Showing posts with label Anak Amanah. Show all posts
Showing posts with label Anak Amanah. Show all posts

Saturday, 14 March 2015

2015 Dimanakah kita?

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..sudah sekian lama tidak menulis di entry blog ini..Post terakhir adalah sebelum melahirkan anak perempuan saya Auni Huriya yang kini sudah berumur 5 bulan..Masya Allah, begitu pantas sekali masa berlalu. Insya Allah, post tentang kelahiran anak2 akan saya tulis suatu hari nanti di entry yang lain. Kekangan masa juga kesibukan bekerja dalam menguruskan kehidupan sehari hari..

MENULIS UNTUK APA?

Sebenarnya saya lebih gemar menulis tentang perkongsian ilmu dari pengalaman menghadiri seminar, tazkirah atau2 usrah dalam blog ini. Pada mulanya, saya  ingin mencatat ilmu2 berharga dalam blog untuk mudah untuk dibaca,di mana mana juga berkongsi dengan keluarga. Bukan mudah untuk kita 'share' ilmu sebegini dengan keluarga sendiri kan?

Pada masa yang sama, dapat memanfaatkan ilmu untuk muslim/ah lain yang juga mungkin tercari cari tentang topik topik untuk bacaan minda dan jiwa, benar kan? Alhamdulillah, walaupun lama tidak menulis di blog, masih ada pembaca yang masih singgah di blog, juga dapat manfaat dari perkongsian ilmu di blog ini. Bukankah, ilmu yang bermanfaat itu merupakan AMALAN YANG BERTERUSAN untuk anak2 Adam jika meninggal nanti? Insya Allah. Juga, untuk anak anak saya suatu hari dapat membaca nota hati ibunya, Insya Allah.

 2015 DIMANAKAH KITA??

2015, dimana kita?? Gambar diambil dari website DAO.

Inilah antara perancangan 2015 keluarga kecil kami ,


CINTA MASJID

'Plan' kami, untuk didik anak-anak kenal masjid. Pada hari jadi anakanda Izz yang kedua, pertama kali kami bawa anak-anak ke Surau berdekatan, sambil mendengar kuliah. Alhamdulilah. Juga untuk suami lebih banyak berjemaah Magrib/ Isyak di surau atau masjid. Perkongsian dari seorang Ustazah dalam Sesi Bismillah kelolaan TV3 pada awal March, kenapa afdalnya suami ke Masjid dan isteri berjemaah bersama sama anak anak di rumah? Kerana akan banyak menarik hidayah dari rumah Allah untuk menyinari keluarga kita. Kerana hati saya pernah tertanya2 dalam hati kenapa perlunya lelaki solat di masjid, bukankah boleh juga berjemaah dengan isteri & anak2 di rumah? Masya Allah, sewaktu sedang bersiap- siap ke kerja , terjawablah persoalan itu.


IQRA' & JUZ AMMA IZZ

Sewaktu usia Izz 1tahun 7 bulan, anakanda sudah dapat kenal dan sebut semua Huruf Hijaiyah baris di atas. Kemudian, kami teruskan lagi dengan huruf hijaiyah baris bawah dan depan. Saya maksimumkan masa 'berpantang' anak kedua dengan mengajar Izz huruf Hijaiyah berbaris2. Alhamdulillah, usai waktu pantang, Izz sudah mampu kenal dan sebut. Maka misi untuk 2015, untuk menghaffaz Juz Amma. Setiap hari, kami akan pasang alunan Juz Amma dari Syeikh Mishary (from Utube) dan ulan kaji dengan 'refer' Muqaddam juga buku yang sangat berguna ini ' Al Quran Pertamaku Juzuk Amma keluaran 'Ana Muslim'. Insya Allah, target untuk Izz hafaz Juz Amma sehingga usia 3 tahun, doakan pembaca2 sekalian.

MAJLIS ILMU DI RUMAH

Perkongsian dari Ustaz Ebit Lew juga pada 28 Jan yang lepas di surau tempat kerja, tentang pentingnya menghidupkan majlis ilmu di rumah. Terangkan rumah dengan majlis ilmu di rumah. Maksimumkan waktu Magrib ke Isyak, seboleh mungkin tutup TV dan hidupkan bacaan HADIS dan AL QURAN, insya ALLAH, rumah akan terang dengan cahaya. Bukankah, berada dalam majlis ilmu itu seperti berada di salah satu TAMAN dari TAMAN SYURGA?

Bermula dari itu, kami cuba. Tutup TV. Hidupkan bacaan HADIS..juga waktu yang sesuai untuk ajar anakanda AL Quran..Alhamdulillah, dapat kami rasa perubahannya, untuk diri, suami dan juga anak..Semoga ISTIQAMAH untuk 2015 dan mendatang.


HURUF HIJAIYAH AUNI

Untuk anak kedua, misi untuk menghaffaz Al Quran bermula dengan Huruf Hijaiyah. 'Flash Card' abangnya akan digunakan lagi untuk adik..Seperti Izz dahulu, akan saya perkenalkan huruf mesra bayi dahulu iaiatu 'ALIF. MIM. BAA. YAA'..Kenapa? Boleh baca artikel saya terdahulu Mencorakkan-anak-mengenali-al-quran


CARI GALI ILMU

.Tahun 2015 ini juga , saya merancang untuk pergi menimba ilmu 'parenting' dan keagamaan sebanyak mana yang mungkin. Jiwa sangat dahagakan ilmu2ini, untuk membesarkan anak2 dengan sebaik mungkin. Insya Allah, sudah ada 3 seminar yang bakal saya hadir untuk menguatkan ilmu parenting, kelolaan Ibu Ibu yang sangat hebat..dalam mendidik anak mengenal Al Quran. Insya Allah, akan dikongsi dalam blog nanti.

HOMESCHOOLING PREPARATION

Ya, itulah antara 'target' terbesar saya. Untuk persediaan menjaga dan sekolahkan anak sendiri insya Allah nanti (doakan ya, Amin), saya sertai program 'PLAYGROUP ALIMKIDS' bersama anakanda Izz. Tujuan? Ingin mencari sebanyak mungkin ilmu dan kaedah untuk ajar anak anak kecil..Alhamdulillah, sudah 'complete' Module 1 ' EYES ALLAH GIVES'..Juga Insya Allah akan saya kongsikan pada entry yang lain.

SILATURRAHIM

Merapatkan silaturrahim kekeluargaan juga sahabat. Banyakkan 'Ziarah' keluarga juga sahabat antara misi untuk 2015..

MORE PRAYERS & SEDEQAH. Insya ALLAH.

Sekian sahaja perkongsian kali ini, semoga bermanfaat. Apa yang baik itu dari Allah, dan buruk dari kelemahan saya sendiri.





Saturday, 16 August 2014

'Kids On The Go' - Jejak Mengenal Al Quran

Assalamualaikum,

Bismillahirrahmanirrahim.. Sekarang Syawal disambut penuh gembira. Bulan untuk kita kunjung mengunjung, bermaafan dan mengukuhkan silaturrahim..Kali ini ingin berkongsi tentang perkembangan anak saya dalam mengenali Al Quran. Alhamdulillah, sekarang anak sulung saya, Izz (1 tahun 7 bulan)sudah mengenali hampir kesemua Huruf Hijaiyah. Jika ditanya, dia sudah boleh menunjukkan mana 'flash card' hurufnya. Cuma cabaran untuk mengajarnya menyebut Huruf2 Hijayaiah..Insya Allah, akan diteruskan lagi usaha ini. Gembira dan sangat terharu bila usaha untuk mendidik anak mengenal Al Quran sudah menampakkan hasilnya.
( Gambar - Iqraa' Board yang pada mulanya untuk kami ingat huruf mana yang dah diajar, sekarang menjadi papan rujukan Huruf Hijaiyah dan kegemaran anak)
'KIDS ON THE GO'
Hmm..apa yang dimaksudkan dengan 'Kids on the go'? Perjalanan kami untuk balik kampung samada kampung suami atau saya masing-masing mengambil masa 3-4 jam dan 6-7 jam dari KL. Masa yang lama untuk berada di dalam kereta, menghabiskan masa bersama anak. Saya mula berfikir , masa yang lama ini bagus kalau dimanfaatkan..dan untuk anak, hanya akan diam bila ada mainan yang menarik hatinya. Jadi, saya fikirkan tentang 'Kids On The Go' , barang2 yang perlu dibawa ketika 'travel' terutama perjalanan jauh yang boleh digunakan untuk mengajar anak.
Ya itulah,
'FLASHCARD'
'HIJAIYAH BOARD PANE'
'DRAWING BOARD'

'JUZ AMMA RECITATION'
'GAJET'??
Sangat berguna! Dan dapat membantu kita untuk mencapai misi dan matlamat untuk mendidik anak di samping dapat mengelak anak dari meragam.
 
Ini memang kegemaran anak saya. Kami beli 3-4 set 'flash card' ini ketika Kursus tempoh hari dengan IPN (Islamic Parenting Network). Satu set untuk simpanan tetap dalam kereta. Selebihnya di rumah..sebahgian di tampal di Iqraa Board. Sangat bermanfaat dan kosnya hanya RM9/ set.

Boleh klik link ini untuk membeli Flash Card & Puzzle Huruf Hijaiyah. Sangat berguna insya Allah
Flash Card & Puzzle Huruf Hijaiyah
 
Hijaiyah Board Pane ini pula anak saya sangat menyukainya. Tapi sebahagian dari Huruf2 Hijaiyah sudah dicabutnya, juga gemar menggitnya hehe. Kos? Hanya RM 5, kami jumpa ketika 'Baby Expo' di Kuantan.
Manakala 'Drawing Board' ini pula dihadiahkan teman saya sewaktu hari lahir anak pertama 14 Januari lepas. Alhamdulillah, penggunaan 'Drawing Board' ini sangat membantu dalam mengajar anak Huruf Hijaiyah..Sekarang, anak saya pula menjadi Guru, dia akan sebut Huruf dan meminta kita menulisnya..

 
 Untuk halwa telinganya pulak, 'Juz Amma Recitation' ini akan menjadi halwa telinga wajib ketika perjalanan. Dan kami memang akan memasang bacaan Juz Amma ini hampir setiap hari ketika ingin menidurkanyya. Juga, telah di'save' dalam 'thumbdrive' untuk simpanan tetap dalam kereta, dan dipasang untuk perjalanan di dalam kereta.

'KIDS ON THE GO 'di atas, sangat sangat membantu. Kosnya tidak mahal dan mampu milik..yang mahal adalah MASA, dan USAHA kita untuk mendidik anak untuk mengenal Al Quran. Tetapi sangat indah, bila mana usaha kita menampakkan hasil. dan yang paling penting, perjalanan jauh kita TERISI dan BERMANFAAT untuk seisi keluarga.

Bilamana saya lihat balik, kesemua 'Kids On The Go' ini adalah aplikasi 'VAK learning' iaitu pembelajaran melalui :-
Visual
Auditory
Kinesthatic

yang sudah saya jelaskan dalam Artikel ' Cara Mencorakkan Anak Mengenal Al Quran
BAGAIMANA DENGAN GAJET??
Gajet, teknologi ada kebaikan dan keburukannya. Jika dimanfaatkan dengan betul, insya Allah dapat membantu niat kita. Untuk anak saya, 'Tab' juga antara 'Kids on The Go' yang kami isi dengan video ' Alif Ba Ta, video Nasyid juga Game Huruf Hijaiyah. Namun cabarannya tetap ada, bilamana anak sudah pandai membuka game game yang ada. Apatah lagi, budak budak zaman sekarang cepat belajar bila melihat kami,atau ahli keluarga yang lain bermain. Namun, pilihannya tetap di tangan kita. Boleh tapi dengan pengawasan!
CD,DVD?
Pilihan CD dan DVD yang betul insya Allah dapat dijadikan Alat Bantuan Mengajar untuk anak anak kita. Alhamdulillah, pelaburan untuk membeli DVD IQRA' oleh suami sangat berbaloi. Anak sangat menyukainya dan boleh kata hampir setiap hari kami pasang DVD ini..Tidak dapat dinafikan, penggunaan DVD ini membantu kami dalam mendidik anak mengenal Huruf Hijaiyah.
 
Masih jauh lagi perjalanan kami untuk mencapai MISI kami, supaya anak dapat HAFAZ QURAN. Tapi Insya Allah, dengan izin Allah, berkat usaha doa. Tujuan saya berkongsi, supaya kita sama sama berjuang untuk mendidik anak kita supaya menjadi ASET DUNIA AKHIRAT, Insya Allah. Sangat terharu melihat video Adik Musa dari Indonesia yang sudah dapat menghafaz 30 juz Al Quran dan berusia hanya 6 tahun. Tapi lihatlah usaha ibu bapanya, tak tertanding dengan usaha kami yang kecil ini tapi insya Allah akan kami jadikan sebagai pengajaran dan rujukan.
Sekian sahaja, yang baik itu dari Allah, yang buruk dan tidak sempurna itu daripada kelemahan saya sendiri.
 
 

Friday, 20 June 2014

Carilah Al Fateh dalam diri anak anak kita


Salam,

Bismillahirrahmanirrahim..untuk kali ini saya akan berkongsi pengalaman menyertai Seminar Parenting Gaya Al Fateh yang di kelolakan oleh Islamic Parenting Network (IPN) pada Januari 2014 yang lepas. Bercerita tentang Al Fateh, pertama kali saya mendengar kisah ini sewaktu menyertai Seminar Mengajar Bayi Al Quran Kaedah Darwisy Darwisya yang diceritakan oleh Pn Lina Karim.. Sewaktu mendengar, terasa kejahilan diri sendiri tentang sejarah Islam. Masya Allah. Betapa hebatnya figura2 Islam yang sepatutnya menjadi model untuk umat Islam masa kini.

