Thursday 24 July 2014

Ramadhan & ' My Ramadhan Goal"


Assalamualaikum,
Bismillahirrahmanirrahim..Kita sudah berada di bulan yang paling mulia dan berkat iaitu Bulan Ramadhan. Yang mana bulan yang dijanjikan Allah pahala yang tak terhingga untuk amalan2 ibadah yang kita lakukan berbanding bulan bulan lain. Bulan untuk kita berpuasa jasmani dan rohani untuk kita menjadi seorang insan yang lebih baik dari sebelumnya. Bulan yang mengandungi malam LailatulQadar yang dijanjikan Allah pahala yakni beribadah seperti 1000 bulan. Di sini, saya hanya ingin berkongsi tentang hikmah Ramadhan daripada pengalaman menghadiri ceramah. Tentang hukum,rukun berkaitan ibadah puasa itu insya Allah yang lebih pakar boleh menjadi rujukan kita semua.
* Gambar perkongsian rakan sewaktu awal Ramadhan.
 
RAMADHAN – TITIK PERUBAHAN UNTUK KEMBALI KEPADA FITRAH
Teringat kata2 Dr Fadzilah Kamsah sewaktu ceramah bertajuk ‘Worklife balance In Ramadhan’ pada 9 July 2013 yang lepas di pejabat. Kata beliau “ Ramadhan adalah bulan yang terbaik untuk berubah. Dalam diri manusia ini terkandung sifat sifat seorang bayi, iaitu sifat fitrah tapi telah diselaputi dengan sifat sifat mazmumah sepanjang proses menjadi seorang yang dewasa, maka Ramadhan itu berfungsi untuk membersihkan sifat2 mazmumah itu supaya kembali kepada fitrah, mengenali dan mengabdikan diri kepada pencipta manusia , Allah s.w.t. Kembali kepada fitrah, di mana kita meraikan Hari Raya Aidil Fitri” Masya Allah, kata kata yang ringkas, padat namum terkandung hikmah untuk kita renungi.
Ingin saya berkongsi lagi daripada kuliah Dr Fatma di pejabat pada 3 July 2013 yang lepas, yang mana beliau menceritakan perihal bulan Ramadhan dan hikmahnya.Jelas beliau, “ Ingat dan tetapkan dalam fikiran dan hati, "This is my last Ramadhan, do my best” sebagai pemangkin untuk kita lebih bersungguh sungguh dalam menjalani ibadah berpuasa. Allah membuka pintu pintu syurga dan menutup pintu pintu neraka ketika bulan Ramadhan.
SEBELUM RAMADHAN
1.       Muhasabah Diri – Semak balik macam mana hubungan kita dengan Allah, dengan keluara, dengan kawan kawan. Solat kita, adalah perlaksanaan dan pemahaman kita mengikut syariat dan adakah kita mengambil inisiatif untuk memperbaiki ibadah kita.
2.       Taubat dan Bermaafan – Apakah sekarang kita telah dan masih melakukan sesuatu yang tidak disukai Allah, disukai ibu bapa,suami. Kita perlu bertaubat kepada Allah atas dosa2 yang telah dilakukan. Juga meminta maaf kepada manusia yang telah kita berbuat salah atau sakiti.
3.       Doa – Berdoa sebanyak banyaknya agar Ramadhan kali ini menjadi lebih baik dari sebelumnya, dan kita menjadi insan yang lebih baik dari sebelumnya.
KETIKA RAMADHAN
1.       Berjuang melawan nafsu. Nafsu makan yang berlebihan, nafsu membeli barang yang tidak diperlukan. Niat berpuasa itu penting kepada umat Islam, menjadi nadi kekuatan juga membezakan puasa orang Islam dan bukan Islam
2.       Puasa bukan sekada puasa menahan makan minum, tetapi puasa seluruh anggota badan. MATA..LIDAH.TELINGA.KEMALUAN.KAKI.TANGAN dari menghampiri kepada perkara sia sia dan dilarang Allah
3.       Cuba untuk menjaga aurat dengan lebih lagi. Jangan kerana pemakaian kita sebagai seorang wanita, kita menyebabkan suami kita menanggung dosa dan merosakkan pahala puasa orang lain kerana kalalaian kita untuk menutup aurat.
4.       Istighfar 70x sebelum Solat Subuh – sebagai manusia yang tak lari dari kesilapan, istighfar merupakan penyuci dari dosa
5.       Membaca dan mentaddabur Al Quran setiap hari – Cuba sebaiknya untuk khatam Al Quran. Membaca Al Quran beserta terjemahannya. Tips yang dikongsi oleh seorang rakan, cara untuk mengkhatam Al Quran di bulan Ramadhan
 
