Thursday 19 June 2014

Keluarga. Kejauhan. Kualiti. Masa.


Bismillahirahmanirrahim..


Alhamdulillah..sudah agak lama tidak menulis di dalam blog..kekangan masa dan kesibukan bekerja lebih lebih lagi terpaksa berjauhan dengan keluarga buat sementara waktu. Insya Allah saya akan berkongsi pengalaman menghadiri Seminar Parenting Al Fateh yg saya hadiri bersama suami pada 11 Jan yang lepas di artikel lain. Seminar yang membuka mata kami sebagai ibu ayah untuk mendidik anak anak menjadi pejuang agama Insya Allah.

Dan untuk kali ini, coretan berkisarkan tentang KELUARGA. KEJAUHAN. KUALITI. MASA. juga HIJRAH KAMI..

Berjauhan seketika kerana tuntutan bekerja membuatkan kami banyak belajar. Ya sememangnya pengalaman itu mendewasakan kita, menjadikan kita lebih matang untuk mengharungi kehidupan yang mendatang.

 
(Gambar diambil dari Facebook).


'FAMILY QUALITY TIME'


Ya..itulah masa berkualiti bersama keluarga. yang kami hilang untuk sementara. Hanya berjumpa di hujung minggu. Membuatkan kami rindu akan solat bersama, mengaji dan memahami Al Quran bersama dan yang paling terasa..masa berkualiti untuk anak. Namun, di sebalik itu, kami lebih belajar untuk menghargai masing2 dek kerana kejauhan. Tiada masa untuk bertelagah tentang perkara2 kecil..sesungguhnya setiap masa amat berharga. Sememangnya, setiap perkara yang ditaqdirkan Allah itu mengandungi hikmah untuk hambaNya.


BEKERJA UNTUK APA??

 

Soalan ini berlegar legar di fikiran hampir setiap hari. Teringat akan titipan Prof Muhaya dalam Seminar Celik Family. Kita bekerja untuk memenuhi TUJUAN HIDUP atau KEPERLUAN HIDUP??

 Bekerja dari pagi dan pulang hampir petang membuatkan kita kepenatan berfikir memerah otak untuk menyelesaikan masalah di ofis. Dan bila pulang ke rumah, sudah tinggal tenaga yang sedikit untuk bersama dengan suami dan anak. Lebih lebih lagi ketika berjauhan, sebegini ,saya hampir terleka untuk mengajarkan anak mengenal huruf Hijaiyah..sudah tersasar dari 'target' yang saya sasarkan untuk anak saya. Namun, saya cepat2 musahabah..tiada istilah terlambat..teringat lagi kata2 Pn Lina Karim " Allah tidak menilai hasil keputusan tapi usaha kita untuk mendidik anak2 kita mengenal Al Quran" Itulah menjadi motivasi kami untuk bangkit kembali.

MASA??

Sebagaimana firman Allah, dalam Surah Al Asr :-

“ Demi Masa” (112:1)

“ Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian” (112:2)

“ Kecuali orang orang yang beriman dan beramal soleh” (112:3)

“ Mereka berpesan pesan dengan kebenaran dan berpesan pesan dengan kesabaran” (112:4)

Saya memilih untuk tidak mengulas dgn lebih lanjut sehingga sampai masa betul2 mendalami tafsir Surah Al Asr ini.

Namun, surah ini sememangnya mengingatkan kita tentang kepentingan MASA. Dan sebagai ibu bekerjaya, menguruskan masa amatlah menjadi cabaran untuk kita. Dan Insya Allah, saya berdoa dan berusaha untuk menjadi surirumah sepenuh masa (SAHM) suatu hari nanti. Dengan tujuan berbakti kepada keluarga, boleh mendidik anak2 dengan lebih baik biiznillah dan kerana ALLAH.

HIJRAH KAMI

Dan hari ini merupakan hari bermakna buat kami..tarikh jangkaan ‘Hijrah’ kami keluar menatap wajah abah dan ibu (19 Jun 2014). Namun, kami redha dengan taqdirNya dan bersyukur kerana Hijrah kami telah menemui penciptaNya dengan keadaan suci murni. Dan seiring doa kami, semoga ditemukan kita di sana nanti, syurga indah dan kehidupan akhirat nan abadi anakku.Insya Allah.

Sekian sahaja coretan kali ini. Yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk itu dari kelemahan saya sendiri.

 

 






No comments:

Post a Comment