SIAPAKAH AL FATEH?
Al Fateh atau namanya Sultan Muhammad Al Fateh,  atau nama sebenar Muhammad Bin Murad merupakan anak kepada Sultan Murad II yang berjaya menakluk Konstatinopel pada usia yang amat muda…dan beliau telah membenarkan Sabda Rasulullah dalam perang Khandaq “ Konstantinopel akan dimiliki oleh tentera Islam. Rajanya adalah sebaik baik raja. Tenteranya adalah sebaik baik tentera” (Riwayat Imam Ahmad)

“The 21 old year boy who are challenging the 1123 years Legend”

 
Soalan yang besar. WHY. Kenapa? Kerana percubaan untuk menakluki Konstatinopel telah dilakukan berkurun kurun lamanya oleh pejuang2 Islam dari zaman Khalifah lagi.

Seminar ini dimulakan dengan sesi pertama oleh Pn Jamilah Samian & Ahmad Fakhri Hamzah, penceramah Motivator & Penulis dan sesi kedua oleh Ustaz Syaari Rahman. Namun, saya ingin berkongsi tentang sesi kedua dahulu agar kita dapat memahami tentang fakor kejayaan Sultan Muhammad Al Fateh dan barulah bagaimana untuk mengaplikasikan untuk mendidik anak2 kita

Dan disini, tidak mampu saya coretkan tentang keseluruhan sejarah Al Fateh dek kerana ilmu yang masih cetek . Hanya seringkas pemahaman saya menyertai kursus ini Insya Allah.

FAKTOR KEJAYAAN AL FATEH

Diceritakan oleh Ustaz Syaari Abdul Rahman, 4 faktor besar kejayaan Sultan Muhammad Al Fateh dalam menakluki Konstantinopel adalah:-

1)      ISTANA

 

Istana..Maksud istana disini adalah tunggak seseorang itu dilindungi, iaitu IBU dan BAPA.Peranan BAPA Al Fateh iaitu Sultan Murad II dalam mendidik anaknya sehinggalah berjaya menjadi seorang pahlawan Islam yang hebat.
 

“Ayahanda Sultan Muhammad Al Fateh memberikan perhatian kepada pendidikan ketenteraan Al Fateh. Baginda mengajar Sultan Muhammad Al Fateh cara menunggang kuda, memanah dan berpedang. Juga selalu mengajak AL Fateh ikut serta dalam setiap peperangan yang diikuti olehnya” (Sultan Muhammad Said Mursi)

Manakala peranan Ibu Al Fateh , Huma Hatun adalah mendekatkan Sultan Muhammad Al Fateh dengan buku buku, perpusatakaan dan tokoh tokoh besar penakluk dunia. Diceritakan bahawa ibunya sewaktu Al Fateh masih kecil , membawa beliau ke tebing istana yang menghadap dengan Kota Konstatinopel mengatakan beliau yang akan menakluk kota itu..

 Itulah peranan ibu dan ayah yang boleh kita pelajari disini dalam mendidik anak2 menjadi sehebat pahlawan Islam terdahulu. Teringat kata2 Ustaz Syaari lagi

“CARILAH AL FATEH DALAM DIRI ANAK2MU” Masya Allah. Kata kata yang ringkas tapi amat terkesan di hati.

 

2)      MURABBI

Murabbi..Pendidik..Guru..merupakan faktor penting dalam usaha mendidik Sultan Muhammad Al Fateh mempersiapkan beliau menjadi seorang sultan ,pemerintah yang hebat. Berikut merupakan senarai2 guru hebat Al Fateh



Diceritakan lagi, sebenarnya usaha untuk menakluk Konstantinopel ini sudah dilakukan sejak datuk Al Fateh, ayahanda Al Fateh lagi, namun sudah tertulis taqdir Allah Sultan Muhammad Al Fateh merupakan perintis dalam penaklukan Kota Konstatinopel itu. Diceritakan akan ayahanda Al Fateh, Sultan Murad II berbincang tentang penaklukan kota itu dan gurunya telah menunjukkan Al Fateh didalam buaian yang akan mampu merealisasikan misi besar itu.
 

Apa yang dapat kita pelajari? Pilihlah guru yang betul untuk anak2 kita..Besarnya peranan seorang guru dalam mendidik anak2 kita..dan seharusnya kita mencontohi MURABBI terbaik sepanjang zaman iaitu Nabi Muhammad s.a.w, Rasulullah agung dan berusaha untuk mengikuti sunnah2 baginda.

3)      MADRASAH

Madrasah..iaitu sekolah,tempat mempelajari ilmu..Dan Sultan Muhammad Al Fateh belajar di madrasah Darul Qurra , Darul Tadris. Tambah Ustaz Syaari lagi, system pendidikan era kegemilangan era Othmaniyyah memainkan peranan penting dalam menghasilkan madarasah2 ilmu..Terdapat 4 peringkat pembelajran dan pengajian madrasah di zaman itu iaitu

-          SPIRITUAL SAINS : Teori (Quran,Hadis,Syariah)

-          INTELLEKTUAL SAINS : Teori (Sains, Math,Theology) & Praktikal (Ethics,Sains politik)

-          ORAL: Phonetics,Lexocigraphy,Poetry,Syntax,Prosody,History

-          PENULISAN: Caligraphic Science

( Maaf, campor adok bahasa)

Sultan Muhammad Al Fateh pada usia 9 tahun, mampu menguasai bahasa Arab dan Greek. Lain2 bahasa yang dikuasainya adalah : Turki,latin,Serbia,Hebrew. Juga merupakan pemidato dan penyair yang hebat

Apa yang dapat kita ambil dan terapkan untuk anak2 kita? Pemilihan sekolah yang betul, tepat dan suasana Islamik agar anak2 kita dapat membesar menjadi seorang Muslim/ah yang hebat. Insya Allah

4)      PENGALAMAN

Faktor terakhir merupakan pengalaman…begitu banyak sekali pengalaman yang dititipkan oleh ayahanda,ibunda AL Fateh jua guru2 nya. Diringkaskan Antara pengalaman beliau sehingga mampu menakluk Konstantinopel ialah:

-          1437 (5 Tahun) : Menjadi Gabenor Amasya

-          1439 ( 7 tahun) : Menjadi Gabenor Manissa

-          12 tahun : Belajar berdikari (membuat keputusan sendiri)

-          14 tahun (dikembalikan ke Manissa)

-          1448: Komander peperangan Kosova 2

-          1450 (20 tahun): Gagal menembusi tempok Kruja (Albania)

Pengalaman amat penting kerana pengalaman yang mampu mendewasakan fizikan mental dan emosi seseorang..
MENDIDIK GENERASI ISLAMI

Beralih ke sesi kedua, yang mana Pn Jamilah dan En Fakhri telah mengkaji dan menghasilkan cara cara untuk mendidik generasi islami kaedah Al Fateh ini. Semoga bermanfaat Insya Allah

Sekali lagi ditekankan, peranan ibu dan ayah amatlah penting..sebagaimana diringkaskan tentang peranan ibu ayah yang dapat kita selami dalam Al Quran seperti berikut:

 
 
 
 
 
 
 
 
PERANAN AYAH & IBU :
 
 
 

Sebagaimana dalam Surah At Tahrim ayat 6

“ Wahai orang orang beriman! Peliharalah dirimu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu” (66:6)

 Peranan ayah dalam mendidik anak2 amatlah penting..ayah sebagai teraju keluarga..KAPTEN KAPAL KELUARGA, dalam menentukan HALA TUJU MANA yang ingin ditujui.