6.       Doa – Sesungguhnya doa orang yang berpuasa untuk mustajab, terutamanya ketika hendak berbuka puasa
7.       Ibadah Terawikh – sebagai terapi dan latihan untuk kita dapat melakukan ibadah sunat di bulan bulan lain
Tambahan lagi, dari sesi ceramah seorang pensyarah juga Ustaz di pejabat, perkara perkara Sunnah ketika bulan Ramadhan yang boleh kita contohi
1.       Mengakhirkan bersahur di akhir malam
2.       Bersahur dan berbuka dengan tamar yakni kurma..Kurma adalah makanan yang megandungi tenaga, kalori yang tinggi yang mana bila kita makan ketika mula2 berbuka, badan yang kelemahan dan lesu, mendapat janaan tenaga terus dari kalori kurma ini. Masya Allah, begitu besar hikmahnya.
3.       Qiyamullail - Banyakkan solat tahajjud dan solat solat sunat lain pada akhir malam. Qiyamullail penting dapat membina  kekuatan dalaman seorang Muslim
4.   Tadarus Al Quran bersama sama ahli keluarga atau kawan di pejabat
5.   Banyakkan solat berjemaah – pahala berlipat ganda
6.   Banyakkan sedeqah, memberi makan untuk orang berbuka
7.   Bersiwak sebelum solat
Sungguh banyak sekali hikmah Ramadhan untuk kita renungi bersama. Perkongsian ini bukan bermakna saya telah dan melakukan kesemuanya, tapi untuk saya dan kita sama2 renungi, perbaiki dan ikuti sunnah2 Rasulullah s.a.w dan amalan2 yang digalakkan ketika berpuasa.
Dan untuk Ramadhan kali ini, saya telah membuat satu senarai ‘ TARGET’ atau ‘GOAL’ untuk saya cabar diri saya
MY RAMADHAN GOAL!
1.       Berhenti sementara mengakses FB & Instagram – Alhamdulillah, kesannya dapat saya rasa. Saya lebih dekat dengan Allah, dengan keluarga dengan ‘target’ untuk cuba lebih fokus beribadah
2.       Khatam Al Quran – Cubaan untuk menghabiskan  1 juz 1 hari berserta terjemahan. Juga merupakan cabaran, perlu lebih membahagikan masa, di rumah, di pejabat
3.       Hafaz 10 doa harian – bukan hanya untuk saya, juga untuk saya ajar dan tunjuk contoh kepada anak.
4.       Lebih masa untuk anak dengan Iqra dan pembacaan buku – Alhamdulillah, anak sulung saya Izz Zulqarnain telah pandai menyebut beberapa huruf Hijaiyah dan hampir mengenal separuh daripadanya
5.       Silaturrahim keluarga – cuba untuk lebih rapatkan dan kukuhkan
6.       Banyakkan sedeqah – insya Allah, cuba sebaiknya
7.       Kurangkan membazir – cuba untuk tidak ke bazar Ramadhan setiap hari dan cuba mengawal nafsu berbelanja. Sangat susah untuk seorang wanita!!
My 'Ramadhan Goal' ini saya sasarkan sebelum masuk bulan Ramadhan., daripada kesemua ‘target’ saya, hanya beberapa yang betol2 mampu saya lakukan sepenuhnya. Insya Allah akan cuba menyambung bacaan Al Quran di bulan Syawal, juga menghafaz doa2 harian dan memperbaiki lagi diri Insya Allah.
 Itu sahaja coretan untuk kali ini, semoga kita semua mampu berubah untuk jadi insan yang lebih baik dari sebelumnya dan sama sama kita rebut pahala Ramadhan yang penuh keberkatan, Insya Allah
Sekian sahaja, yang baik itu dari Allah, yang buruk dan tidak sempurna itu daripada kelemahan saya sendiri.
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment