dan kehendak anak anak.
Tambah Prof Muhaya lagi, ada 3 peringkat anak anak (di bawah) yang kita perlu tahu dan sesuaikan peranan kita sebagai ibu bapa untuk mencorakkan yang terbaik untuk anak anak kita.
  • PERTAMA (0-7 tahun) : Download Program
  • KEDUA (7-14 tahun) : Role Modeling
  • KETIGA (14-21 tahun) : Social Circles
 Tentang 'gajet' dan 'teknologi' yang makin melampaui sempadan sekarang, apa dan bagaimanakah peranan kita sebagai ibu bapa??

  1. Guna teknologi untuk tujuan KEBAIKAN..guna FB,Twitter,Instagram untuk sebarkan info baik..suami isteri saling bermesej, etc
  2. Beri anak gajet tapi PANTAU..jangan hanya belikan dan biarkan mereka hanyut dengan gajet dan teknologi..Jadi 'friend' anak di FB,INSTAGRAM, etc. supaya dapat pantau perkembangan anak2 dengan dunia luar..Tambah Tan Sri Sy Zainal lagi, cara beliau dan isteri pula, mereka memberikan anak2 gajet berserta PASSWORD tapi dengan pesanan " The moment you change your password, we gonna take that back"..Sungguh bagus jika kita fikirkan mencegah dahulu sebelum perkara buruk berlaku..
  3. KAWAL TEKNOLOGI jangan biar teknologi yang mengawal kita!!
 Seterusnya, seminar diteruskan lagi dengan perkongsian " HAKIKAT BAHAGIA" oleh Ustaz Pahrol Joi.. sebelum ini saya hanya membaca dan sangat meminati hasil tulisan beliau di majalah Solusi dan inilah kali pertama dengar beliau bercakap secara live..Alhamdulillah..

Isi penting dari perkongsian Ustaz Pahrol Joi adalah

  • Apa yang kita SEMAI di DUNIA. kita akan TUAI di AKHIRAT.
  • Kita sentiasa dikurniakan NIKMAT & RAHMAT..tapi tanpa rahmat hidup tak bermakna. Contoh nikmat adalah kesihatan..tapi rahmatnya adalah kita sihat tapi bawa diri kita ke jalan ketaatan. Manakala nikmat keluarga tetapi rahmatnya adalah membawa keluarga bahagia ke jalan Allah
  • Keluarga yang bahagia..itu bermula dari DIRI KITA dahulu " kalau kita nak kasih sayang, kita kena memberi dahulu"
  • Jangan mencari bahagia dalam rumahtangga, BAWA BAHAGIA dalam rumahtangga. Dalam konteks rumahtangga, kita tidak boleh bahagia jika orang di sekeliling kita tidak bahagia..
  • PERANAN vs HAK. Jika kita jalankan peranan kita ( sebagai suami/isteri) hak kita akan dipenuhi (isteri/suami)
Pertanyaan menarik oleh Ustaz adakah BAHAGIA itu 'OUTSIDE IN' - dari luar ke dalam atau 'INSIDE OUT'-dari dalam ke luar??

Apa itu OUSTIDE IN?? Maksudnya dari luar ke dalam..Jika kita membenarkan bahagia kita ditentukan dari luar ke dalam selamanya kita tidak akan bahagia. Persoalannya kenapa??
Kerana kita memandang harta, rupa,pangkat, kekayaan itu sebagai kayu ukur kebahagiaan kita." Kalau aku ada rumah besar, baru aku bahagia. Kalau aku ada pangkat tinggi, baru aku bahagia. Kalau aku kaya, cantik, baru aku bahagia.." Lantas kita akan menghabiskan seluruh kehidupan kita untuk mengejar  KEBAHAGIAAN kita itu..disebabkan itu kebahagiaan ini didefinisikan dari luar ke dalam..kita rasa faktor luar yang menentukan kebahagiaan dalam diri kita.