Manakala peranan IBU tidak perlu disangkal lagi, IBU merupakan ‘ROLE MODEL anak2, PEMBANTU KAPTEN KAPAL KELUARGA. Sebagaimana pepatah melayu “ Tangan yang menghayun buaian boleh menggoncang dunia”

Jelas penulis ' CoolMum & Super Dad' ini lagi..kita kena merangka plan untuk anak anak kita..Jangan biarkan media dan pengaruh luar yang membuat plan untuk anak anak kita..
Contoh plan tindakan 'GAME PLAN' untuk keluarga disertakan di bawah


Sekian sahaja perkongsian untuk kali ini..semoga bermanfaat untuk kita sama sama ambil iktibar dan pelajaran. Dan yang paling penting BERUSAHA sebaiknya dalam mendidik ANAK kita. AMANAH Allah yang tiada nilainya. Ingat “ CARILAH AL FATEH DALAM DIRI ANAK2 KITA Insya Allah

 

Yang baik itu dari Allah dan yang tidak sempurna dari saya sendiri.

Saturday, 28 December 2013

Mencorakkan Anak dengan Al Quran

Salam,
Bismillahirrahmanirrahim...untuk entry kali ini saya ingin berkongsi tentang cara mencorakkan anak mengenali dan menghafaz Al Quran..

Petikan dari Islamic for Kid Facebook " Teach your children QURAN dan the QURAN will teach them everything" sebagai pembuka bicara entry kali ini.

Dulu saya sendiri tertanya tanya mampukah dan bagaimanakah saya ingin mendidik anak saya untuk kenal, cinta dan hafaz Al Quran..Yang mana merupakan impian dan target kami untuk anak sulung kami dan bakal adik2nya insya Allah..dengan rahmat dan hidayah Allah, saya terjumpa blog Pn Lina Karim  (darwishndarwisya.blogspot.com) yang menceritakan perihal beliau mendidik anak anaknya sendiri sehingga mampu menghafaz Al Quran seusia muda..dan pengajaran itu diterapkan dari bayi lagi lagi.. Alhamdulillah, saya terjumpa blog ini di waktu yang tepat di mana kursus seminar mengajar  Al Quran dari bayi akan diadakan di Shah Alam pada bulan Sept 2013..dan dengan izinNya saya dan suami berjaya menghadiri kursus ini untuk mencari ilmu mendidik anak kami..

Insya Allah, saya ringkaskan berdasarkan pemahaman saya dari kursus ini..

Pengenalan kursus, Pn Lina menceritakan perihal pentingnya VISI dari ibu bapa untuk anak2 mereka..Melihat masa depan anak semenjak kecil lagi..Di ceritakan perihal ibu Sultan Muhammad Al Fateh..yang melihat masa depan anaknya dan sedari kecil mengatakan kepada anaknya bahawa anaknya akan menawan kota Konstatinopel (yang mana berada di seberang lautan dari istana mereka). Setiap hari, ibunya akan membawa Al Fateh ke tebing istana dan mengatakan kepada anaknya bahawa dia akan menawan kota Konstatinopel itu tanpa ibunya mengetahui bahawa dia akan membenarkan hadis Nabi yang mana Rasulullah s.a.w pernah bersabda ketika Baginda s.a.w menggali parit di dalam peristiwa perang Khandaq ;
" Konstatinopel itu akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik baik raja. Tenteranya adalah sebaik baik tentera" ( HR Imam Ahmad)

Sultan Muhammad Al Fateh Berjaya menawan Kota Konstatinopel itu pada tahun 1453 Masihi sewaktu berusia 21 tahun (info dipetik dari Kuasa Kepimpinan Al Fateh karangan Abdul Latip Talib) yang mana percubaan untuk menawan kota itu telah dilakukan dari 800 tahun sebelum itu..
Itulah kuasa VISI yang hebat disertakan dengan didikan ibu bapa Al Fateh sedari kecil untuk menyiapkan anak mereka menawan kota itu..Al Fateh telah di didik dengan pelbagai guru untuk mengajarnya Al Quran, ilmu pendidikan ketenteraan dan lain2..

Apa yang boleh kita simpulkan ialah VISI dan juga DIDIKAN SEDARI KECIL ITU PENTING!!
Tidak hairanlah sedari dulu cendiakawan Islam yang menguasai seluruh bidang di dunia..perubatan sains, jurutera dan lain2..mereka terlebih dahulu menghafaz Al Quran sebelum menguasai bidang2 yang lain..

Manakala satu lagi cerita yang dikongsi adalah tentang Imam As Syafie..yang mana beliau telah berjaya menghafaz Al Quran seusia 7 tahun..suatu lagi contoh dan bukti pendidikan awal sedari kecil lagi telah diamalkan oleh Umat Islam dan merupakan titik tolak dan akar kepada kekuatan dan penguasaan bidang2 ilmu yang lain..

PROOF EARLY CHILDHOOD EDUCATION and it begins with AL QURAN

Sekarang, kita boleh ubah cara minda berfikir
" NOW EVERY CHILD CAN HAFFAZ"
"CHANGE..need SACRIFICE"
"CHILDHOOD is ONE TIME only"

Pembentukan kanak kanak pintar Al Quran wujud dengan USAHA IBU BAPA yang FOKUS ke SATU ARAH

Kita ubah cara hidup kita dan anak2 kita

MAKAN QURAN
MINUM QURAN
MAIN QURAN
TIDUR QURAN

Sewaktu Pn Lina berkongsi tentang ini saya terpinga pinga..macam mana nak makan Quran minum Quran main Quran dan tidur Quran???
Namun, penjelasan beliau membuatkan saya rasa terpaku,gembira dan tidak sabar nak amalkan untuk anak sendiri..

MAKAN QURAN?? Jelas beliau..makanan ini masuk dalam perut anak kita..maka usahakanlah untuk meberi anak2 kita makan makanan terbaik..makanan sunnah..dan juga beliau berkongsi yang mana beliau memberi makan beras yang diperdengarkan dgn ayat Quran..

Pemakanan yang baik untuk anak2 adalah ALMOND, KISMIS, KURMA, MINYAK IKAN, MADU, HABBATUSSAUDA, BUAH TIN, EKSTRAK DAUN ZAITUN OLIVE OLEO, AIR SURAH TAAHAA..Beri makanan minda ini kepada bayi sejak dari kandungan lagi

Manakala MADU dan SUSU, berikan kedua makanan terbaik ini kepada anak2 setiap hari..

