Thursday 25 September 2014

Sikit Sikit Lama Lama Jadi Bukit - Belajar Tips 'Mudahnya Berniaga'

Salam,

Bismillahirrahmanirrahim...kali ini saya ingin berkongsi tentang pengalaman menghadiri Seminar  Mudahnya Berniaga dari Dr Azizan Osman (DAO) pada 07 Sept di Wisma MCA.Sejujurnya, saya tidak pernah tahu akan perihal DAO dan kejayaannya sehinggalah kawan saya bertanya dan mengajak ke Seminar yang akan diadakan di KL. "Daftar 3 org dan ianya percuma!". Wah, tampak menarik dan saya mula mencari cari info tentang seminar ini di 'Website'. Berminat juga nak menambah ilmu berniaga memandangkan baru bermula secara kecil-kecilan.

PERMULAAN UNTUK BERNIAGA

Sejak kecil lagi saya memang ada minat dan pernah menjual di sekolah rendah dan menengah. Tapi percubaan boleh kata 1 atau 2 x sahaja. Kemudian terkubur begitu sahaja.. Sekarang, sejak beberapa bulan lepas (apabila dah bekerja), cuba untuk menjual barangan bayi setelah berpuas hati menggunakan produk ini . Dan barulah saya sedar, bukan mudah untuk berniaga. Nak jual 1 atau 2 barang bukan mudah. Dan perasaan bila barang terjual, sangat menghargai wang hasil jualan..lebih dari wang hasil bekerja makan gaji. Wah! Baru saya sedar, kenapa berniaga merupakan 9/10 punca rezeki dan juga amalan sunnah yang dituntut dalam Islam.

Namun masih tercari cari apakah formula untuk berjaya dalam berniaga. Bilamana saya hadiri seminar ringkas selama setengah hari ini, barulah saya sedar. KUNCI KEJAYAAN dalam BISNES adalah ILMU. Juga KEBERKATAN dari ALLAH.

SEMINAR SIRI MUDAHNYA BERNIAGA -DAO

Maka, ringkasan saya sefahaman menyertai seminar pendek bersama Kakak saya..Terima kasih buat suami yang mengizinkan pergi dan juga sanggup jaga anak sulung kami. Dengan perut memboyot 36 minggu, saya gagahi juga menghadiri seminar ini dengan ribuan manusia.


Seminar dibuka dengan video video kejayaan anak didik DAO. Dari Fizo Omar, Kek Anis Choic Most dan ramai lagi..buat kami semua terkedu dan tak sabar untuk mengali ilmu dan kefahaman dari Seminar ini.Juga cerita dari DAO sendiri, tentang pengalaman beliau berniaga dari sekecil kecil produk di kampung sehinggalah berjaya mempunyai empayar bisnes sendiri yang berbilion-billion. Wow! Sungguh tak sabar nak mendalami ilmu dari seorang yang berjaya dan sudi berkongsi pengalaman untuk sama sama memajukan anak bangsa~



FAKTOR UNTUK BERJAYA DALAM BISNES

1.KEPUTUSAN
  • Kena buat keputusan untuk perbaiki hidup dan kewangan keluarga
  • Orang Melayu lazimnya tak pandai guna duit untuk jadikan duit kerana TIADA ILMU
  • Jangan salahkan orang lain dan hati kena luas untuk terima kritikan

2. SERIUS
  • 'Give the BEST'
  • 'Be PREPARED'

3. 100% KOMITMEN
  • Orang berjaya akan bermula dan melakukan sesuatu sehingga habis
  • Bisnes hanya dengan MODAL tapi TANPA ILMU yang betul tidak akan berjaya
Juga jelas DAO, 5 FORMULA KEJAYAAN adalah M E S T I
 
 


Tambah beliau lagi, KUNCI SEBENAR KEJAYAAN adalah KEBERKATAN. Keberkatan datang dari Allah, Allah lah yang menggerakkan hati manusia untuk membeli/ mencuba barang jualan/servis perniagaan kita. Masya Allah, terkedu mendengar penjelasan beliau.

KENAPA ORANG LAIN BISNES DAN BERJAYA??

Soalan yang menarik dilemparkan oleh DAO. Tambah beliau lagi,

  1. Sikap BERBEZA
  2. Pantas membuat KEPUTUSAN dan TINDAKAN
  3. Sanggup ' INVEST' untuk berjaya ( Wang, tenaga, masa)
  4. Bina NETWORKING yang bagus
  5. Dah buat keputusan untuk berjaya AWAL (Make decision earlier)
  6. BerKAWAN dengan orang yang betul. Nak berubah, kene 'upgrade' kawan
  7. Tidak BERTANGGUH
  8. Tidak menghiraukan KUTUKAN orang
  9. FOKUS. FOKUS. FOKUS. 1 Produk dalam 1 masa
  10. KONSISTEN dan juga PERSISTEN (Tidak mudah putus asa)

Ayat menarik dari DAO,

" Di mana ada MANUSIA. Di situ ada MASALAH. Di mana ada MASALAH di situ ada PELUANG. Di mana ada PELUANG di situ ada WANG. Di mana ada WANG di situ ada KEKAYAAN "

KENAPA kita perlu KAYA??
  • Supaya dapat membantu orang-orang yang lebih berkemampuan
  • Dapat lebih bersedeqah dan berzakat untuk membangunkan ekonomi Islam
  • Mencontohi sahabat2 Nabi yang kaya tapi dermawan di jalan Allah

CARA NAK BERUBAH

  • 'TRY & ERROR' - Buat silap dan belajar dari silap
  • BELAJAR dari kekayaan dan kegagalan orang lain. Pentingnya mempunyai MENTOR yang betol dan mencari ILMU yang betol
  • ASSOCIATE & ATTACH dengan orang yang dah berjaya
Jelas beliau lagi, sangat banyak bezanya kerja MAKAN GAJI dengan BISNES sendiri. Tapi nasihat beliau, jikalau masih bekerja teruskan bekerja dan cuba buat 'PART TIME' dahulu, bila dah stabil dan yakin barulah kita boleh membuat keputusan untuk SERIUS dalam BISNES sepenuhnya.


SOALAN UNTUK KITA FIKIRKAN

DAO mengakhiri seminar dengan soalan untuk kita renung dan fikirkan

  1. Tahap kewangan yang kita inginkan 3 tahun dari sekarang
  2. Impian dan gaya hidup yang kita impikan
  3. Kebebasan Masa
  4. Sumbangan kita untuk orang lain
  5. Impian kebahagiaan bila hidup dan apabila sudah mati
Hidup bermula dengan impian yang BESAR. Dare to THINK and DREAM BIG! Dan haruslah bermula SEKARANG~~

Sungguh saya akui, motivasi dan semangat berkobar kobar setelah menghadiri Seminar ini. Tapi, seperti djielaskan di atas, bukannya mudah, perlukan ILMU, SOKONGAN, KEBERKATAN, dan pelbagai FAKTOR KEJAYAAN BISNES untuk kita selami.

Buat masa ini, masih bermula secara kecil-kecilan dan mungkin juga tidak berapa serius lagi. Tapi Insya Allah, 'target' saya untuk berhenti kerja dan mempunyai bisnes sendiri akan tercapai tidak lama lagi. Dengan usaha, iktiar, doa INSYA ALLAH.

Semoga penulisan entri kali ini bermanfaat untuk kita. Yang baik dari Allah dan yang buruk dari kelemahan saya sendiri.





No comments:

Post a Comment