Thursday 21 November 2013

Hati Hati Dengan Hati

Assalamualaikum,

Ingin berkongsi sedikit ilmu yang dipelajari dari kuliah tafsir Dr Fatma 0513 berkenaan Surah Taahaa
Berkenaan doa doa yang boleh diamalkan dari Surah Tahaa untuk menyembuhkan, menyihatkan,melembutkan  hati untuk menerima kebenaran, mengelakkan rasa takut dan sebagainya
Semoga bermanfaat Insya Allah

Kenapa hati perlu dititikberatkan?

Sabda Nabi Muhammad s.a.w
"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."
(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)
-dipetik dari blog sharing muslim lain-

Gambar diambil dari Majalah Solusi edisi 61..imaginasi buah epal yang amat menarik untuk kita fikirkan dan timbangkan
HATIMU YANG MANA SATU??


MELEMBUTKAN HATI YANG KERAS

Diceritakan bahawa Saidina Umar telah tergerak dan tersentuh hati untuk memeluk islam setelah mendengar adiknya Fatimah membacakan ayat 1-6 dari Surah Taaha ini..Maka ayat ini boleh diamalkan sebagai doa untuk melembutkan hati kita atau orang tersayang Insya Allah

"Taahaa" (20:1)
"Bukanlah Kami turunkan Al Quran kepada kamu supaya kamu menjadi susah"(20:2)
"Melainkan menjadi peringatan bagi orang yang takut"(20:3)
"Di turunkan dari Yang Menciptakan bumi dan langit yang tertinggi"(20:4)
"(Dia) Maha Pengasih, bersemayam (Berkuasa) di atas arasy (singgahsana)"(20:5)
"KepunyaanNya apa yang ada di langit dan bumi, apa yang ada diantara keduanya dan apa yang ada di bawah tanah"(20:6)



MEMUDAHKAN LISAN UNTUK DIFAHAMI MANUSIA& MEMUDAHKAN URUSAN

 Kadang-kadang lidah kita kelu untuk berkata kata terutamanya bila berhadapan dengan manusia..di sekolah..di tempat kerja..apatah lagi hanya kita yang berucap untuk membentangkan sebarang kerja atau projek yang diamanahkan. Maka kita boleh amalkan doa ini untuk memudahkan lisan kita supaya orang memahami apa yang ingin kita sampaikan dan dapat dimudahkan urusan

"Ya Tuhanku. Lapangkan dadaku"(20:25)
"Dan mudahkan bagiku urusanku"(20:26)
"Dan lepaskanlah simpulan lidahku"(20:27)
"Supaya mereka mengerti perkataanku"(20:28)



Ayat ini telah diucapkan oleh Nabi Musa sewaktu Allah memerintahnya untuk bertemu dengan Firaun yang telah melampaui batas dan diperintahkan untuk berdakwah kepada Firaun.

MENGELAKKAN RASA TAKUT DAN LEMAH SEMANGAT

Setelah diperintahkan untuk bertemu dan berdakwah kepada Firaun supaya dia (Firaun) menerima peringatan, Nabi Musa meminta seorang pembantu (Nabi Harun) supaya bersama dengannya memikul tanggunggjawab itu. Dan keduanya berasa takut sekali sekiranya diseksa oleh Firaun.Namun, Allah berfirman supaya jangan takut sesungguhnya Allah bersama mereka.
Hayati kisah dari ayat 44-46 Surah Taahaa

"Katakan kepadanya perkataan yang lemah lembut, mudah mudahan dia menerima peringatan atat takut (kepada Allah)"(20:44)
"Keduanya menjawab: Ya Tuhan kami! Sesungguhnya kami takut kalau kalau dia menyeksa kami atau melewati batas"(20:45)
"Berfirman Allah: Jangan kamu takut, sesungguhnya Aku beserta kamu, Aku Maha Mendengar dan Maha Melihat"(20:46)
 


Kita boleh amalkan ayat 46 dari Surah Taahaa untuk mengelakkan rasa takut dan lemah semangat

Selain itu, doa yang boleh diamalkan adalah dari ayat 68 Surah Taahaa ketika Nabi Musa berasa takut ketika berhadapan dengan ahli ahli sihir Firaun.
 