MINUM QURAN?? Sebagaimana makanan , minuman merupakan komponen penting dalam pembentukan seorang manusia..Tubuh manusia sendiri terdiri drpd 70% komponen air..Untuk minum Al Quran, usahakan memberi anak minum air zamzam..air yang dibacakan Al Quran

Kajian menujukkan air boleh menyerap dan mendengar persekitaran sekelilingnya. Air yang diperdengarkan dengan Al Quran atau perkataan baik baik akan berubah menjadi molekul yang baik dan sekata (kajian oleh saintis Jepun). Air yang terbaik adalah air zam zam kerana ia adalah air syurga dan tidak putus putus mendengar pujian Allah dari malaikat,manusia dan jin yang melakukan tawaf umrah dan haji

MAIN QURAN?? Bukannya membiarkan anak2 bermain main dengan mushaf Al Quran, tetapi biarkan anak bermain di ruang tamu (sbg contoh) dan pasangkan alunan Al Quran..kenapa pentingnya ini?? Dikongsi lagi di dalam seminar, perihal Imam As Syafie..yang mana seusia kecil beliau miskin dan tidak mampu untuk belajar Quran dan agama di masjid..maka apa yang dilakukannya adalah menjadi tukang sapu di masjid yang mana ada sekumpulan pelajar belajar dari guru2..Hasilnya, Imam As Syafie lebih menguasai pelajaran dari pelajar2 itu..kerana apa?? Menerusi kajian, manusia belajar melalui 3 cara iaitu VAK (VISUAL, AUDITORY &KINESTHATIC) dan melalu kinestetik untuk anak lelaki, mereka lebih menguasai ilmu menerusi pergerakan2...

TIDUR QURAN?? Sewaktu anak tidur..pasangkan alunan Al Quran secara perlahan..kerana sewaktu tidur terdapat 'Hypnagonic Moment' yang mana masa antara anak berada dalam keadaan sedar atau tidak sedar. Apa yang otak kita fikirkan atau niatkan sebelum tidur akan meresap di dalam alam bawah sedar sepanjang malam tanpa disedari dan akan mempengaruhi fikiran dan tindakan kita selepas bangun nanti..

Pentingnya untuk kita " Memasukkan Al Quran dalam hati dan anak kita SEBELUM, SEMASA dan SELEPAS TIDUR"

KENAPA HAFAZ AL QURAN??

Sedikit tambahan daripada petikan buku Anakku seorang Hafiz 'Step by step anakku menghafaz Al Quran' karangan Mohd Salleh Ab. Razak.

1) Tanda kecintaan dan keimanan kepada Allah SWT, Rasulullah s.a.w dan Al Quran

2) Tuntutan pertama dalam menuntut ilmu

3) Ciri Ciri orang berilmu

4) Keistimewaan untuk orang yang menghafaz Al Quran

5) Jaminan daripada Allah

6) Tuntutan fardhu kifayah


KENAPA KENA BERMULA AWAL??

1)Peningkatan tumbesaran mental kanak2 sangat DRASTIK dari usia lahir hingga 4 tahun (50%)

2)Peningkatan dalam tempoh 4 tahun pertama ini MENYAMAI 14 tahun selepas itu

3)Apa yang kukuh pada 4 tahun pertama, akan memberi IMPAK yang besar pada tahun membesar seterusnya..


BAGAIMANA BERMULA??

Tetapkan VISI BERSAMA UNTUK ANAK (Visi untuk didik anak haffaz Quran sedari kecil)

Rangka KERJASAMA (Siapa guru utama : ayah atau ibu..guru sandaaran..waktu belajar sekurang kurangnya 2x sehari)

Atasi HALANGAN (Cut the noises..Noises : TV, RADIO,INTERNET, AKHBAR..Kurangkan)

OTAK MANA YANG DIGUNAKAN UNTUK MENGHAFAZ QURAN??

KEDUA DUA OTAK..KIRI dan KANAN
 
Otak KIRI :- Untuk menghafal baris..ingat tempat berhenti dan bermula

Otak KANAN: Melagukan ayat..membayangkan ayat yang berada di atas,tengah, akhir setiap mukasurat..

Untuk memupuk/mengeluarkan kecerdikan seorang kanak2 kedua dua bahagian otak perlu berfungsi secara aktif..
 
PENGUNAAN VAK MODEL DALAM PENGAJARAN AL QURAN
 
VISUAL
1) Flashcard secara flash
2) Flashcard yang ditampal di bilik atau play pen
3) VCD bergambar yang di pasang di tv

AUDITORY
1) Audio yang dipasang secara jelas di radio rumah
2) Audio yang dipasang secara jelas di radio kereta

KINESTHATIC
1) Kerak 'break'
2) Biar anak sentuh flashcard atau muqaddam yang diajar
3) Kerapkan pasang Audio CD secara sayup ketika dia sedang bermain
4) Di pasang secara sayup ketika hendak tidur

Kanak2 belajar melalu cari berbeza samada mereka adalah visual learner, kinesthetic learner ataupun auditory learner..maka penting untuk kita mengetahui cara belajar yang berbeza untuk kita
- memahami cara terbaik mengajar mereka
- menarik minat mereka
-menjadikan mereka cinta ilmu

CARA MENGAJAR BAYI Al QURAN??

Peringkat usia 0-4 bulan : Bayi umur ini mempunyai penglihatan dgn jarak terhad..Tidak mampu lagi melihat warna bercampur..Hanya 3 warna boleh diproses oleh otak mereka..merah putih hitam
Selain mengajar dengan FLASHCARD, gantung flascard yang sama dibiliknya atau di kawasan bermain banyak membantu..Mula perkenalkan huruf mesra bayi (Alif, Mim, Ba, Ya) barulah huruf huruf lain..

**Boleh klik ke link ini untuk membeli Flash Card Huruf Hijaiyah Flash Card Huruf Hijaiyah

Setelah bayi kenal huruf hijaiyah barulah beralih ke buku furqan...ajar mereka MENDENGAR dahulu..MEMBACA setelah kenal huruf hijaiyah baris dan sebaginnya..dan akhirnya MENGHAFAL..

Tips untuk ajar bayi, pilih qari yang sama..untuk juz amma..CD yang dibeli (gambar bawah) ketika seminar sangat bagus bukan sahaja untuk anak2 tapi untuk ibu bapa juga..bacaannya sangat merdu membuatkan kita rasa ingin mendengar lagi dan lagi.. Manakala untuk surah lain pilih qari yang sama..

 
 


Tips untuk mengajar anak2 menghafal dari Pn Lina adalah menggunakan teknik chunking. CHUNK satu surah misalnya kepada beberapa bahagian untuk anak2 menghafal..

Dari Facebook Pn Lina Karim..Islamic Parenting Network tentang tips mengajar bayi Al Quran..saya ringkaskan dalam Mic Power Point dan inilah hasilnya..

KID'S QURAN LOVER..HOW TO??

 
BAGAIMANA UNTUK MENCAPAI MISI MENDIDIK ANAK AL QURAN ??

Banyak bagi MOTIVASI kepada anak

PUJI anak jika mereka dengan senangnya mahu mengaji

Bercerita tentang KASIH SAYANG ALLAH kepada manusia

Berceita tentang KELEBIHAN membaca Al Quran kepada anak kita....