Manakala, INSIDE OUT?? Maksudnya kita bahagia dari dalam diri kita..dan kebahagiaan itu akan terpancar dari hati,ingatan dan gerak kerja perbuatan kita. Sepertimana Allah berfirman dalam Surah Ar Raad ayat 8:
" Sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang" (13:8)

Bagaimana untuk mengingatiNya?? Ya itulah dengan ZIKIR. Zikir itu terdiri dari 3 komponen. Qauli, Qalbi dan Fi'li. Kita SEBUT di mulut kita, benarkan dalam HATI..dan ia akan terpancar dari TINDAKAN kita..
 
Dikongsi bersama kisah Fatimah anak Rasulullah s.a.w yang merasa susah dan terbeban dengan kerja rumahnya dan berjumpa Rasulullah s.a.w untuk memintakan seorang pembantu dari tawanan perang untuk membantunya. Lantas Rasulullah s.a.w hanya menitipkan untuk Fatimah bertasbih , bertahmid dan bertakbir.. Apa yang diminta Fatimah dibalas Rasulullah dengan kekuatan hati dari dalam..dan semenjak mengamalkan ZIKIR, Fatimah dapat meneruskan kerjanya tanpa pembantu. Begitulah hebatnya kekuatan ZIKIR MENGINGATI ALLAH.

Seterusnya, Ustaz Pahrol teruskan pula dengan menyentuh perihal UJIAN.
UJIAN dalam kehidupan kita bukan penyebab tidak bahagia..tetapi sebagai petunjuk sahaja.
  • DUNIA adalah tempat untuk DIUJI.sebagai PEPERIKSAAN. Seluruh ASPEK KEHIDUPAN adalah MATAPELAJARANNYA
  • Bila diuji, kita akan lihat dengan ilmu kita yang TERBATAS tetapi Allah melihat dengan ketinggian ilmunya
  • Kadang kadang Allah datangkan ujian sebagai PEMBEDAHAN JIWA kita
  • Jenis jenis ujian ada 3 :-
  1.  KAFARAH - sebagai penghapus dosa,
  2. IBTILA' - Tambahkan pahala dan tinggikan darjat
  3. BALA - sebagai peringatan
  • Allah mendidik suami dengan kerenah isteri, dan sebaliknya
  • Jangan lihat asbab (ujian ) itu, tetapi lihatlah musabbil asbab (Yang memberi ujian) iaitu Allah, insya Allah kita akan merasa tenang dan bahagia dengan ujian dan yakin dengan hikmahnya

Seminar ditutup dengan sesi TRANSFORMASI DIRI oleh Prof Muhaya.
  • Jangan biarkan faktor luaran menentukan kebahagiaan kita
  • Jadilah orang yang bahagia selalu kerana fikir dan ingat Allah selalu bersama kita
  • UBAH dan 'TRANSFORM' diri untuk menjadi orang yang lebih baik
  • Bermula dengan apa yang kita FIKIR, RASA, BERI dan DAPAT
  • Bentuk keluarga syurgaku
  • Faham bahagia dan cari bahagia barulah kita dapat membahagiakan. Insya Allah

Sekian sahaja perkongsian untuk kali ini, sungguh banyak untuk ditulis, yang hanya saya mampu titipkan hanyalah isi-isi penting mengikut kefahaman ketika mengikuti seminar ini. Pasti untuk 2014, seminar sebegini akan dianjurkan lagi oleh Prof dan motivator lain atau Ustaz/Ustazah..sama-samalah kita cari peluang untuk menimba lebih banyak ILMU dan menghadiri kuliah yang seumpama TAMAN-TAMAN SYURGA. Alhamdulillah ,ketenangan dan dengan ilmu,.membawa kita berAMAL dengan lebih baik. Insya Allah.

Sekian sahaja, yang baik daripada Allah, dan tidak sempurna dari saya sendiri.