"Berfirman Kami : Jangan kamu takut (wahai Musa!) Sesungguhnya kamulah yang akan menang"(20:68)

MENEGUHKAN HATI DI ATAS AGAMA ALLAH

Sesungguhnya hati manusia boleh berubah dengan tiba tiba..Sebagaimana diceritakan tentang ahli2 sihir Firaun..yang mana mereka kafir pada permulaanya, namun dengan mukjizat Nabi Musa (tongkat yang bertukar menjadi ular yang menelan ular2 ahli2 sihir itu) & hidayah Allah, mereka beriman kepada Allah dan kemudian  dibunuh oleh Firaun (Kafir-->Beriman-->Syahid)

Cerita ini boleh dipelajari dan difahami dari ayat 49-76 Surah Taahaa

Pesan Dr Fatma, bacalah doa
" Ya muqallaibalqulub tsabiit qalbi ala diinika waala taaatika"
"Wahai Tuhan yang membolak balikkan hati, tetapkanlah hatiku dalam agamaMu dan dalam mentaati perintahMu"

MENGUBATI SIHIR

Tambahan lagi, doa yang boleh diamalkan untuk mengubati sihir ,boleh diamalkan dari ayat 69 Surah Taaha yang bermaksud:
" Dan lemparkan (tongkat) di tangan kananmu, nanti dilengkapkannya (ditelan) apa yang mereka perbuat. Apa yang mereka perbuat hanya tipu daya tukang sihir. Dan tukang sihir itu tidak akan menang tentang apa yang didatangkannya" (20:69)

Baca ketika hampir masuk waktu Maghrib selama 40 hari
Baca Al Fatihah (1x)
Ayat Kursi (1x)
3 Qul (Ahad, Falaq, Nas) 1x
Ayat 69 Surah Tahaa (31x)
 

HATI TIDAK MUDAH LUPA & TAMBAHKAN ILMU PENGETAHUAN

Manakala supaya hati tidak mudah lupa..akal tidak mudah lupa boleh diamalkan Ayat 98 Surah Taaha
" Tuhan kamu hanya Allah, yang tiada Tuhan selain Dia. Luas PengetahuanNya (meliputi) tiap sesuatu" (20:98)


Untuk menambahkan ilmu pengetahuan pula, bolehla diamalkan ayat 114 Surah Taaha
" Maka Maha Tinggi Allah, raja yang sebenarnya. Janganlah engkau bersegera (membaca) Al Quran, sebelum habis wahyunya kepadamu. Katakanlah :Ya Tuhanku! Tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan" (20:114)

MENGELAKKAN BAYI DARIPADA ASYIK MENANGIS

Diceritakan keadaan hari Qiamat dari Ayat 100-112. Yang mana keadaanya bumi akan hancur sehancurnya, menjadi rata dan licin..keadaan sunyi sepi pada hari Qiamat kerana takutkankan kepada Allah

Ayat yang boleh diamalkan untuk mengelakkan bayi daripada asyik menangis adalah dari ayat akhir dari Ayat 108 Surah Taahaa
"Pada hari itu, mereka mengikut (seruan) penyeru, dengan tidak dapat melencong dari menerutnya. Sunyi senyaplah semua suara kerana (takut) kepada Yang Maha Pengasih, sehingga tidak engkau dengar, kecuali suara halus (bunyi tapak kaki)"(20:108)
 

JANGAN MEMBANDINGKAN DENGAN REZEKI ORANG LAIN (dengki,irihati,etc)

Ayat 131 Surah Taahaa sebagaimana maksudnya
" Dan janganlah engkau menujukan pandangan kedua matamu kepada (perhiasan) yang Kami berikan kepada bermacam-macam orang di antara mereka, sebagai keindahan hidup di dunia, supaya mereka Kami uji dengan demikian itu. Dan rezeki Tuhanmu (dalam syurga) lebih baik dan lebih kekal" (20:131)

Peringatan Allah kepada kita, janganlah disbanding bandingkan dengan rezeki orang lain. Jangan dengki,iri hati dengan rezeki orang lain. Semuanya adalah ujian dari Allah dan yang paling penting adalah pengakhirannya di akhirat nanti..

Perintah mengerjakan solat dan pelbagai cerita lagi terdapat dalam Surah Taahaa , namun di sini hanya ingin berkongsi doa doa sebagai amalan untuk hati kita.

HATI HATI DENGAN HATI  kerana sungguh bahaya penyakit hati itu. Peringatan untuk saya sendiri juga Insya Allah

Sedikit sebanyak..yang baik dari Allah dan yang buruk & tidak sempurna dari saya sendiri

No comments:

Post a Comment