Alhamdulillah..selesai sudah...walaupun menghadiri kursus ini ,ilmu untuk mengajar anak Al Quran sedari kecil sudah ada..namun untuk melaksanakannnya memerlukan KEKUATAN, ISTIQAMAH, KERJASAMA ibu bapa,KORBAN masa tenaga wang untuk mencapai VISI yang kita tetapkan

Saya akui bukannya mudah..terutama untuk kedua2 ibu bapa yang bekerja sepenuh masa..Kadang2 masa yang ada terhad..sehinggakan masa yang paling berkualiti untuk ajar anak adalah ketika menghantar mereka ke rumah pengasuh..didalam kereta untuk perjalanan 5minit pergi dan balik..saya usahakan bacakan huruf hijaiyah untuk anak..Juga meletakkan huruf hijaiyah di dalam bilik supaya mudah untuk anak lihat dan mudah untuk ibu bapa 'take note' huruf mana yang dah diajar huruf mana yang belom diajar..


Namun itu bukan alasannya..Insya Allah akan diusahakan sebaik mungkin..Semoga usaha untuk menjadikan anak hafiz dikabulkan Allah dan semoga perkongsian ilmu di blog ini bermanfaat Insya Allah. Semoga dengan DOA para pembaca, sama sama kita bimbing anak kita untuk mengjadi penghafaz ayat ayat suci Allah, Al Quran ..

 Segala yang baik itu dari Allah dan yang buruk & tidak sempurna dari saya..

Saturday, 30 November 2013

Solatlah Anakku

Bismillahirrahmanirrahim...

Ingin berkongsi tentang topik Solatlah Anakku yang diulaskan oleh Ustazah Norhafizah Musa di Tanyalah Ustazah 15 Nov 13.

Gambar diambil dari page www.sharingislam.com

Topik yang sangat membuka mata para ibu bapa tentang kepentingan, cara cara, hikmah mengajar anak bersolat. Sebagaimana yang kita fahami bahawa SOLAT merupakan salah satu daripada RUKUN ISLAM yang mesti kita patuhi sebagai seorang muslim/muslimah.

Dan ANAK merupakan AMANAH dari ALLAH yang seharusnya kita jaga, didik supaya dapat menjadi harta yang bernilai buat para ibu bapa. Maka SOLAT merupakan tanggunggjawab kita sebagai ibu bapa untuk mendidik anak anak kita menunaikan perintah Allah dan menjadi MUKMI yang bertaqwa.

Sebagaimana ulasan dari Ustazah Norhafizah,

PERINTAH MENGERJAKAN SOLAT

Perintah mengerjakan solat dapat dipetik dari ayat Al Quran Surah Taahaa seperti berikut

Ayat 14 Surah Taahaa
" Sesungguhnya Akulah Allah, tiada Tuhan kecuali Aku dan dirikanlah sembahyang untuk mengingatiku" (20:14)

Ayat 132 Surah Taahaa
" Dan suruhlah keluargamu (mendirikan) sembahyang, dan bersabarlah mengerjakannya, Kami tidak meminta rezerki kepadamu. Kami yang memberi rezeki kepadamu. Akibat yang baik (syurga) adalah untuk orang yang bertaqwa" (20:132)

KEPENTINGAN MENDIDIK ANAK BERSOLAT

  1. Solat merupakan TIANG AGAMA
  2. Solat adalah antara RUKUN RUKUN ISLAM
  3. Anak adalah AMANAH ALLAH
  4. Anak adalah ASET DUNIA AKHIRAT
KAEDAH AJAR ANAK BERSOLAT

  1. Wujudkan persekitaran yang bersolat..ibu bapa yang bersolat..berjemaah sekeluarga
  2. DOA anak supaya mudah dan istiqamah mengerjakan solat seperti doa Nabi Ibrahim dalam Surah Ibrahm ayat 40
       " Ya Tuhanku! Jadikan aku seorang yang mendirikan solat, begitu juga anak anakku. Ya Tuhan   kami, perkenankan doaku" (14:40)
       
      Selain itu doa yang boleh diamalkan adalah
      " Ya Allah suci bersihkan anak perempuanku sepertimana Engkau lindungi Maryam. Dan    
     sucibersihkan anak lelakiku sepertimana Engkau lindungi Maryam"

     " Ya Allah, jadikanlah solat itu lebih anakku cintai daripada air yang dingin ketika
     haus..Engkaulah pengabul nikmat"

     3. Ajar anak2 solat sebagai AMALAN JARIAH
     4.Ajar anak2 ROH SOLAT..nilai nilai murni
     5.Yakini anak2 bahawa solat sebagai SOLUSI HIDUP

USIA UNTUK PENDEDAHAN AWAL ANAK BERSOLAT

  1. Bila PANDAI BERCAKAP --> Ajar lafaz atau rukun rukun qauliah atau sunat qauliah. Al fatihah..selawat..lafaz rukuk atau sujud
  2. Bila PANDAI MEMBEZAKAN TANGAN KANAN DAN KIRI..BAIK & BURUK --> Ajar praktikal untuk mengerjakan solat
Sebuah hadis Rasulullah s.a. bersabda,
" Ajarlah anak anak kamu akan solat ketika berusia 7 tahun dan boleh dipukul jika mengabaikan solat ketika umur 10 tahun"

Hikmah merotan anak adalah sebagai pendidikan..untuk mengajar dan menunjukkan kepentingan bersolat.

Satu kajian dari barat menunjukkan merotan dikira sebagai kaedah yang dapat merangsang deria sakit sekaligus meransang deria saraf untuk belajar.

Namun begitu, kaedah untuk merotan anak perlu dijaga seperti berikut;
  • Rotan di bahagian yang tidak Nampak..jangan rotan di bahagian muka etc
  • Rotan sebagai pengajaran (sedikit shj) bukan rotan untuk memuaskan hati ibu bapa
CARA MENGAJAR ANAK SOLAT DI MASJID

  1. Ajar anak2 dengar dan hormati laungan AZAN. Jawab azan dan berdoa selepas azan. Azan merupakan panggilan Ilahi yang dapat membuka hati manusia dan sebagai pintu hidayah
  2. BAWA anak2 ke masjid..ajar anak2 adab ke masjida..hormat Allah dan masuk rumah Allah
  3. Berikan anak2 ILMU..pengetahuan tentang masjid. Kepentingan memakmurkan masjid..
Intipati dan hikmah bersolat apabila diamalkan oleh manusia adalah dapat difahami daripada terjemahan ayat 19-23 Surah Makrij

" Sesungguhnya manusia itu diciptakan bersifat keluh kesah" (70:19)
" Apabila dia ditimpa kesusahan, dia berkeluh kesah"(70:20)
" Dan apabila dia mendapat kebaikan (harta), dia amal kikir" (70:21)
" Kecuali orang orang yang mengerjakan solat" (70:22)
" Yang mereka itu tetap mengerjakan solatnya" (70:23)

Sedikit sebanyak perkongsian dari topik Tanyalah UStazah "SOLATLAH ANAKKU"

Marilah kita sama2 menghayati dan mengamalkan supaya dapat kita mendidik anak amanah Allah dengan sebaiknya dengan tujuan yang satu..AKHIRAT YANG ABADI..
DOA ANAK ANAK SOLEH SOLEHAH itu merupakan amalan jariah yang tetap berkekalan walaupun kita sudah meninggal.
Wallahualam

Segala yang baik itu dari Allah dan yang buruk & tidak sempurna dari saya..

Wednesday, 20 November 2013

Anak .Zuriat.Amanah

Sedikit pencerahan dari kuliah yang dihadiri . Kuliah oleh Dr Fatma 071012 dan diolah mengikut kefahaman dan tambahan ilmu yang xsebeberapa..Sedikit intipati daripada tafsir Surah Maryam ,penceritaan tentang amanah zuriat iaitu dari kisah2:
  • Nabi Zakaria dikurniakan Nabi Yahya..
  • Maryam dikurniakan Nabi Isa
  • Nabi Ibrahim dikurniakan Nabi Ishaq dan Yaakub
Semoga bermanfaat Insya Allah

Kenapa dinamakan Surah Maryam : IBU CERMIN ANAK..Seorang ibu yang baik Insya Allah akan melahirkan zuriat yang baik.


Gambar diambil dari wulanmahmudah.wordpress.com


Nabi Zakaria dikurniakan Nabi Yahya

Di awal surah diceritakan mengenai Nabi Zakaria yang berdoa kepada Allah (Ayat 4-6)

" Ya Allah,sesungguhnya telah lemah tulangku dan telah putih melepak uban dikepalaku dan aku tidak pernah kecewa dalam meminta kepadamu, Ya Tuhanku" -(19:4)
"Dan sesungguhnya aku takut akan orang orang yang akan menjadi wali sepeninggalanku (iaitu org2 jahat),sedang perempuanku mandul, sebab itu berilah aku seorang wali (anak) dari sisiMu (19:5)
"Yang akan mewarisiku dan mewarisi keluarga Yaakub; dan jadikanlah dia Ya Tuhanku, seorang yang disukai" (19:6)

Firman Allah (Ayat 7);
"Wahai Zakaria! Sesungguhnya Kami memberi khabar gembira kepadamu dengan seorang anak, namanya Yahya, yang belom pernah Kami berikan nama seperti itu sebelumnya" (19:7)

Jawab Nabi Zakaria (Ayat 8);
"Ya Tuhanku, bagaimana aku akan memperolehi seorang anak, sedang perempuanku mandul dan aku telah sampai usia yang sangat tua?"(19:8)

Firman Allah (Ayat 9);
"Demikianlah (akan terjadi).Berfirman Tuhanmu: Ia mudah bagiku, sesungguhnya telah Kujadikan engkau sebelumnya, sedang engkau belum ada sesuatu pun"(19:9)

Sambungannya boleh dibaca dari Ayat 10-15 Surah Maryam seperti di bawah

Pesan Dr Fatma, ayat 15 dari Surah Maryam boleh diamalkan apabila bayi baru lahir sebagai doa untuk kesejahteraan bayi sebagaimana maksud ayat
" Dan salam (selamat) untuknya pada hari dia dilahirkan dan pada hari dia diwafatkan dan pada hari dia dibangkitkan kembali"(19:15)

 
 

Maka kisah Nabi Zakaria juga diceritakan dalam Surah Al Imran (35-41)..Secara ringkasnya,yang mana isteri Imran menazarkan kandungannya dengan anak lelaki, namun taqdir lahirlah anak perempuan yang diberi nama Maryam. Maryam dijaga oleh Nabi Zakaria....

Doa yang  boleh diamalkan untuk meminta kurniaan zuriat adalah dari surah Al Imran ayat 38
" Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku seorang anak yang baik dari sisiMu,sesungguhnya Engkau Maha Mendengar doa" (3:18)

 

Maryam dikurniakan Nabi Isa
 
Ayat 16-40 menceritakan perihal Maryam dikurniakan Nabi Isa melalui perutusan Malakat Jibrail.

"Dan ingatlah(riwayat) Maryam dalam Kitab, ketika dia berpisah dari keluarganya ke tempat sebelah timur" (19:16)
"Lalu dibuatnya dinding antaranya dengan mereka. Kemudian Kami utus kepadanya roh Kami (Jibrail) lalu dia menyerupakan dirinya sebagai manusia yang sempurna"(19:17)
 
"Berkata Maryam: Sesungguhnya kepada Yang Maha Pengasih daripada(kejahatan ku berlindung) engkau, jika engkau orang yang bertaqwa"(19:18)
"Dia (Jibrail) berkata: Aku hanya utusan Tuhanmu, supaya kuberi engkau seorang anak yang suci"(19:19)

"Dia (Maryam) berkata: Bagaimanakah aku akan mempeolehi seorang anak, sedang aku belum pernah disentuh manusia dan aku bukan pula orang jahat"(19:20)
"Dia (Jibrail) berkata: Demikianlah (akan terjadi) Tuhanmu: Ia mudah bagiku, dan supaya Kami jadikan dia satu tanda (kekuasaan Kami) untuk manusia dan satu rahmat daripada Kami dan adalah kejadian itu satu perkara yang telah diputuskan" (19:21)

"Kemudian Maryam mengandung, lalu dia berpindah ke tempat yang jauh" (19:22)
"Lalu dia berlindung ke pohon kurma, kerana sakit melahirkan anak,dia berkata: Wahai, betapa (baiknya) aku mati sebelum ini, dan aku menjadi seorang yang tidak diperhatikan dan dilupakan" (19:23)
"Kemudian Jibrail menyerunya dari bawah pohon itu: Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Tuhanmu telah mengadakan di bawah engkau air sungai"(19:24)
"Dan goyanglah pohon kurma itu, nescaya dijatuhkan kepada engkau buah yang masak"(19:25)

Intipati boleh diamalkan untuk ibu mengandung untuk memudahkan proses bersalin, baca hayati taddabur Surah Maryam..Ambillah semangat dan kekuatan Maryam melahirkan zuriat dengan hanya pergantungan kepada Allah.
Tambahan juga untuk memudahkan proses kelahiran, makanlah kurma Ruttab (dari Mekkah) sebagaimana dikisahkan pengalaman Maryam melahirkan Nabi Isa dan berlindung di bawah pohon kurma..

"Sebab itu makanlah dan minumlah dan senangkanlah hatimu! Jika engkau melihat seorang manusia, maka katakanlah: Sesungguhnya aku telah bernazar kepada Yang Maha Pengasih, akan berpuasa, dan tidak akan berbicara dengan manusia pada hari ini"(19:26)
"Kemudian Maryam membawa anaknya kepada kaumnya dengan mendukungnya. Mereka berkata: Wahai Maryam! Sesungguhnya engkau telah membawa sesuatu yang ajaib"(19:27)
"Wahai saudara Harun! Bapa engkau bukan seorang yang jahat dan ibu engkau bukan pula perempuan jahat(penzina)"(19:28)
"Lalu Maryam mengisyaratkan kepada anaknya. Mereka berkata: Bagaimana kami akan berbicara dengan bayi yang masih dalam buaian"(19:29)
"Dia (Isa) berkata: Sesungguhnya aku seorang hamba Allah. DiberikanNya kepadaku Al-kitab (Injil) dan dijadikanNya aku seorang nabi

Boleh diamalkan doa supaya bayi mudah belajar bercakap, bolehla dibacakan Ayat 26-30 Surah Maryam kepada bayi..

"Dan dijadikanNya aku seorang yang diberkati(berguna kepada manusia), dimana sahaja aku berada dan diwasiatkanNya kepadaku (mengerjakan) solat dan (membayar) zakat selama aku masih hidup" (19:31)
"Dan berbuat baik kepada ibuku dan bukanlah aku dijadikanNya seorang yang sombong dan derhaka"(19:32)
"Dan selamat sejahtera bagiku pada hari aku dilahirkan, pada hari aku diwafatkan dan pada hari aku dibangkitkan kembali"(19:33)
"Itulah Isa anak Maryam(yang mengatakan) perkataan yang benar, yang mereka ragukan kebenarannya"(19:34)

Selebihnya boleh dirujuk kepada Al Quran sehingga ayat 40 dan juga diceritakan dalam Surah Al Imran Ayat 42-48..

 
"Bukanlah Allah mengambil (mempunyai) anak. Dia Maha Suci (daripadanya). Apabila Dia hendak mengadakan sesuatu, maka Dia hanya berkata kepadanya: Jadilah engkau! Maka jadilah ia"(19:35)

Ayat ini boleh diamalkan untuk mendapatkan zuriat (amalkan sbg zikir) , Ayat 35 Surah Maryam 10 kali sebelum dan selepas bersama suami isteri..Insya Allah berkat usaha,doa dan akhirnya izin dari Allah, Insya Allah

Amalan lain yang dikongsikan sewaktu pelajaran Tafsir Surah As -Sajdah untuk mendapatkan zuriat adalah Ayat 7-9 Surah As- Sajdah, amalkan sebelum bersama suami isteri..Insya Allah

Yang paling utama, jangan berputus asa dengan Allah dengan rahmat Allah dengan ujian Allah..teruskan berusaha,berdoa..Insya Allah

Tambahan dari Dr Fatma, jangan ingin mengandung sebab takut mandul, takut suami cari lain etc
Betulkan niat, nawaitu nak dapatkan zuriat sebagai ANAK SOLEH &SOLEHAH. INVESTMENT AKHIRAT.RAMAIKAN UMAT NABI MUHAMMAD S.A.W..Insya Allah boleh jadi asbab untuk dikurniakan zuriat dari Allah.

" We plan and Allah plan, but Allah is the best of planner"

Nabi Ibrahim dikurniakan Nabi Ishaq dan Yaakub (Yaakub anak kepada Nabi Ishak)

Kisah Nabi Ibrahim diceritakan dari ayat 41-50 Surah Maryam..yang mana Nabi Ibrahim mengajak ,berdakwah kepada ayahnya sendiri untuk menyembah Allah (Ayat 42-45) namun ditolak oleh ayahnya dan dihalau keluar. Namun Nabi Ibrahim tetap berdoa dan memohon kesejahteraan untuk ayahnya. Berkat kesabarannya, Allah kurniakan Nabi Ishaq dan Yaakub sebagaimana ayat 49
" Tatkala Ibrahim meninggalkan mereka dan apa yang mereka sembah, selain daripada Allah, maka Kami anugerahkan kepadanya Ishaq dan Yaakub. Masing2 Kami jadikan nabi" (19:49)

Manakala seorang lagi zuriat Nabi Ibrahim adalah Nabi Ismail dari isterinya Siti Hajar

Sedikit sebanyak penceritaan tentang zuriat dari tafsir Surah Maryam untuk dikongsi dan diamalkan bersama..Namun paling penting zuriat adalah amanah ,anugerah dan ujian untuk kita yang bergelar ibu bapa.

Sedikit sebanyak..yang baik dari Allah dan yang buruk & tidak sempurna dari saya sendiri

Cara Mendidik Anak

Sedikit pencerahan dari kuliah yang dihadiri . Kuliah oleh Dr Fatma 060612 dan diolah mengikut kefahaman dan tambahan ilmu yang xsebeberapa..Berkenaan tafsir Surah Luqman mengenai cara mendidik anak..semoga bermanfaat Insya Allah

CARA MENDIDIK ANAK SECARA ISLAM boleh di pelajari dari tafsir Ayat 12-19 Surah Luqman

" First school of children is their own parent " Sekolah pertama bagi anak2 adalah ibubapanya sendiri maka kita memikul tanggungjawab dalam mendidik anak sebagai amanah Allah.

  • Ayat 12- BERSYUKUR KEPADA ALLAH : Ajari anak2 kita untuk kenal Allah dan semua yang kita ada datang dari Allah. Ajari anak2 kita untuk mengatakan Alhamdulillah di atas segala kurniaan Allah
  • Ayat 13- JANGAN MENYEKUTUKAN ALLAH : Ajari anak2 kita hanya Allah tuhan yang layak disembah dan memohon pertolongan.
  • Ayat 14- BERSYUKUR KEPADA ALLAH DAN IBUBAPA : Ajari anak2 kita untuk hormat, saying ibu bapa selepas Allah terutamanya ibu..sesungguhnya syurga itu di bawah kaki ibu

 
  • Ayat 15- BERGAUL BAIK DENGAN IBU BAPA  : Jadi sahabat kepada ibu bapa walaupun mungkin mereka menyuruh anak2 ke jalan yang salah. Jangan diikut jalan yang salah namun bergaullah secara baik kepada ibu bapa. Cari sahabat yang baik yang dapat membimbing ke jalan Allah
  • Ayat 16- SEMUA AMALAN DALAM PENGETAHUAN ALLAH : Ajari anak2 bahawa semua yang kita lakukan dalam pengetahuan Nya (analogi seperti biji sawi tersembunyi di langit, bumi dan batu). Tunaikanlah kewajipan sebagai hamba Nya..Jangan lakukan perkara haram
  • Ayat 17-DIRIKANLAH SOLAT & AMAL MAKRUF NAHI MUNGKAR : Ajarilah anak2 untuk mendirikan solat. Solat adalah tiang agama..Ibu bapa sebagai contoh haruslah mendidik anak2 untuk bersolat dan menunjukkan contoh baik untuk anak2 ikuti. Ajari anak2 untuk bersabar dalam semua dugaan yang menimpa..
  • Ayat 18- JANGAN SOMBONG & ANGKUH : Ajari anak2 untuk tidak sombong kepada manusia..Bila bersalam kena tengok muka..Jangan berjalan dengan angkuh dan megah di bumi , Allah tidak menyukai
  • Ayat 19- SEDERHANAKAN LANGKAH &SUARA : Bila berjalan kena sederhana, jangan terlalu cepat dan jangan terlalu lambat. Bila bercakap suara kena perlahan dan lemah lembut ( analogi suara org seperti keldai adalah dibenci Allah)
 



 Ayat di atas sesuai diperdengarkan kepada bayi sejak dalam kandungan lagi..dan perlaksanaannya haruslah diikuti oleh semua para ibu bapa.

Sedikit sebanyak..yang baik dari Allah dan yang buruk & tidak sempurna dari saya sendiri